Pergi ke kandungan

Maxis Communications Berhad

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
(Dilencongkan daripada Maxis)
Maxis Berhad
Nama dagang
  • Maxis Berhad
    (7 Ogos 2009 – kini)
  • MaxisNuance Berhad
    (akan diumumkan)
Jenis/bentuk sahSyarikat awam berhad
Didagangkan sebagaiMYX: 6012
ISINMYL6012OO008
IndustriTelekomunikasi
Pendahulu
    • Binariang Sendirian Berhad
      (19 Disember 1986 – 1 April 1993)
    • Binariang Berhad
      (1 April 1993 – 12 Julai 1999)
    • Maxis Communications Berhad
      (12 Julai 1999 – 7 Ogos 2009)
Ditubuhkan7 Ogos 2009; 17 tahun yang lalu (2009-08-07) (disenaraikan pada tahun 2009)[1][2][3]
PengasasAnanda Krishnan
Ibu pejabatMenara Maxis, Pusat Bandaraya Kuala Lumpur, Jalan Ampang, 50088 Kuala Lumpur, Malaysia
Kawasan perkhidmatanAsia (tidak termasuk Korea Utara dan Nepal), Timur Tengah dan Afrika Utara, Amerika Selatan (termasuk Peru dan Chile)
Tokoh pentingDatuk Johan Idris (Pengerusi)
Puan Chan Cheong akan digantikan oleh Goh Seow Eng (Ketua Pegawai Eksekutif)
Keluaran
Jenama
PerkhidmatanPerkhidmatan selular, Talian tetap dan MIDI (Multimedia Data Internet)
Hasil▲ RM105.36 Bilion (Tahun Fiskal Berakhir 31 Disember 2024[4])
Pendapatan kendalian▲ RM187.7 Bilion (Tahun Fiskal Berakhir 31 Disember 2024[4])
Pendapatan bersih▲ RM139.6 Bilion (Tahun Fiskal Berakhir 31 Disember 2024[4])
Jumlah aset▲ RM223.23 Bilion (Fiscal Year Ended 31 Disember 2024[4])
Jumlah ekuiti▲ RM590.5 Bilion (Fiscal Year Ended 31 Disember 2024[4])
Pemilik
Bilangan kakitangan3,288 (2024)
Syarikat indukUsaha Tegas Sdn. Bhd.
Anak syarikatlihat senarai ini
Nisbah modal
Tapak webwww.maxis.com.my

Facebook: maxis X: MaxisListens Instagram: maxis LinkedIn (pertubuhan): maxis YouTube: UCEyMBWgXwz8ifr-0JBa4LUw Sunting nilai ini di Wikidata
sunting · sunting di Wikidata
Lihat pendokumenan templat ini
Lihat pendokumenan templat ini

Maxis Berhad (menjalankan perniagaan sebagai Maxis), berdaftar sebagai MaxisNuance Berhad, nombor syarikat 200901024473 (867573-A), merupakan pengendali perkhidmatan telefon bimbit di Malaysia, selain daripada syarikat TIME dotCom/Yes (Time Mobile), CelcomDigi, Telekom Malaysia/Unifi (Unifi Mobile dan Unifi TV), dan U Mobile (Nuance). Syarikat ini mempunyai 8 juta pelanggan pada tahun 2006.[6] Maxis mengendalikan talian 012, 017 dan 014-2.[7][8][9][10][11]. Jaringan Internet mencapai dari Bandar Arau (Kedah) sampai ke kampung Long Pasia (Sabah).

Maxis Mobile (GSM 900), dan juga MEASAT 1, 2, dan 3, (bahasa Inggeris: Malaysia East Asia Satellite, dan juga Melayu: Satelit Asia Timur Malaysia), merupakan salah sebuah pembekal perkhidmatan rangkaian penuh. Setakat ini, MEASAT digunakan terutamanya untuk membekalkan perkhidmatan penyiaran DTH di bawah perkhidmatan penyiaran Astro, anak syarikatnya MEASAT. Ia juga bercadang untuk menawarkan perkhidmatan telekomunikasi kepada rantau Asia, terutamanya negara-negara yang masih belum memiliki satelit.

Binariang telahpun secara agresifnya membina infrastruktur telekomunikasi di kawasan penempatan baru dan kompleks perniagaan. Pendekatan ini dijangka akan dapat membuka pasaran telekomunikasi di kawasan penempatan baru serta zon perniagaan. Namun demikian Binariang telahpun mengalami krisis kewangan yang teruk.

Kebelakangan ini, dalam percubaan syarikat tersebut untuk memfokuskan halatuju perniagaannya kepada perkhidmatan bimbit yang lebih lumayan, Binariang telah membuat keputusan untuk memberhentikan sebanyak 400 pekerjanya daripada Astro dan 300 lagi daripada bahagian rangkaian perkhidmatan tetap.

