Pergi ke kandungan

Parti Aspirasi Rakyat Sarawak

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
(Dilencongkan daripada State Reform Party)
Parti Aspirasi Rakyat Sarawak
Sarawak People's Aspiration Party
SingkatanASPIRASI
PresidenBuln Patrick Ribos
PengerusiHugh Lawrence Zehnder
PengasasDr. Patau Rubis
Diasaskan9 Oktober 1996 (di Sarawak)
6 Januari 2012 (di Sabah)
24 Januari 2020 (dijenamakan semula sebagai ASPIRASI)
Disahkan26 Januari 2020 (Diluluskan secara sah sebagai ASPIRASI)
Pecahan
Digantikan olehParti Solidariti Tanah Airku (STAR) (hanya di Wilayah Sabah sahaja)[1]
Ibu pejabatKuching, Sarawak
Ideologi
Kedudukan politikBerhaluan kiri
Warna     Ungu
     Kuning
     Biru
SloganUnited for Future Sarawak
(Bersatu untuk Masa Depan Sarawak)
Tapak sesawangLaman Sesawang Rasmi STAR
Laman Facebook STAR
Dewan Negara:
0 / 70
Dewan Rakyat:
0 / 222
Dewan Undangan Negeri Sarawak:
0 / 99
Premier Sarawak
0 / 1
sunting · sunting di Wikidata
Lihat pendokumenan templat ini
Lihat pendokumenan templat ini

Parti Aspirasi Rakyat Sarawak (dalam bahasa Inggeris: "Sarawak People's Aspiration Party") (Pendahulu parti ini dikenali sebagai Parti Reformasi Negeri atau dikenali dengan singkatan STAR, Inggeris: State Reform Party), atau dikenali ramai mula pada tahun 2020 sebagai ASPIRASI merupakan sebuah parti politik tempatan berhaluan kiri di Sarawak. Presiden parti terdahulu, Dr. Patau Rubis yang telah meninggal dunia pada tahun 2016. Dr. Patau Rubis tidak menyedarkan diri pada mesyuarat agung tahunan (AGM) parti pada 20 Mac 2016. Parti ini mempunyai 9 manifesto untuk memfokuskan terhadap Sarawak bagi menambahbaik dan mewartakan hak-hak wilayah Sarawak dalam Perjanjian Malaysia 1963.[2] Parti politik ini tidak bercanggah secara langsung dan tiada kaitan dengan parti politik baharu Parti Aspirasi Nasional (ASPIRASI / PAN) yang dipimpin oleh Dr. Niel Razyfael.

Logo rasmi

Berikut adalah logo rasmi yang telah diumumkan oleh kepemimpinan Parti ASPIRASI Rakyat Sarawak pada 13 Disember 2021 sebelum menjelang Pilihan raya negeri Sarawak 2021

Sejarah penubuhan

Logo Parti ASPIRASI (yang dahulunya dikenali sebagai STAR) (digunakan pada tahun 1996-2019)

Ditubuhkan pada 9 Oktober 1996 oleh Dr. Patau Rubis setelah beliau dipecat dari kabinet negeri Sarawak pada Oktober 1995 dan seterusnya dari Parti Kebangsaan Sarawak (SNAP). Beliau secara rasminya dipilih sebagai Pesiden parti yang pertama di dalam persidangan tiga tahunan parti STAR yang ulung pada 9 Mac 1997.[3] Presiden STAR sekarang ialah Soo Lina, yang dipilih bagi menggantikan Patau Rubis, selepas jatuh pengsan semasa mempengerusikan Mesyuarat Agung Tahunan STAR dan meninggal dunia kemudiannya pada 20 Mac 2016.[4][5]Parti Reformasi Negeri lebih memberikan tumpuan untuk melakukan reformasi bukan sahaja di peringkat kerajaan tetapi lebih utama melakukan reformasi terhadap sistem pemerintahan, sistem penyampaian (delivery system) dan dasar-dasar kerajaan supaya lebih telus dan mesra rakyat. Memberikan perhatian yang lebih dan mahu menambahbaik terhadap persetujuan 18-point memorandum antara Sarawak dan Persekutuan Tanah Melayu.

Pada Tahun 2016, Parti STAR cawangan Sabah telah dijenamakan semula sebagai Parti Solidariti Tanah Airku dengan singkatan STAR dibawah pimpinan presiden parti, Datuk Seri Panglima Dr. Jeffrey G. Kitingan. Beliau menjenamakan semula parti tersebut kerana beliau ingin menumpukan sepenuh perhatian terhadap Sabah dengan ideologi asal parti berkenaan iaitu hak-hak Sabah dengan tambahan pembangunan serta ekonomi yang diperlukan di Sabah.

