Pergi ke kandungan

Awie

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Awie

احمد ازهر بين عثمان
Dato' Ahmad Azhar
Kelahiran
Ahmad Azhar bin Othman

(1968-11-24) 24 November 1968 (umur 57)
WarganegaraMalaysia
Nama lainAwie
PekerjaanPenyanyi Pelakon Pemuzik Pelawak Pengacara Penerbit
Tahun aktif1983–Kini
PasanganArni Nazira Anuar
(k. 1998; c. 2006)

Rozana Misbun
(k. 2006; c. 2014)

Datin Sharifah Ladyana Syed Shamsuddin (k. 2016)
Anak-anak1.Putri Aleeya Antasha
2.Putri Aleefa Antasha
3.Putra Ahmad Merrah
4.Putra Ahmad Rezzki
5.Putri Qasseh Antasha
6.Putra Ahmad Andeeka
7.Putra Ahmad Arjunna
IbuAzizah Abdul Hamid
BapaOthman Maarof
Kerjaya muzik
GenrePop rock • Rock kapak • Hard rock • Heavy metal • Glam metal
Alat muzikVokal, gitar, keyboard
DiskografiLihat: Awie discography (en) Terjemah Sunting nilai ini di Wikidata
Syarikat rakaman
  • BMG Music
  • Awie Entertainment
Kegiatan berkaitanWings Ella Ziana Zain Erra Fazira, Kristal, Datuk M.Nasir

Dato' Ahmad Azhar bin Othman atau lebih dikenali sebagai Awie (lahir 24 November 1968) ialah penyanyi, pemuzik, pelakon, pelawak, pengacara, penerbit dan pengarah lelaki Malaysia. Beliau terkenal sebagai penyanyi utama kumpulan Wings.

Dilahirkan pada 24 November 1968 di Datuk Keramat, Kuala Lumpur, kerjaya muzik Awie sebagai artis bermula pada 1987 bersama kumpulan Wings dengan muncul album pertama berjudul Belenggu Irama. Ketika popular bersama Wings, beliau memperkembangkan bakatnya yang semula jadi dalam bidang lakonan menerusi filem pertamanya Pemburu Bayang pada tahun 1993.[1][2] Awie kemudiannya mengambil langkah untuk meninggalkan Wings dan memulakan kerjayanya sebagai penyanyi solo bermula pada 1993 apabila beliau melancarkan album solo eponim pertamanya pada 1994 dan telah terjual sebanyak 220,000 unit menjadikan album tersebut sebagai pemegang rekod penjualan album tertinggi bagi artis solo lelaki di Malaysia sehingga kini,[3] yang sebelum itu diungguli oleh Saleem (Iklim) menerusi album solo pertamanya yang berjudul Gabungan 2 Insan Seni - Saleem & Wan Zul yang mempertaruhkan single popular "Aduhai! Seribu Kali Sayang" pada tahun 1993 yang terjual sebanyak 80,000 unit.

Sepanjang kerjaya solonya, beliau telah menghasilkan lima album solo tidak termasuk album kompilasi, langsung dan lain-lain. Selain itu juga, Awie pernah menyertai kumpulan Search pada tahun 1998 dan muncul dengan satu album bertajuk Bikin Wilayah setelah Amy meninggalkan kumpulannya itu dan seterusnya menubuhkan kumpulannya tersendiri yang diberi nama Dragon Malaya pada tahun 2000. Sehingga kini Dragon Malaya masih aktif dalam beberapa untuk konsert sahaja. Pada penghujung tahun 2000, beliau dengan bantuan terapi perubatan Cina, Awie menjauhkan diri dan tidak menyentuh barang terlarang itu lagi. Pada tahun 2001, beliau kembali bersama kumpulan Wings yang kekal sehingga kini. Awie masih mengekalkan kerjaya sebagai pelakon filem. Antara filem terkenal beliau termasuk Baik Punya Cilok (2005), Sumolah (2007), Hantu Kak Limah Balik Rumah (2010) dan Lebuhraya Ke Neraka (2017). Selain itu, Awie juga ialah seorang pengacara rancangan realiti seperti Tunggu Sekejap,[4] juri Maharaja Lawak Mega 2012 dan banyak lagi.