Pemiliknya, Ananda Krishnan, memegang 22% saham, manakala majoriti saham dimiliki oleh Usaha Tegas, sebuah syarikat yang diterajui bersama Ananda dan Tabung Amanah Tun Fuad Stephens.

Binariang mendapat perhatian luas apabila terdapat khabar angin yang mengatakan bahawa ia akan dibeli dan dimiliki oleh syarikat asing. Hutchison Asia Telecom Group dipercayai telah memperolehi baki 61% saham, iaitu sebanyak RM1.4 bilion yang dibenarkan untuk pelabur asing. Sebaliknya, apa yang telah berlaku adalah British Telecom (BT) membayar sebanyak RM1.8 bilion untuk memperolehi hanya satu pertiga ekuiti syarikat Binariang.

Maxis Communications yang diterajui oleh Dato' Jamaludin Ibrahim sebagai Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) dan Edward Ying sebagai Ketua Pegawai Operasi (COO). Ibu pejabatnya terletak di Menara Maxis, bersebelahan dengan Menara KLCC.

Pada 2002, Maxis telah mengambil alih ADAM (kemudiannya TIMECel, dan akhirnya Hotlink), ialah jenama di bawah dan seterusnya menggunakan talian 017.

Anak syarikat

[sunting | sunting sumber]

Maxis terdiri daripada 3 segmen perniagaan utama[12]

[sunting | sunting sumber]
  • Maxis Broadband Sdn. Bhd. (100%), dahulunya dikenali sebagai Bina Sat-Com Network Sendirian Berhad, nombor syarikat 199201002549 (234053-D)
    • Enterprise Managed Services Sdn. Bhd. (100%), dahulunya dikenali sebagai MyKRIS Asia Sdn. Bhd., nombor syarikat 200001010593 (513199-T)
  • MAI Sdn. Berhad (100%), dahulunya dikenali sebagai Malaysie Originals Sendirian Berhad, berdaftar sebagai Maxis Industries Berhad, nombor syarikat 196501000473 (6261-U)*
    • Maxis Collections Sdn. Bhd. (100%), nombor syarikat 199601010926 (383275-M)
  • Maxis Mobile Sdn. Bhd. (100%), dahulunya dikenali sebagai Binariang Communications Sendirian Berhad, nombor syarikat 199101019555 (229892-M), berjenama sebagai Maxis, pendahulu Maxis Mobile
  • Maxis Mobile Services Sdn. Bhd. (100%), dahulunya dikenali sebagai Electronics and Telematique (Malaysia) Sendirian Berhad, Sapura Digital Sendirian Berhad, TIME PCN Sendirian Berhad, TIME Wireless Sendirian Berhad, kemudiannya TIMECel Sendirian Berhad, dan akhirnya Malaysian Mobile Services Sendirian Berhad, berjenama sebagai MaxisNuance Networks Sdn. Bhd., nombor syarikat 198101007199 (73315-V), berjenama sebagai Hotlink, pendahulu ADAM 017, dan kemudiannya TIMECel 017, dinamakan semula Planet By MaxisNuance
  • Maxis International Sdn. Bhd. (100%), nombor syarikat 199201008568 (240071-T)
    • Green Packet (S) Pte. Ltd. (72.9%), dahulunya dikenali sebagai Packet One (S) Pte. Ltd., nombor syarikat (200919726-H)*
  • Advanced Wireless Technologies Sdn. Bhd. (100%), nombor syarikat 200001014945 (517551-U)
    • UMTS (Malaysia) Sdn. Bhd. (100%), nombor syarikat 200001017815 (520422-D)
    • ComeBy Sdn. Bhd. (100%), nombor syarikat 202201005948 (1451645-D)
    • Maxis Green Solutions Sdn. Bhd. (100%), nombor syarikat 202401020843 (1566692-W)
  • Teledata Sendirian Berhad (55%), dahulunya dikenali sebagai Perunding Teknik Sendirian Berhad, berdaftar sebagai MaxisNuance Marketing Sdn. Bhd., nombor syarikat 197301003361 (16813-P)*
    • Komtel Sdn. Bhd. (55%), nombor syarikat 198001003656 (57440-V)*
    • Sija Sdn. Bhd. (55%), nombor syarikat 198401004729 (117248-D)*
    • Sapura Marketing (Malaysia) Sdn. Bhd. (100%), dahulunya dikenali sebagai Lavish Sensation Sendirian Berhad, dan kemudiannya Sapura Marketing Sendirian Berhad, berdaftar sebagai MaxisNuance Services Sdn. Bhd., nombor syarikat 199401041358 (327045-M)*
  • Swiftnet (M) Sdn. Bhd. (75%), nombor syarikat 199301028526 (283264-K)*
    • Jernih Unggul Sendirian Berhad (75%), dahulunya dikenali sebagai Swiftcom Sendirian Berhad, dan kemudian High-Tech ASP Sendirian Berhad, berdaftar sebagai MaxisNuance Platforms Sdn. Bhd., nombor syarikat 199501041049 (370253-H)*

*Maxis akan mengambil alih 8 syarikat.

