Chosun Ilbo
Terbitan Chosun Ilbo pada 1 Januari 1940. | |
| Jenis | Surat khabar harian |
|---|---|
| Format | Broadsheet |
| Bahasa | Korea |
| Ibu pejabat | Daerah Jung, Seoul, Korea Selatan |
| Edaran |
|
| Pemilik | Chosun Media Group |
| Pengasas | Sin Sogu |
| Presiden | Bang Sang-Hun |
| Pengarang | Park Doo-Sik |
| Laman sesawang | chosun.com (dalam bahasa Korea) english.chosun.com (dalam bahasa Inggeris) |
Chosun Ilbo (Korea: 조선일보, har. Akhbar Harian Korea), juga dikenali sebagai The Chosun Daily, ialah sebuah akhbar berbahasa Korea yang berperanan sebagai akhbar rujukan rasmi di Korea Selatan[1][2][3][4][5] dan merupakan antara akhbar tertua yang masih aktif di negara itu..[6] Ia mempunyai edaran harian lebih daripada 1,800,000 naskhah,[7] dan telah diaudit setiap tahun sejak penubuhan Biro Audit Edaran pada tahun 1993.[8]
Selain akhbar cetak, Chosun Ilbo dan syarikat subsidiarinya, Digital Chosun, mengendalikan laman web berita Chosun.com, yang turut menerbitkan berita dalam bahasa Inggeris, Cina, dan Jepun.
Sejarah
[sunting | sunting sumber]Chosun Ilbo ditubuhkan pada September 1919, dan akhbar Chosun Ilbo sendiri diasaskan pada 5 Mac 1920[6] oleh Sin Sogu dengan sokongan kewangan daripada Persatuan Perniagaan Daejong.[9][10] Cho Jin-Tae, timbalan pengerusi Persatuan Perniagaan Daejong, dilantik sebagai presiden pertama akhbar pada 1920.[11] Bagaimanapun, selepas lima bulan, persatuan itu gagal menyalurkan dana yang dijanjikan, menyebabkan hubungan mereka dengan akhbar retak, dan Cho Jin-Tae digantikan oleh Yoo Moon-Hwan pada 15 Ogos 1920.[11]
Pada 6 April 1921, selepas hanya setahun penerbitan, Chosun Ilbo terpaksa berehat sementara kerana masalah kewangan.[11]
Pada 31 Julai 1940, akhbar menerbitkan artikel editorial keempat bertajuk "Pengajaran Realisme Amerika".[12] Sepuluh hari kemudian, selepas isu ke-6,923, akhbar diisytiharkan dihentikan secara rasmi oleh kerajaan Jepun.[12] Sepanjang dua dekad pertama penubuhannya, akhbar telah disekat empat kali oleh kerajaan Jepun dan isu-isu akhbar telah dirampas lebih 500 kali sebelum 1932.
Selepas Korea mencapai kemerdekaan pada 1945, Chosun Ilbo disambung semula selepas tempoh henti penerbitan selama lima tahun tiga bulan.
Pada 1 Mac 1999, Chosun Ilbo mengumumkan bahawa mulai 2 Mac 1999, akhbar akan beralih kepada gaya penulisan mendatar dari kiri ke kanan, selari dengan kebanyakan akhbar moden lain, bersempena ulang tahun ke-79.[13] Walaupun berubah gaya, akhbar tetap berikrar mengekalkan penggunaan aksara hanja. Oleh itu, isu 1 Mac 1999 (No. 24305) menjadi isu terakhir yang dicetak secara menegak dari kanan ke kiri, dan sejak 2 Mac 1999, semua isu diterbitkan dalam gaya mendatar moden dari kiri ke kanan.
Subsidiari
[sunting | sunting sumber]Selain daripada akhbar harian, syarikat Chosun Ilbo juga menerbitkan beberapa penerbitan lain, termasuk Weekly Chosun, Monthly Chosun, Digital Chosun, Edu-Chosun dan ChosunBiz.
