Lockdown (musim 2)
| Lockdown | |
|---|---|
| Musim 2 | |
| Dibintangi oleh | Lihat di bawah |
| Negara asal | Malaysia |
| Bil. episod | 20 |
| Keluaran | |
| Rangkaian | Astro Ria |
| Tarikh siaran | 6 Jun – 7 Julai 2022 |
| Kronologi musim | |
Musim kedua Lockdown akan bersiaran pada 6 Jun 2022 hingga 7 Julai 2022 di Astro Ria menggantikan Scammer 2 dan digantikan oleh Ratu Ten Pin 2.[1]
Sinopsis
[sunting | sunting sumber]Mengisahkan kehidupan empat buah keluarga dalam menghadapi impak COVID-19 sepanjang dalam Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dalam situasi yang berbeza.
Cerita pertama mengisahkan Kak Sal yang terpaksa menghadapi cabaran berdepan dengan pandemik dengan perangai anak-anaknya yang sentiasa tidak mendengar kata serta dia terpaksa menjaga ibunya yang sudah tua.
Kisah kedua drama ini berkisar tentang Fitrah dan Ramadhan, sebuah pasangan suami isteri yang bertugas sebagai ‘frontliner’ ketika COVID-19. Peningkatan kes COVID-19 dalam masyarakat Malaysia mengakibatkan kesemua hospital penuh dengan pesakit-pesakit yang djiangkiti, termasuklah ibu bapa Fitrah yang juga positif COVID-19. Fitrah yang sedang hamil tidak sedar yang dirinya telah dijangkiti virus berbahaya ini sehingga akhirnya meragut nyawanya.
Kisah seterusnya berkisar tentang Radhi yang sangat pentingkan diri apabila dia mengelak daripada memberitahu orang sekelilingnya bahawa dia telah dijangkiti oleh virus ini dan masih pergi berniaga dan berjumpa ‘Reseller’. Kamarul pula yang berniaga di pasar malam tidak dapat berniaga oleh kerana PKP. Dia juga dijangkiti virus merbahaya ini daripada Radhi sehingga akhirnya membawa kepada kematian isterinya sendiri yang sedang sarat mengandung ketika dia berkuarantin di rumah walaupun dia sangat menjaga SOP kerana tidak mahu berjauhan daripada isterinya yang bakal melahirkan anak mereka dalam masa dua minggu.
Pelakon
[sunting | sunting sumber]- Janna Nick sebagai Lola
- Natasha Elyzza sebagai Lily
- Rozita Che Wan sebagai Kak Sal
- Dini Schatzmann sebagai Kimie
- Wan Maimunah sebagai Tok Ma
- Danish Zamri sebagai Penjual Mangga
- Hariz Hamdan sebagai Teman Lelaki Lola
- Shera Aiyob sebagai Fitrah
- Zahiril Adzim sebagai Ramadhan
- Sabhi Saddi sebagai Hadi
- Zulaika Zary sebagai Akila
- Mak Wan sebagai Ibu Fitrah
- Amerul Affendi sebagai Kamarul
- Mimi Ernida sebagai Mariam
- Rosdeen Suboh sebagai Radhi
- Ellie Suriaty sebagai Lisa
- Nabila Razali sebagai Shasha
- Elly Arifin sebagai Kimie
- Zeera Azizi sebagai Azlin
- Faha Azhar sebagai Hasbi
- Amir Nafis sebagai
- Ahmad Tamimi Siregar sebagai Dr. Fikri
- Aida Khalida sebagai
- Uyaina Arshad sebagai Dila
- Faizul Syaharin sebagai
- Elvina Mohamad sebagai Amira
- Shahz Jaszle sebagai Hakim
- Fify Afrina sebagai
- Syed Iqmal sebagai
- Iqram Dinzly sebagai Saiful
- Elly Mazlein sebagai Salmiah / Mia
- Nadya Syahera sebagai Safura
- Rosnah Mat Aris sebagai Semah
Rujukan
[sunting | sunting sumber]- ↑ "Drama Lockdown 2 (Astro Ria)". My Infotaip. 6 Jun 2022. Dicapai pada 30 Oktober 2026.