Penglibatan awal

[sunting | sunting sumber]

Pada usia 5 tahun, Awie mula kerap jatuh sakit yang disertai demam; akhirnya, dia mengambil ubat untuk membantunya tidur, dan apabila dia terjaga pada keesokan paginya, keadaannya telah bertambah baik dan dia sudah sihat. Pada usia 7 tahun, Awie pertama kali bertemu Sham (pemain gitar asal Wings) sebagai rakan sekelas berusia tujuh tahun di Sekolah Rendah Kebangsaan Ulu Klang dan muncul mempelajari bacaan al-Quran sambil turut bertanding dan meraih kejayaan dalam bidang sukan. Pada usia 17 tahun, Awie sejak bekerja sebagai seorang seorang penala piano. Awie Pada usia 20 tahun, Awie bekerja di Panggung Aniversary, Kuala Lumpur. Tugasnya membolehkan Awie mendampingi beberapa selebriti popular ketika itu seperti Search, Bloodshed, Ella & The Boys dan Sweet Charity.[perlu rujukan]

Awie juga pernah terlibat sebagai krew pentas sewaktu Deep Purple mengadakan konsert sulung mereka di Kuala Lumpur dan pada masa itu jugalah Awie mula mengenali Ian Gillan, vokalis Deep Purple dan mereka terus bersahahat sehingga kini.

Wings dan penyertaan semula

[sunting | sunting sumber]
Awie mengadakan persembahan pada 2007.

Bersama Sham, Eddie dan Jojet, Awie menubuhkan kumpulan muzik Wings pada awal tahun 1985. Eddie yang merupakan ketua kumpulan, Awie segera dilantik sebagai penyanyi utama sejak awal penubuhan kumpulan itu.[5] Mereka memulakan debutnya dengan album Belenggu Irama pada tahun 1987. Album berikutnya, Hukum Karma menampilkan lagu "Misteri Mimpi Syakilla" (yang dikarang oleh J.S. Kevin) dan "Taman Rashidah Utama" (ditulis oleh penerbit Bob Lokman). Pelbagai album studio seterusnya diikuti dengan album Teori Domino, Jerangkung Dalam Almari dan Bazooka Penaka termasuk gandingan bersama kumpulan Search yang tampil dengan album berjudul Double Trouble.Sejumlah hits Wings dikarang oleh penyanyi-penulis lagu M. Nasir dan Loloq.[perlu rujukan]

Awie meninggalkan kugiran sekaligus kugiran ini dibekukan seketika pada tahun 1993 selepas melaporkan perselisihan dengan anggota Wings yang lain, dan mengejar kerjaya sebagai artis solo dan pelakon. Selain kumpulan asalnya Wings, Awie pernah menggantikan seketika tempat Amy Search sebagai penyanyi utama kumpulan Search dengan muncul satu album berjudul Bikin Wilayah pada tahun 1998, megecapi kemenangan album tersebut dan seterusnya beliau menubuhkan kumpulan tersendirinya yang dinamakan Dragon Malaya pada tahun 2000. Awie menyertai kembali bersama Wings pada penghujung tahun 2000 selepas lapan tahun bersatu semula respon penggemar suam untuk penggantinya Mus (dahulunya daripada May) dan Mel (penyanyi kelab). Penampilan dan rakaman konsert baru-baru ini termasuk Wings Alive 2006 dan Wings Live In KL 1991.[perlu rujukan]

Kerjaya solo

[sunting | sunting sumber]

Selepas meninggalkan Wings pada tahun 1994, Awie telah merakamkan lima album sebagai artis solo. Album solo pertama berjudul Awie telah membuat kejutan apabila album tesebut telah mencapai jualan melebihi 220,000 unit. Sehingga kini album Awie solo itu kekal sebagai pemegang rekod jualan tertinggi album artis Malaysia lelaki solo manakala kedua tertinggi selepas album Ella USA mencecah jualan tertinggi album artis solo Malaysia yang terjual lebih 350, 000 unit.[6]

