Pergi ke kandungan

Alif Satar

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Alif Satar
اليف ساتر
Alif pada Julai 2010
Kelahiran
Muhammad Alif bin Mohd Satar

(1990-09-19) 19 September 1990 (umur 36)
Jakarta, Indonesia
PekerjaanPenyanyi, Pelakon, Pengacara, Penerbit
Tahun aktif2006–kini
Karya
Filemografi
Ketinggian1.70 m (5 ka 7 in)
PasanganSha Dila Halid (k. 2014)
Anak-anak3
Ibu bapa
  • Mohd Satar Ramli (bapa)
  • Nur Hafiza Muhammed (ibu)
SaudaraAin Satar (adik perempuan)
Kerjaya muzik
GenrePop Rock, R&B
Alat muzikVokal
Syarikat rakamanSony Music Entertainment
(2006–2018)
Warner Music Malaysia (2028–kini)
Kegiatan berkaitanAlif Satar & The Locos, Raihan, Siti Nordiana, Shila Amzah

Muhammad Alif Mohd Satar (lahir 19 September 1990) ialah seorang penyanyi, pelakon dan pengacara lelaki Malaysia.[1]

Beliau mula dikenali setelah berjaya mendapat tempat ketiga dalam rancangan realiti One in a Million musim pertama sewaktu beliau berusia 16 tahun.[2] Selain menyanyi, beliau juga berlakon dan mengacara. Alif bermula berlakon pada usia 14 tahun di dalam produksi West End London untuk teater muzikal Peter Pan The Lost Boys. Lakonan pertama beliau adalah menerusi drama Suria Di Cordoba sebagai Rudy. Namun begitu, lakonan beliau mendapat tempat di hati peminat dan penonton adalah sebagai Ahnaf Wafiy dalam drama adaptasi novel Dia Semanis Honey.

Sebagai pengacara, Alif banyak mengacarakan rancangan-rancangan di stesen televisyen Media Prima dan Astro. Beliau pernah dipilih oleh Aznil Nawawi untuk mengacarakan rancangan MeleTOP bersama Neelofa dan Nabil Ahmad pada tahun 2012. Kini beliau merupakan duta rasmi produk jenama Salonpas.

Alif dijangka menjadi pengacara ketiga bagi Anugerah MeleTOP Era 2020 yang berlangsung pada 20 Disember 2020. Namun akibat Alif merupakan bekas pesakit positif Covid 19 yang dialaminya pada 19 November lalu dan sudah pulih, pihak produksi dan beliau sendiri telah memberi keputusan untuk menarik diri. Ini kerana mereka mengambil berat tentang keadaan kesihatan Alif.

Kehidupan awal

[sunting | sunting sumber]

Alif dilahirkan pada 19 September 1990 di Kuala Lumpur, Malaysia. Beliau ialah anak sulung daripada empat beradik kepada pasangan Mohd Satar Ramli dan Nur Hafiza Muhammed.

Kehidupan peribadi

[sunting | sunting sumber]

Beliau menamatkan zaman bujangnya pada 15 September 2014 dengan pengurusnya (kini bekas), Sha Dila Halid yang usianya 6 tahun lebih tua daripada Alif.[3][4][5] Dari perkahwinan tersebut, mereka dikurniakan dua cahaya mata perempuan iaitu Alisha Anugerah (lahir 2015) dan Ariana Mecca (lahir 2017).[6] Beliau dan isteri dikurniakan cahaya mata ketiga iaitu lelaki yang diberi nama Muhammad Ali (lahir 2019) yang dilahirkan pada hari lahir Alif, 19 September.[7]

Pada 22 November 2020, Alif telah menghantar ciapan di Instagram bahawa beliau disahkan positif COVID-19.[8] Ibu bapa, adik dan pembantu peribadi beliau turut disahkan positif COVID-19.[9] Beliau juga dijangka akan keluar dari hospital.

