Pergi ke kandungan

Syawarma

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
(Dilencongkan daripada Shawarma)
Syawarma
Syawarma dalam roti pita
JenisDaging
Tempat asalSyam
Bahan utamaDaging termasuk kambing, ayam, ayam belanda, lembu
Sandwich: daging syawarma atau shaorma falafel, roti pita atau roti balut, sayur-sayuran cincang atau carik, jeruk dan pelbagai bahan perasa
Bahan yang biasa digunakanDaging, sos, sayur, Roti pita, lavash, Syzygium, lemon juice, cabbage, buah pelaga, turmeric, bawang putih, paprika, Morkovcha, jintan putih, taboon bread, kulit kayu manis, Pudina Sunting ini di Wikidata
sunting · sunting di Wikidata
Lihat pendokumenan templat ini
Lihat pendokumenan templat ini

Syawarma (Arab: شَاوَرمَا‎, rumi: syāwarmā) adalah hidangan daging yang khusus di rantau Syam kawasan Timur Tengah.[1][2] Daging syawarma diperap dengan rempah-ratus dan dibakar cucuk lama dalam paling kurang sehari, daging bakar ini disayat-sayat sebahagiannya untuk dibalut dengan roti dan dimakan dengan tabbulah, fattusy, tomato dan timun cincang, dan sos-sos termasuk tahinah, hummus, jeruk lobak, dan kuah jeruk limau (anbah).

Hidangan yang sama dalam rantaunya termasuk döner kebab orang Turki dan gyros orang Yunani.[3]

Etimologi

[sunting | sunting sumber]

Nama syawarma dipinjamkan daripada çevirme disebut [tʃeviɾˈme] dalam bahasa Turki yang bermaksud 'pusing' kerana daging yang dibuat menjadi syawarma dimasak pada rotiseri yang "berpusing" pada paksinya.[4]

Penyediaan

[sunting | sunting sumber]
Syawarma di Baitulmaqdis.
Cucuk-cucuk Syawarma

Syawarma dibuat dengan menyusun kepingan-kepingan daging yang diperap berlapis-lapis dengan lemaknya secara berselang seli pada pencucuk yang menegak. Daging dipanggang di dalam rotiseri perlahan-lahan di sebelah atau di atas, api selama berjam-jam sampai seluruh timbunan daging masak. Gas atau haba elektrik digunakan; sebelum ini, terdapat kebuk untuk membakar arang atau kayu. Beberapa restoran menawarkan dua atau lebih pilihan daging; tetapi kebanyakan hanya mempunyai satu jenis. Daging bakar ini disayat-sayat dengan pisau besar atau gergaji bulat kecil yang jatuh ke dulang bulat di bawahnya untuk dikaut.

Syawarma dimakan sebagai makanan segera, dibuat menjadi bungkusan sandwic dengan roti pita atau lavash bersama-sama dengan sayur-sayuran dan sos perasa. Pelbagai sayur-sayuran yang disertakan dengan syawarma yang termasuk: timun, bawang, tomato, salad, terung, pasli, jeruk lobak, jeruk, rubarb, kubis, atau kentang goreng. Bawang, tomato, atau limau dibelah kadang kala diletakkan di bahagian atas untuk hiasan.

Sos-sos perasa yang dibubuh termasuk: tahinah, anbah (jeruk limau), hummus, atau yang berperisa dengan cuka dan rempah seperti buah pelaga, kayu manis dan pala. Syawarma ayam dihidangkan dengan mayonis bawang putih, toumaia (sos bawang putih), sari delima, atau skhug (sos cili pedas).

Lihat juga

[sunting | sunting sumber]
  1. ↑ Philip Mattar (2004). Encyclopedia of the Modern Middle Eastern (ed. Hardcover). Macmillan Library Reference. m/s. 840. ISBN 0028657713. Shawarma is a popular Levantine Arab specialty.
  2. ↑ Boone III, John A La (2006). Around the World of Food: Adventures in Culinary History (ed. Paperback). iUniverse, Inc. m/s. 115. ISBN 0595389686. Shawarma - An Arab sandwich similar to the gyro.
  3. ↑ Aglaia Kremezi and Anissa Helou, "What's in a Dish's Name", "Food and Language", Proceedings of the Oxford Symposium on Food and Cookery, 2009, ISBN 190301879X
  4. ↑ Al Khan, Mohammed N. (31 July 2009). [4 March 2018 "Shawarma: the Arabic fast food"]. Gulf News. {{cite news}}: |archive-url= memerlukan |archive-date= (bantuan); Semak nilai |archive-url= (bantuan)

Pautan luar

[sunting | sunting sumber]
  • Kategori berkaitan Syawarma di Wikimedia Commons