  • U Mobile Multimedia Sdn. Bhd. (50%), berdaftar sebagai Nuance Multimedia Sdn. Bhd., atau kemudiannya MaxisNuance Multimedia Sdn. Bhd., nombor syarikat 201901015461 (1324789-W), berjenama sebagai U Mobile, dinamakan semula Nuance**
    • U Mobile Sdn. Bhd. (50%), dahulunya dikenali sebagai GrafiMatix Sendirian Berhad, dan kemudiannya MiTV Networks Sendirian Berhad, berdaftar sebagai Nuance Wireless Sdn. Bhd., atau kemudiannya MaxisNuance Wireless Sdn. Bhd., nombor syarikat 199101013657 (223969-U)**
      • Telekomunikasi Indonesia International (Malaysia) Sdn. Bhd. (50%), nombor syarikat 201301022571 (1052400-A), berjenama sebagai Telin Malaysia**
    • U Telemedia Sdn. Bhd. (50%), berdaftar sebagai Nuance Properties Sdn. Bhd., atau kemudiannya MaxisNuance Properties Sdn. Bhd., nombor syarikat 200701038507 (796537-P)**
      • U Mobile Services Sdn. Bhd. (50%), dahulunya dikenali sebagai Dazzling Moments Sendirian Berhad, berdaftar sebagai Nuance Trading Sdn. Bhd., atau kemudiannya MaxisNuance Trading Sdn. Bhd., nombor syarikat 200401034375 (672884-H)**
    • Mawar Setia Sdn. Bhd. (50%), nombor syarikat 202401014808 (1560658-M)**
    • U Mobile Holdings Berhad (50%), berdaftar sebagai Nuance Intelligence Berhad, nombor syarikat 202301048360 (1542274-H)**
      • U Interactive Sdn. Bhd. (50%), dahulunya dikenali sebagai Ikram Bisnes (M) Sendirian Berhad, kemudiannya Shasta Broadband Sendirian Berhad, dan akhirnya MiTV Broadband Sendirian Berhad, berdaftar sebagai Nuance Interactive Sdn. Bhd., atau kemudiannya MaxisNuance Interactive Sdn. Bhd., nombor syarikat 199501037019 (366221-H)**

**Maxis akan penggabungan 7 syarikat.

  • Mobikom Sdn. Bhd. (100%), nombor syarikat 198901013346 (190656-M), pendahulu Mobikom (dihentikan)*
    • Digital Nasional Berhad (3%), dahulunya dikenali sebagai MKD Sejahtera Sdn. Bhd., nombor syarikat 201701005338 (1219503-P), berjenama sebagai DNB 5G
    • P1.Com Sdn. Bhd. (72.9%), nombor syarikat 200701011968 (769973-T)*
    • RuumzNation Sdn. Bhd. (72.9%), nombor syarikat 200801021528 (822845-P)*

*Maxis akan mengambil alih 3 syarikat.

Produk dan perkhidmatan

[sunting | sunting sumber]

Maxis menawarkan pelbagai keluaran dan perkhidmatan telekomunikasi kepada penduduk Malaysia, seperti pelan panggilan prabayar Hotlink (Planet By MaxisNuance), pelan langganan bulanan, perantauan global, MMS [en], WAP (dalam sistem GSM dan GPRS), perkhidmatan talian tetap perumahan, Internet jalur lebar, dan seperti pada awal 2005, perkhidmatan 3G bagi pelanggan prabayar dan pascabayar.

Bagi pelanggan perniagaan, Maxis menawarkan perkhidmatan VSAT [en] (komunikasi berasaskan satelit) and perkhidmatan mobil berasaskan BlackBerry selain perkhidmatan biasa. Maxis juga menyediakan kedai muzik atas talian bagi semua pelanggannya untuk memuat turun kandungan multimedia.

Perkhidmatan paling popular yang ditawarkan Maxis ialah jenama prabayar Hotlink yang kini dilanggan oleh 6.3 juta orang di Malaysia. Selain tiu mereka juga menawarkan perkhidmatan IDD 132, yang menawarkan panggilan berdiskaun ke talian tetap di negara-negara terpilih pada kadar 20 sen seminit, iaitu pada masa tertentu bagi kebanyakan pelanggan, lebih murah berbanding panggilan tempatan.