One in a Million

[sunting | sunting sumber]
Minggu Tema Lagu Keputusan
Top 20 Knock Out "This Love" nyanyian asal Maroon 5 Terpilih
Top 12 Bebas "Pria Terhebat" nyanyian asal Shiela on 7 Selamat
Top 10 "Mama Tolonglah Percaya" nyanyian asal Exists Selamat
Top 9 Lagu Pembukaan Konsert "Lonely Mo More" nyanyian asal Rob Thomas Selamat
Top 8 Bebas "Unwell" nyanyian asal Matchbox Twenty Selamat
Top 7 "Feeling Good" nyanyian asal Michael Bublé Selamat
Top 6 Pilihan Aubrey Suwito "Tak Bisakah" nyanyian asal Peterpan Selamat
Pilihan Peserta "Harder To Breath" nyanyian asal Maroon 5
Top 5 Pilihan Peminat "Ain't No Other Man" nyanyian asal Christina Aguilera Selamat
"The Remedy" nyanyian asal Jason Mraz
Top 4 Solo "Footloose" nyanyian asal Kenny Loggings Selamat
Duet "Pretty Young Thing" nyanyian asal Michael Jackson (Duet bersama Reshmonu)
Top 3 (Semi Final) Hits Tempatan & Antarabangsa "The Call" nyanyian asal Backstreet Boys Selamat
"Namun Ku Punya Hati" nyanyian asal The Revolvers
Top 3 (Grand Finale) Grand Finale "Just Give Me One Night" nyanyian asal 98 Degrees Tempat Ketiga
"Khayal" (Lagu baru)

Diskografi

[sunting | sunting sumber]

Album solo

[sunting | sunting sumber]

Album bersama Alif Satar & The Locos

[sunting | sunting sumber]

Album Kompilasi

[sunting | sunting sumber]
Tahun Tajuk Lagu Kolaborasi Penulis Lirik Komposer Album Catatan
2006 "Khayal" N/a Nur Fatima Audi Mok N/a
2008 "Kau Pergi" N/a Long Shong Xue & Meor Shariman Long Shong Xue Alif OST Drama Delima
2009 "Jangan Nakal" N/a Panji Nakal
"Akan Tiba" N/a Amylea OST Drama Rona Roni Makaroni
"Cukup Indah" N/a Zimi
2010 "Balik Kampung" Aliff Aziz Copyright Controlled N/a
2011 "Lelaki Seperti Aku" N/a Panji Sakti Lelaki Seperti Aku
"Pendusta" N/a Zimi Sofazr
2013 "Akhiri Penantianku" N/a Definisi
"Bila" N/a Norma
"Kesempatan Kedua" N/a Habsah Hassan Azlan Abu Hassan
2014 "Setiap Hari" N/a Panji Sakti
"Senyum" PU Yeop Zel Hadauan Omar K N/a OST Drama Ya Ustaz
2015 "Sehati Sejiwa" N/a Muhammad Yuri Edris & Siso Kopratasa Muhammad Yuri Edris N/a Lagu tema rasmi Hari Kebangsaan 2015-2017
2016 "Selamanya Cinta" Shila Amzah My Journey 心旅 OST Drama Suri Hati Mr. Pilot
"Jangan Menghina" In-Team & Nocturnal Voice Khalif Hassan Sallam N/a
2017 "Sesungguhnya Aku" N/a Faizal Tahir, Ezra Kong, Romeo & Mike Chan N/a OST Drama Red Velvet
"Jatuh Cinta" N/a Nurhairy Abdul Rahman N/a OST Filem Kau Yang Satu
2018 "Sebenarnya" Siti Nordiana Faizal Tahir, Ezra Kong, Sze Wan Lee, Romeo & Mike Chan N/a OST Drama Klik! Pengantin Musim Salju
2019 "Sesungguhnya 2019" Raihan Nazrey Johani N/a
"I Want You To Love Me" N/a Faizal Tahir, Ezra Kong, Romeo, Mike Chan & Alif Satar Faizai Tahir, Ezra Kong, Romeo & Mike Chan N/a OST Drama Kau Yang Pertama
2020 "Damba Cinta Mu" Raihan Abu Bakar Md Yatim N/a
"Malaysia Prihatin" Syamel, Siti Sarah & Aina Abdul El Sol Akhmad Datuk Mokhzani Ismail N/a Lagu tema rasmi Hari Kebangsaan 2020
"Bangkit Semangatku" N/a Pacai N/a Lagu tema CIMB Liga Super Malaysia 2020
2021 "Janji Happy" Naim Daniel John Jeeves & Firdaus Rahmat N/a Lagu tema TV9