Kontroversi
[sunting | sunting sumber]Chosun Ilbo secara tradisi mengambil pendirian tegas menentang Korea Utara. Contohnya, akhbar ini menentang Sunshine Policy Presiden Korea Selatan Kim Dae-jung, yang bertujuan untuk berhubung dan bekerjasama dengan Korea Utara, merapatkan jurang ekonomi dan memulihkan komunikasi antara kedua-dua Korea. Pendirian tegas ini menyebabkan akhbar itu mendapat kritikan hebat dan ancaman dari Korea Utara.[9]
Pada 6 April 2019, Deutsche Welle menggambarkan Chosun Ilbo sebagai "saluran yang terkenal dengan laporan yang meragukan dan bermotif politik" mengenai Korea Utara.[14] Contohnya, pada 31 Mei 2019, akhbar melaporkan bahawa diplomat utama nuklear Korea Utara, Kim Hyok-chol telah dihukum mati oleh skuad penembak kerajaan Korea Utara, berdasarkan sumber tidak dikenal pasti..[15][16][17][18][19][20] Bagaimanapun, pada 2 Jun 2019, diplomat itu dilihat hadir di konsert, duduk berdekatan dengan pemimpin Korea Utara, Kim Jong Un, menunjukkan laporan akhbar itu tidak tepat.[21][22][23]
Selain itu, Chosun Ilbo pernah dituntut oleh pengajar terkenal EBS, Choi Tae-seong, kerana artikel akhbar itu memfitnah beliau sebagai penyokong Korea Utara.[24]
Akhbar ini juga dituduh sebagai chinilbanminjokhaengwi (pro-Jepun, antinasional) kerana kontroversi sokongan terhadap Korea ketika dijajah Jepun.[25] Pada 2005, kerajaan Korea Selatan dan aktivis nasionalis menyiasat sama ada Chosun Ilbo bersubahat dengan Empayar Jepun,[26] kerana akhbar itu menerbitkan artikel yang memuji keluarga diraja Jepun secara berlebihan antara 1938–1940. Selain itu, sehingga 1987, akhbar ini juga dilaporkan memberi liputan positif terhadap rejim tentera diktator di Korea Selatan.[27]
Pada 2002, pihak pendakwaan menuntut hukuman tujuh tahun penjara dan denda 12 bilion won terhadap pengerusi Chosun Ilbo, Bang Sang-hoon, atas tuduhan pengelakan cukai dan penggelapan dana syarikat. Beliau dituduh mengelak 6.2 bilion won cukai hadiah dan korporat serta menggelapkan 4.5 bilion won daripada dana syarikat. Pada 29 Jun 2006, beliau didakwa lagi kerana mengelak 2.35 bilion won cukai hadiah melalui pemindahan saham nominal kepada anaknya dan menyalahgunakan 2.57 bilion won dana syarikat untuk meningkatkan modal dalam syarikat-syarikat sekutu seperti Jogwang Publishing dan Sports Chosun. Mahkamah Agung akhirnya menjatuhkan hukuman tiga tahun penjara dengan penangguhan empat tahun dan denda 2.5 bilion won kerana pengelakan cukai dan salah guna dana syarikat.[28]
Catatan
[sunting | sunting sumber]- ↑ Burrett, Tina; Kingston, Jeff (2020). Press Freedom in Contemporary Asia. New York, NY: Routledge. ISBN 9781138584839.
- ↑ Lee, Sangwon; Paik, Jihyun (2017). "How partisan newspapers represented a pandemic: the case of the Middle East respiratory syndrome in South Korea". Asian Journal of Communication. 27 (1): 82–96. doi:10.1080/01292986.2016.1235592. S2CID 152142220.
- ↑ Jo, Wonkwang; You, Myoungsoon (2019). "News media's framing of health policy and its implications for government communication: A text mining analysis of news coverage on a policy to expand health insurance coverage in South Korea". Health Policy. 123 (11): 1116–1124. doi:10.1016/j.healthpol.2019.07.011. PMID 31495561. S2CID 199026467.
- ↑ Kim, Kisun; Shahin, Saif (2019). "Ideological parallelism: toward a transnational understanding of the protest paradigm". Social Movement Studies. 19 (4): 391–407. doi:10.1080/14742837.2019.1681956. S2CID 210459297.
- ↑ Youm, Kyu Ho; Kwak, Nojin (August 2018). "3". Korean Communication, Media, and Culture: An Annotated Bibliography (ed. 1st). Lexington Books. m/s. 71. ISBN 978-1498583329.
The prominent "big three" publications — Chosun Ilbo, Dong-A Ilbo, and Joongang Ilbo — are newspapers of record with a combined three million subscribers.
- 1 2 Frank, Rüdiger; Hoare, Jim; Köllner, Patrick; Pares, Susan (2009). Korea Yearbook (2009): Politics, Economy and Society. Leiden: BRILL. m/s. 207. ISBN 9789004180192.
- ↑ Chosun Iilbo http://english.chosun.com/site/data/html_dir/2010/11/30/2010113001011.html Diarkibkan 4 Mac 2016 di Wayback Machine
- ↑ "The Asia-Pacific Perceptions Project". National Centre for Research on Europe. Christchurch, New Zealand: University of Canterbury. Diarkibkan daripada yang asal pada 6 August 2012. Dicapai pada 8 April 2008.
- 1 2 Hoare, James E. (2015). Historical Dictionary of the Republic of Korea, Third Edition. Lanham, MD: Rowman & Littlefield. m/s. 118. ISBN 978-0-8108-7163-2.
- ↑ Pratt, Keith; Rutt, Richard (2013). Korea: A Historical and Cultural Dictionary. Oxon: Routledge. m/s. 65. ISBN 9780700704644.
- 1 2 3 [격동의 역사와 함께한 조선일보 90년] 3대 사장 남궁훈 "사이토 총독 사직하라" 4대 사장 이상재 취임 후 민족지로 '우뚝'. The Chosun Ilbo (dalam bahasa Korea). 2020-08-03. Dicapai pada 2024-04-09.