Kerjaya filem

[sunting | sunting sumber]

Awie memulakan kerjaya lakonannya sebagai watak hero pada tahun 1993 dengan filem Pemburu Bayang arahan Yusof Haslam ketika masih bersama Wings.[1][2] Selepas keluar dari Wings, beliau muncul dalam filem yang lebih menonjol seperti Sembilu dan Bara. Baru-baru ini Awie menumpukan perhatian kepada peranan komedi.[7] Sehingga kini Awie masih mengekalkan kerjayanya sebagai pelakon watak hero.

Awie melengkapkan portfolionya dalam kerjaya filem dengan menubuhkan syarikat Rumah Produksi Merah lakonannya sekaligus menggalas sebagai penerbit filem menerusi filem sulung terbitannya, 10 Tips Tipu Bini arahan Azizi "Chunk" Adnan dengan Armada Al-Haq menulis skrip. Beliau sendiri turut berlakon dengan melakonkan watak sebagai Brother Love. Ia ditayangkan di Astro First pada 7 Januari 2021. Antara barisan pelakon termasuk Ropie Cecupak, Khir Rahman dan Elizabeth Tan.[8][9][10]

Profil Penyanyi

[sunting | sunting sumber]

Jenis vokal Awie ialah "Serak-serak Basah" Lirik Cahaya dengan nota pertengahan rendah seperti yang kedengaran bersama Wings dalam lagu "Intan Ku Kesepian" (C3), "Misteri Mimpi Syakilla" (Eb3) dan "Sejati" (F3). Nota serak tingginya sebagai artis solo juga kedengaran dalam lagu "Tragedi Oktober" (F5), "Ukiran Jiwa" (F#5), "Di Bayang Awan" (G5), "Ratuku" (B5) dan "Dipenjara Janji" (G6). Julat vokalnya ialah 4 oktaf.

Kehidupan peribadi

[sunting | sunting sumber]

Perkahwinan pertama Awie adalah dengan Arni Nazira, juga seorang penyanyi pada 10 Disember 1998[11][12] dan mereka dikurniakan dua orang cahaya mata perempuan iaitu Putri Aleeya Antasha (lahir pada 13 September 2001) dan Putri Aleefa Antasha (lahir pada 11 November 2003). Tetapi pada 17 September 2006, Arni telah membuat tuntutan cerai selepas terbongkarnya perkahwinan kedua Awie yang dilangsungkan secara rahsia di Thailand.[13] Awie mendapat hak penjagaan ke atas anak-anaknya.[14][15][16][17]

Isteri kedua Awie ialah Rozana Misbun, adik kepada pelakon Haliza Misbun. Pada 16 Oktober 2006, Awie dan Arni sah bercerai dengan talak satu di Mahkamah Rendah Syariah Kuantan Pahang di hadapan Hakim Syarie Abdul Wahid Md Ali.[18][19] Bersama Rozana pula, Awie telah dikurniakan tiga orang lagi cahaya mata iaitu Putra Ahmad Merrah (lahir pada 5 April 2007), Putra Ahmad Rezzki (lahir pada 8 Ogos 2008) dan Putri Qasseh Antasha (lahir pada 19 April 2013). Pada 1 November 2014, talak antara penyanyi Awie dan Rozana Misbun gugur selepas Rozana berjaya mendapatkan tuntutan fasak secara taklik daripada Pejabat Majlis Agama Islam, Songkhla Thailand.[20][21] Pada 7 Oktober 2016, Awie mendirikan rumah tangga bersama Sharifah Ladyana Syed Shamsuddin.[22][23] Beliau dikurniakan anak keenam pada 12 November 2020.[24][25]

Diskografi

[sunting | sunting sumber]