Filemografi

[sunting | sunting sumber]

Anugerah dan pencalonan

[sunting | sunting sumber]
Tahun Anugerah Kategori Pencalonan Keputusan
2016 Separuh Akhir Muzik Muzik 31 N/a Selamanya Cinta Mara
2017 Anugerah Juara Lagu ke-31 N/a Finalis
Anugerah Planet Muzik 2017 Lagu Terbaik (Malaysia) Tercalon
Duo/Kumpulan Terbaik Alif Satar & Shila Amzah
(Selamanya Cinta)
Tercalon
Anugerah Throwbaek Drama Hero Throwbaek Alif Satar Tercalon
Kapel Throwbaek Alif Satar & Siti Nordiana Tercalon
Anugerah MeleTOP Era 2017 Hos TV MeleTOP Alif Satar
(Akademi Fantasia (musim 13))
Tercalon
Bintang Filem MeleTOP Alif Satar
(Aliff Dalam 7 Dimensi)
Tercalon
Anugerah Stail EH! Artis Lelaki Paling Seksi Alif Satar Tercalon
Anugerah Bintang Popular Berita Harian ke-30 Penyanyi Lelaki Popular Tercalon
Pengacara TV Popular Tercalon
Artis Versatil Popular Tercalon
Pelakon Filem Lelaki Popular Tercalon
Gandingan Serasi Drama Alif Satar & Siti Nordiana
(Dia Semanis Honey)
Tercalon
Anugerah Telenovela 2017 Pelakon Lelaki Terbaik Alif Satar
(Dia Semanis Honey)
Tercalon
Pelakon Lelaki Popular Drama Alif Satar Menang
2018 Anugerah MeleTOP Era 2018 Hos TV MeleTOP Alif Satar
(Rockanova)
Tercalon
Anugerah Bintang Popular Berita Harian ke-31 Pelakon TV Lelaki Popular Alif Satar Tercalon
Penyanyi Lelaki Popular Tercalon
Pengacara TV Popular Tercalon
Artis Versatil Popular Menang
Pasangan Serasi Drama Alif Satar & Neelofa
(Red Velvet)
Tercalon
Boh Cameronian Arts Awards Pelakon Utama Terbaik Alif Satar
(Dia Semanis Honey Muzikal)
Menang
2019 Anugerah MeleTOP Era 2019 Penyanyi MeleTOP Alif Satar Tercalon
Hos MeleTOP Alif Satar
(Big Stage)
Tercalon
Anugerah Bintang Popular Berita Harian ke-32 Pengacara TV Popular Alif Satar Tercalon
Artis Versatil Popular Tercalon
Artis Kolaborasi Duo/ Berkumpulan Popular Alif Satar & Siti Nordiana Tercalon
ERA Digital Muzik Awards 2018 Penyanyi Paling Lits di Media Sosial Alif Satar Tercalon
Temubual Terbaik di Carta ERA Tercalon
Lagu Paling Lama Dalam Carta ERA 40 Sesungguhnya Aku Menang
Anugerah Skrin 2019 Pelakon Lelaki Terbaik Drama Rantaian Alif Satar
(Pia)
Tercalon
2020 Anugerah MeleTOP Era 2020 Penyanyi MeleTOP Era Alif Satar Tercalon
Hos MeleTOP Alif Satar
(Big Stage (musim 2))
Menang
Couple MeleTOP Alif Satar bersama isterinya Shadila Halid Tercalon
Fesyen MeleTOP Alif Satar Tercalon
Anugerah Bintang Popular Berita Harian ke-33 Penyanyi Lelaki Popular Tercalon
Pelakon TV Lelaki Popular Tercalon
Artis Versatil Popular Tercalon
Pengacara TV Popular Tercalon
Gandingan Serasi Drama Popular Alif Satar & Zara Zya
(Pia)
Tercalon
Reader's Digest Trusted Brand Awards Hos/Penyampai TV Berita & Hal Ehwal Semasa Paling Dipercayai Alif Satar Menang
Anugerah Melodi Drama Sangat 2020 Zero Kontroversi Sangat Tercalon
Hero Sangat Alif Satar
(Pia)
Tercalon
2021 Anugerah Drama Sangat 2021 Pelakon Lelaki Terbaik Alif Satar
(Penjara Janji)
Tercalon
2022 Anugerah MeleTOP Era 2021 Personaliti TV MeleTOP Alif Satar
(Big Stage (musim 3))
Tercalon
2023 Anugerah Bintang Popular Berita Harian ke-35 Aktor TV Popular Alif Satar Tercalon
Couple Drama Popular Alif Satar & Ummi Nazeera
(Risik Pada Hati)
Tercalon
Tonton Anugerah Drama Sangat 2023 Pelakon Lelaki Terbaik Alif Satar
(Risik Pada Hati)
Tercalon
2024 Anugerah Bintang Popular Berita Harian ke-36 Aktor Filem Popular Alif Satar Tercalon
Aktor TV Popular Tercalon
Couple Filem Popular Alif Satar & Amelia Henderson
(Pulau)
Tercalon
Couple Drama Popular Alif Satar & Wanna Ali
(Bukan Sekadar Lafaz)
Tercalon
2025 Anugerah Bintang Popular Berita Harian ke-37 Pengacara TV Popular Alif Satar Tercalon
Gandingan Serasi Filem Popular Alif Satar & Sophia Albarakbah
(Reeza GTR)
Tercalon
2025 Anugerah Melodi Terhangat 2025 Selebriti Ikon Terhangat Alif Satar Tercalon