- 1 2 Kim, Choon-Hee (2020). Jamesian Cultural Anxiety in the East and West: The Co-Constitutive Nature of the Cosmopolite Spirit. Newcastle upon Tyne: Cambridge Scholars Publishing. m/s. 140. ISBN 978-1-5275-4199-3.
- ↑ 네이버 뉴스 라이브러리. NAVER Newslibrary. Dicapai pada 2024-06-05.
- ↑ "North Korea: Fake news on both sides is the norm". Deutsche Welle.
- ↑ "North Korea executes nuclear envoy to U.S. after failed Trump summit: report." Diarkibkan 2 Jun 2019 di Wayback Machine Kim Hjelmgaard. USA Today. 31 May 2019. Accessed 3 June 2019.
- ↑ North Korea executed top negotiator, purged others over failed Trump summit, report says. Diarkibkan 12 Januari 2020 di Wayback Machine Victoria Kim. Los Angeles Times. 31 May 2019. Accessed 3 June 2019.
- ↑ "North Korea 'executed' officials after failed Trump summit: report." Diarkibkan 4 Jun 2019 di Wayback Machine France 24 TV. 31 May 2019. Accessed 3 June 2019.
- ↑ "North Korea Executes Envoy to Failed U.S. Summit -Media; White House Monitoring." Diarkibkan 4 Jun 2019 di Wayback Machine Hyonhee Shin and Joyce Lee. U.S. News & World Report. 31 May 2019. Accessed 3 June 2019.
- ↑ "US checking reports North Korea executed envoy, says Pompeo: South Korean paper claims Kim Hyok-chol has been killed and a negotiator put in forced labour." Diarkibkan 4 Jun 2019 di Wayback Machine Justin McCurry. The Guardian. London, England. 31 May 2019. Accessed 3 June 2019.
- ↑ "US checking reports North Korea executed top official after Trump summit, Pompeo says." Diarkibkan 4 Jun 2019 di Wayback Machine CNN. 1 June 2019. Accessed 3 June 2019.
- ↑ Top North Korean official reappears days after purge report. Diarkibkan 3 Jun 2019 di Wayback Machine Kim Tong-Hyung, Associated Press. 3 June 2019. Accessed 3 June 2019.
- ↑ "Senior North Korean official reappears after 'forced labour' report: Photo shows Kim Yong-chol attended an art performance with Kim Jong-un on Sunday." Diarkibkan 4 Jun 2019 di Wayback Machine Daniel Hurst. The Guardian. 3 June 2019. Accessed 3 June 2019.
- ↑ Purged? Not purged. Leading North Korean official reemerges in public. Diarkibkan 4 Jun 2019 di Wayback Machine Min Joo Kim and Simon Denyer . 3 June 2019. Accessed 3 June 2019.
- ↑ Lee Hui-jin (이희진) (11 August 2011). "EBS 강사, 명예훼손 혐의로 조선일보 기자 고소". No Cut News (dalam bahasa Korea). Diarkibkan daripada yang asal pada 25 March 2012. Dicapai pada 17 September 2011.
- ↑ 조선일보 반민족・반통일 행위에 대한 민간 법정 추진 위원회, penyunting (2002). 조선일보 반민족・반통일 행위에 대한 민간 법정 백서. 인물 과 사상사. m/s. 41. ISBN 9788988410561.
조선일보의 위와 같은 보도는 일제의 침략 전쟁을 미화하고 나아가 일제 의 침략 전쟁에 조선을 후방 병참 기지화 ...
- ↑ (pt. 1-3) 친일반민족행위 결정 이유서. 대통령소속친일반민족행위진상규명위원회. 2007. m/s. 2411.
- ↑ "친일·독재 찬양 흑역사는 쏙 뺀 조선일보의 '반쪽 100년사'" [Chosun Ilbo's '100-Year History of the Half', Excluding the Dark History of Praise of Pro-Japanese and Dictatorship]. The Hankyoreh. March 10, 2020. Dicapai pada February 28, 2023.
. 일제강점기엔 일왕 생일 충성 맹세 / 5·16쿠데타 비호, 5·18 항쟁 먹칠 / 김일성 사망 오보 34년 만에 정정 / 고비마다 진실 비틀며 왜곡 일삼다..
[.Pledge of allegiance on the birthday of the emperor during the Japanese colonial era / Protection of the 5/16 coup d'état, disgrace of the 5/18 uprising / Misinformation on the death of Kim Il-sung corrected after 34 years / Twisted and distorted the truth at every juncture...] - ↑ 방상훈 조선일보사장 '유죄'…"족벌언론 범죄" 단죄. 한겨레신문 (dalam bahasa Korea). October 20, 2019. Dicapai pada October 21, 2024.
Pautan luar
[sunting | sunting sumber]
Media berkaitan Chosun Ilbo di Wikimedia Commons- Tapak sesawang rasmi (dalam bahasa Inggeris)