Pada Tahun 2020, Parti ini telah dijenamakan semula sebagai Parti Aspirasi Rakyat Sarawak dengan singkatan ASPIRASI menggantikan Parti Reformasi Negeri Sarawak (STAR). Hal sedemikian dilakukan untuk mengelak kekeliruan diantara Parti STAR yang ada di Sabah dengan STAR yang ada di Sarawak. Walaubagaimanapun, Perjuangan parti tersebut terus dikekalkan dengan ideologi yang tetap sama dengan penambahan ideologi dalam hal ekonomi serta memfokuskan kemajuan bangsa-bangsa pedalaman yang ada di Sarawak. Nama "ASPIRASI" kini rasmi diguna-pakai di mana-mana pilihanraya yang berlangsung di Sarawak.

Barisan kepimpinan

Jawatan NamaNota
Presiden Buln Patrick Ribos-
Timbalan Presiden Fatrick Jime Nawi -
Tambi Pilang -
Lamon Kambeng -
Pengerusi Hugh Lawrence Zehnder -
Timbalan Pengerusi Jotem Kipa @ Joseph -
Rosli Lambeng -
Naib Pengerusi Jane Dripin -
Mesah Suhaili -
Wong Chin King -
Tan Kok Chiang -
Ronie Arthur Stem -
Christopher Alexis Sellie -
Lee Fah @ Lee Shak Fah -
Justin Khong Zheng Loong -
Setiausaha Agung Lina Soo -
Timbalan Setiausaha Agung Voon Put Tan @ Voon Pok Tan -
Deka Anyon -
Bendahari Agung Jileng Kion -
Timbalan Bendahari Agung Zuraida Jasmine Amin -
Francis Dorus -
Ketua Penerangan Parti -
Jurucakap Parti -
Ketua Pergerakan Pemuda ASPIRASI Romeo Diyong -
Ketua Pergerakan Wanita ASPIRASI -
Ketua Biro Strategik Pilihanraya & Komunikasi -
Ketua Biro Undang-Undang & Disiplin -
Ketua Biro Hal Ehwal Parti & Hubungan Parti -

Senarai presiden parti

  • Dr. Patau Rubis (1996 – 2011)
  • Dr. Dripin Sakoi (2011 – 2016)
  • Lina Soo (2016 – 2025)
  • Hugh Lawrence Zehnder (2025 – 2026) (pemangku presiden)
  • Buln Patrick Ribos (2026 – kini)

Keputusan pilihan raya

Pilihan raya umum Malaysia 2018

No.DUNCalonUndianKeputusan
N43SekongAbdul Rashid Abdul Rahman41Kalah (Hilang Deposit)
N44KaramuntingBesarun Kecha61Kalah (Hilang Deposit)

Pilihan raya negeri Sarawak 2016

No.DUNCalonUndianKeputusan
N9PadunganTiong Kwang Kim116Kalah (HD)
N11Batu LintangSoo Lina331Kalah (HD)
N18SerembuBuln Anak Patrick Ribas120Kalah (HD)
N23Bukit SimujaJohnny Anak Aput53Kalah (HD)
N51Bukit AssekMoh Hiang King374Kalah (HD)
N52DudongTing Yiik Hong152Kalah (HD)
N53Bawang AssanWong Sing Wei100Kalah (HD)
N55NangkaTiong Ing Tung773Kalah (HD)
N67JepakMohammed Anuar Abdul Hamid136Kalah (HD)
N68Tanjong BatuChieng Lea Phing89Kalah (HD)

Lihat juga

Rujukan

  1. ↑ Jenne Lajiun (15 July 2016). "Reformed, rebranded STAR now Sabah-based party". The Borneo Post. Dicapai pada 23 April 2018.
  2. ↑ Lim How Pim (20 March 2016). "Dr Patau Rubis passes away from apparent heart failure". The Borneo Post. Dicapai pada 28 April 2016.
  3. ↑ State Reform Party (STAR), mylovelynney.rumahpanjai[pautan mati kekal]
  4. ↑ "State Reform Party founding president Dr Patau Rubis dies a day before birthday after collapsing at AGM". The Star Online. 20 March 2016. Dicapai pada 2016-04-28.
  5. ↑ "Dr Patau Rubis passes away from apparent heart failure". BorneoPost Online. 20 March 2016. Dicapai pada 2016-04-28.

Pautan Luar