Album Studio

  1. Awie (1994)
  2. O-Tak (1996)
  3. Satu (1998)
  4. Rentap (2000)
  5. Santai (2005)

Album Khas

  1. Bikin Wilayah - Search, Awie (1998)

Album Kompilasi

  1. Awie Live Unplugged (1995)
  2. Merah (1996)
  3. Koleksi Lagu-Lagu Terbaik (1999)
  4. Nafas Cinta (1999)
  5. Ella Awie (2000)
  6. Getaran (2001)
  7. Mata Hati Jiwa (2007)

Konsert Utama / Berskala Besar

[sunting | sunting sumber]
  1. Awie Live Unplugged (1995)
  2. Konsert Shick Live Awie At Stadium Negara (1996)
  3. Konsert Awie Romantika At Stadiuam Malawati Shah Alam (2020)
  4. Konsert Awie Solitario Journey, The Star Theatre Singapore - THE FINAL ENCORE (2024)
  5. Konsert Awie Journey 30 Tahun At WTC Kuala Lumpur (2024)
  6. Konsert Wings 40 Tahun: 4 Dekad Terbang Tinggi (2025)
  7. Konsert Sembilu The Reunion Live In Concert (2026)

Filemografi

[sunting | sunting sumber]

Anugerah dan Pencalonan

[sunting | sunting sumber]
Anugerah Juara Lagu
Tahun Tajuk Keputusan
1995 Di Bayang Awan Finalis
1997 Senja Nan Merah (bersama Ziana Zain) Finalis
Anugerah Bintang Popular Berita Harian
Tahun Kategori Keputusan
1994 Pelakon Lelaki Terbaik (Filem) Menang
Artis Paling Popular Tercalon
1995 Pelakon Lelaki Terbaik (Filem) Menang
Penghibur TV Lelaki Popular Menang
Artis Paling Popular Tercalon
1996 Pelakon Lelaki Terbaik (Filem) Menang
Penyanyi Lelaki Popular Menang
1997/1998 Penyanyi Lelaki Popular Menang
Artis Paling Popular Tercalon
Pelakon Filem Lelaki Popular Menang
2000 Penyanyi Lelaki Popular Tercalon
2018 Pelakon Filem Lelaki Popular Tercalon
2023 Pelakon Filem Popular Tercalon
2025 Pelakon Pembantu Filem Popular Tercalon
Anugerah Media Hiburan
Tahun Kategori Keputusan
1996 Personaliti Lelaki Seksi Menang
1997 Personaliti Lelaki Seksi Tercalon
1997 Sampul Majalah Media Hiburan Pilhan & Erra Fazira Tercalon
1998 Artis Seksi Sensasi Lelaki Menang
1998 Hero & Heroin Sesasi Bersama Erra Fazira Menang
Anugerah Industri Muzik
Tahun Kategori Album Keputusan
1996 Persembahan Vokal Terbaik Di dalam Album (Lelaki) Awie Live Unplugged Menang
Album Terbaik Tercalon
1997 Persembahan Vokal Terbaik Di dalam Album (Lelaki) O-Tak Tercalon
2001 Persembahan Vokal Terbaik Di dalam Album (Lelaki) Rentap Tercalon
Album Rock Terbaik Rentap Tercalon
2006 Album Pop Rock Terbaik Santai Menang
Album Terbaik Santai Tercalon


Anugerah Era
Tahun Kategori Lagu Keputusan
2001 Vokal Lelaki Pilihan Tercalon
Lagu Rock Pilihan Baldu Biru Bersama Ella Tercalon
2006 Lagu Rock Pilihan Iris Tercalon
Anugerah Planet Muzik
Tahun Kategori Keputusan
2001 Artis Lelaki Serantau Paling Popular Tercalon
2007 Artis Lelaki Paling Popular Tercalon