  1. ↑ Mohd Al Qayum Azizi (13 Julai 2013). "Alif Satar Gementar Temui Keluarga Kekasih". mStar Online. Dicapai pada 19 November 2013.
  2. ↑ Popular itu macam Aaron Aziz - Alif Satar.
  3. ↑ 19 January 2014. Alif Satar Kahwin September ini. Sinar Harian (article in Malay)
  4. ↑ 22 September 2014. (6 GAMBAR) Majlis Resepsi Perkahwinan Alif Satar & Sha Dila. Beautiful Nara.
  5. ↑ 26 April 2014. Alif Satar kahwin September. Kosmo
  6. ↑ 15 September 2014. Alif Satar sah bergelar suami dengan sekali lafaz. Astro Awani. (article in Malay)
  7. ↑ Syafil Syazwan Jefri (20 September 2019). "Alif Satar kongsi tarikh lahir dengan anak ketiga". Harian Metro. Dicapai pada 20 September 2019.
  8. ↑ Mya Amri (22 November 2020). Alif Satar positif COVID-19: "Saya mohon maaf, doakan saya" Astro Gempak. Dicapai pada 24 November 2020.
  9. ↑ Najiy Jefri (23 November 2020). Ibu, bapa, adik dan pembantu peribadi Alif Satar turut positif COVID-19 Harian Metro. Dicapai pada 24 November 2020.

Pautan luar

[sunting | sunting sumber]