Maxis kini terlibat dalam perang harga dengan pesaingnya TIME dotCom/Yes (Time Mobile), CelcomDigi, Telekom Malaysia/Unifi (Unifi Mobile dan Unifi TV), dan U Mobile (Nuance) dalam pasaran SIM prabayar yang menyebabkan pek permulaan Hotlinknya menjunam sehingga RM6.

Terdapat ramai selebriti yang menjadi "jurucakap" Maxis, seperti Siti Nurhaliza, bintang-bintang Akademi Fantasia dan ramai lagi.

Maxis merasmikan perkhidmatan 3Gnya pada 1 Julai 2005 (perkhidmatan kad data 3G dilancarkan secara kecilan pada bulan Februari 2005). Perkhidmatan 3G ini terdapat dalam kawasan-kawasan terpilih dalam negara sahaja. Kawasan-kawasan liputan utama termasuk:

  • Lembah Klang (merangkumi Kuala Lumpur dan sebahagian besar Selangor) - pelancaran asal pada Julai 2005
  • Pualu Pinang - Dec 2005
  • Johor Bahru - Jan 2006
  • Kuantan - Sept 2006

Maxis kelihatan sedang mengambil strategi "liputan tebal" bagi 3G. Ini bererti perkhidmatan 3G ini hanya dilaksanakan dalam kawasan-kawasan di mana aliran data amat berat, atau kawasan-kawasan yang mempunyai kepentingan strategik (contohnya, Putrajaya sebagai pusat pentadbiran kerajaan). Kawasan-kawasan lain dalam negara pula di bawah perkhidmatan 2.5G (GPRS; liputan seluruh negara) yang sedang dinaik taraf secara progresif ke 2.75G (EDGE atau E-GPRS).

Ciri-ciri utama Maxis 3G termasuk:

  • Panggilan video dan mel video
  • Khidmat pengaliran video packet-switched (termasuk saluran siaran langsung, video-on-demand dan muat turun klip video)
  • Pantauan lalulintas (Maxis mengaku mempunyai 50 buah kamera video yang dipasang sekitar Lembah Klang, Pulau Pinang dan Johor Bahru)
  • Muat turun lagu penuh
  • Kad data 3G

Pada bulan september 2006, Maxis melancarkan 3.5G (HSDPA) sebagai sebahagian perkhidmatan "modem jalur lebar tanpa wayar" yang disasarkan kepada pengguna "pasaran massa/rumah" (dan bukannya pengguna perniagaan). Maxis sedang menaik taraf keseluruhan rangkaian 3G kepada 3.5G secara berperingkat. Seperti pada bulan Disember 2006, seluruh Pulau Pinang, dan sebahagian Lembah Klang, Johor Bahru dan Kuantan sudah diliputi kemudahan 3.5G.

MaxisNuance bersaing dengan telco Telekom Malaysia/Unifi (Unifi Mobile dan Unifi TV), CelcomDigi, dan TIME dotCom/Yes (Time Mobile).

Lihat juga

[sunting | sunting sumber]
  1. ↑ "MAXIS-Cover to Page 112". Maxis. 31 December 2024. Dicapai pada 15 July 2021.
  2. ↑ "MAXIS-Page 113 to ProxyForm". Maxis. 31 December 2024. Dicapai pada 15 July 2021.
  3. ↑ "MAXIS-eDividend". Maxis. 31 December 2024. Dicapai pada 15 July 2021.
  4. 1 2 3 4 5 "Maxis Group Berhad 2024 Annual Report". Maxis. 31 December 2024. Dicapai pada 15 July 2021.
  5. ↑ "News | Maxis". maxis.listedcompany.com. Dicapai pada 2023-12-24.
  6. ↑ "5 Cara Langgan Internet Maxis 2025 - Gadwinter.com" (dalam bahasa Inggeris AS). 2024-12-08. Dicapai pada 2025-01-07.
  7. ↑ E-Ling, Liaw (30 April 2007). "Malaysia's Maxis Receives Takeover Bid From Parent". The Wall Street Journal. Dicapai pada 30 April 2007.
  8. ↑ "Cara Daftar Paket Internet Smartfren Terbaru 2014". Cek kuota. 5 February 2014. Dicapai pada 5 February 2014.
  9. ↑ Azman, Syed (30 April 2007). "UPDATE 5-Malaysian tycoon to buy out telco Maxis". Reuters. Dicapai pada 30 April 2007.[pautan mati kekal][pautan mati kekal]
  10. ↑ "Announcement: Cara Daftar Paket Internet Simpati Loop 12GB February 2014". Cek kuota. 5 April 2014. Dicapai pada 5 February 2014.[sumber tak boleh dipercayai?]
  11. ↑ Maxis Communications Berhad (MYX: 5051), bursamalaysia.com
  12. ↑ "Annual Report 2024" (PDF).

Pautan luar

[sunting | sunting sumber]