Anugerah Skrin
Tahun Filem Kategori Keputusan
1996 Sembilu 2 Pelakon Lelaki Terbaik (Filem) Menang
1997 Merah Pelakon Lelaki Terbaik (Filem) Menang
2018 Hantu Kak Limah Pelakon Lelaki Terbaik (Filem) Tercalon
Festival Filem Malaysia
Tahun Filem Kategori Keputusan
1999/98 Bara Pelakon Lelaki Terbaik Tercalon
2011 Hantu Kak Limah Balik Rumah Pelakon Lelaki Terbaik Tercalon
2014 Dollah Superstar Pelakon Lelaki Terbaik Tercalon
Anugerah Sri Angkasa
Tahun Kategori Keputusan
1995 Penghibur TV Terbaik Tercalon
Pertandingan Pujaan 10 Nescafe
Tahun Kategori Keputusan
1995 Persembahan Terbaik Solo “Tragedi Oktober” Menang
BOH Cameronian Arts Awards
8th BOH Cameronian Arts Awards 2009:

Best Performance in a Leading Role - Awie  for Cuci, the Musical; written by Douglas Lim, Harith Iskander & Hans Isaac, musical direction by Rudi Muhamad, directed by Dato’ Zahim Albakri & Harith Iskander, presented by Tall Order Productions Sdn Bhd

9th BOH Cameronian Arts Awards 2012:

Best Performance in a Leading Role - Awie for Lat Kampung Boy Sebuah Muzikal, written by Harith Iskander Musa, co-written by Kuah Jenhan, musical direction by Michael Veerapen, directed by Harith Iskander Musa and Hans Isaac, presented by Institute Terjemahan Negara Malaysia (ITNM) and Tall Order Productions

Darjah Kebesaran

• Darjah Indera Mahkota Pahang membawa gelaran 'Dato'

Penghargaan

[sunting | sunting sumber]

Penghargaan Malaysia

[sunting | sunting sumber]

Pada 6 Januari 2017, Awie telah dikurniakan Darjah kebesaran negeri Pahang oleh Almarhum Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta'in Billah ibni Almarhum Sultan Abu Bakar Ri'ayatuddin Al-Mu'azzam Shah. [26][27][28][29][30]

  1. 1 2 Seri Intan Othman. "Ella, Awie nadi pemburu bayang". 23 Februari 1993. Dicapai pada 4 Jun 2019.
  2. 1 2 Rosidi Daud (24 April 1992). "Ella, Awie star in new film". The Malay Mail. Dicapai pada 4 Jun 2019.
  3. ↑ "Awie: Silap tinggalkan Wings dahulu". Berita Harian Singapura. 1 Oktober 2015. Dicapai pada 5 Jun 2016.
  4. ↑ Dennis Chua (28 Jun 2013). "WEEKEND watch: More buzz with Awie". New Straits Times. Diarkibkan daripada yang asal pada 22 Ogos 2013. Dicapai pada 4 Jun 2014.
  5. ↑ "Cici the Musical Cast List". Diarkibkan daripada yang asal pada 8 July 2011. Dicapai pada 18 February 2012.
  6. ↑ Zainuri Misfar (15 Januari 1994). "Enam syarikat lamar Awie". Berita Harian. Dicapai pada 4 Jun 2019.
  7. ↑ Lohan, N. Rama. "To the tune of Lat: Awie in the spotlight". The Star. Diarkibkan daripada yang asal pada 12 March 2011. Dicapai pada 18 February 2012.
  8. ↑ Nisa Irdina (6 Januari 2021). "Filem pertama terbitan Awie, "10 Tips Tipu Bini" ke Astro First". Cinema Online. Dicapai pada 26 Januari 2021.
  9. ↑ Fiza Kamarudin (5 Januari 2021). "10 Tips Tipu Bini filem pertama terbitan Awie - 'Saya tak takut kecaman sebab yang kritik tu pun 'acah-acah' padahal". Astro Gempak. Dicapai pada 26 Januari 2021.
  10. ↑ Deel Anjer (8 Januari 2021). "Awie dedah punca suami suka tipu bini". WilayahKu. Dicapai pada 26 Januari 2021.
  11. ↑ Raja Nurfatimah Mawar Raja Mohamed (22 Oktober 1998). "Belum pasti kahwin". Berita Harian. Dicapai pada 4 Jun 2019.
  12. ↑ "Awie marries Arni, to decide future later". New Straits Times. 11 Disember 1998. Dicapai pada 4 Jun 2019.
  13. ↑ "Awie mengaku kahwin lain punca cerai". Berita Harian. 20 Oktober 2006. Diarkibkan daripada yang asal pada 2006-10-23. Dicapai pada 4 Jun 2010.
  14. ↑ "Awie dakwa Arni abai anak". CyBerita. 5 Oktober 2007. Dicapai pada 4 Jun 2018.{{cite news}}: CS1 maint: url-status (link)
  15. ↑ "Arni abai anak: Awie". Berita Harian. 21 Jun 2007. Dicapai pada 4 Jun 2010.{{cite news}}: CS1 maint: url-status (link)
  16. ↑ "Awie dapat hak penjagaan sementara anak-anak". Berita Harian. 7 Mac 2007. Diarkibkan daripada yang asal pada 2007-03-10. Dicapai pada 4 Jun 2010.
  17. ↑ "Awie dakwa lebih layak jaga anak daripada Arni". Berita Harian. 17 Ogos 2007. Dicapai pada 4 Jun 2010.[pautan mati kekal]
  18. ↑ Rosli Abdul Jalil (17 Oktober 2006). "Awie, Arni bercerai". Berita Harian. Dicapai pada 4 Jun 2019.
  19. ↑ "October tragedy". The Malay Mail. 17 Oktober 2006. Dicapai pada 4 Jun 2019.
  20. ↑ Niezam Abdullah (3 Jun 2015). "Rozana Misbun berjaya peroleh cerai taklik terhadap Awie di Songkhla". mStar Online. Diarkibkan daripada yang asal pada 21 Disember 2016. Dicapai pada 4 Jun 2015. {{cite news}}: |archive-date= / |archive-url= timestamp mismatch; 21 November 2016 suggested (bantuan)
  21. ↑ Nadia Azam (7 Oktober 2016). "Awie akui kini terpaksa lebih berhati-hati". Malaysiakini. Dicapai pada 6 Jun 2017.
  22. ↑ Farhana Ab Rahman; Mustakim Ramli (26 Oktober 2016). "Awie, Sharifah Ladyana selamat diijabkabul". Berita Harian. Dicapai pada 8 Oktober 2016.
  23. ↑ "Awie dan Sharifah Ladyana selamat bernikah di Songkhla". mStar Online. 7 Oktober 2016. Dicapai pada 4 Jun 2017.
  24. ↑ Qarami Hashim (30 Disember 2020). "Awie teruja timang anak keenam di usia 52 tahun, jaga kesihatan supaya kekal fit - "Nanti orang tanya tu atuk kau ke? Malu!"". mStar Online. Dicapai pada 5 Jun 2021.
  25. ↑ Kenneth Chaw (20 Januari 2021). "Malaysian rocker Awie, 52, welcomes sixth child". The Star Online. Dicapai pada 5 Jun 2021.
  26. ↑ Farhana Ab Rahman (6 Januari 2017). "Awie dapat gelaran Dato'". Berita Harian. Dicapai pada 4 Jun 2017.
  27. ↑ Mohd Al Qayum Azizi (6 Januari 2017). "Awie anggap penghargaan besar dianugerahkan Datuk". mStar Online. Dicapai pada 5 Jun 2017.
  28. ↑ "Anugerah 'Datuk' berkat kahwin kali ketiga, kata Awie". Projek MM. The Malay Mail. 7 Januari 2017. Dicapai pada 5 Jun 2017.
  29. ↑ "Awie sah dikurnia gelaran Datuk". Rotikaya. 6 Januari 2017. Dicapai pada 5 Jun 2017.
  30. ↑ "Awie dianugerahkan pangkat Datuk selepaaa 31 tahun dalam dunia hiburan". Suria. 6 Januari 2017. Dicapai pada 5 Jun 2017.

Pautan luar

[sunting | sunting sumber]