Azlan Komeng
Azlan Komeng | |
|---|---|
أزلان كومينغ | |
| Kelahiran | Muhammad Azlan bin Kamiran 1 Julai 1976 |
| Pendidikan | Diploma Seni Halus |
| Pusat pendidikan | Universiti Teknologi MARA (UiTM) |
| Pekerjaan | Pelakon, pelagak ngeri, koreografer aksi, artis seni bela diri |
| Tahun aktif | 1994–kini |
Karya | Filemogragfi |
| Ketinggian | 176 cm (5 ka 9 in) |
| Pasangan | Nur Nilam Ortiz (k. 2022) |
Muhammad Azlan Kamiran atau lebih dikenali sebagai Azlan Komeng (lahir 1 Julai 1976) ialah seorang pelakon, pelagak ngeri dan koreografer aksi lelaki Malaysia. Beliau mendapat nama pentas Azlan Komeng daripada watak Komeng lakonan Allahyarham Idris Hashim dalam filem Nasib Do Re Mi. Sepanjang kerjayanya, beliau banyak memegang watak pembantu dalam beberapa filem dan drama tempatan. Biarpun tidak pernah diberikan watak utama, beliau tetap menjadi rebutan pengarah dan penerbit.
Kerjaya
[sunting | sunting sumber]Azlan memulakan kerjaya di industri seni pada tahun 1994 sebagai pelagak ngeri untuk drama-drama sekitar tahun 90an selepas berjaya menamatkan pelajaran dalam Bidang Seni Halus di Universiti Teknologi Mara (UiTM). Penglibatan lakonannya bermula pada tahun 2006, setelah pengarah Ahmad Idham memberikan peluang kepadanya untuk beraksi dalam filem Remp-It. Dalam filem itu, dia memegang watak sebagai Komeng, namanya sendiri. Pada tahun 2009, Rosyam Nor menawarkannya untuk membintangi dua drama iaitu, Dinasti Bilut dan Rahsia Hati.
Komeng memegang watak sebagai Lokman dalam filem Langgar arahan sulung Sein Qudsi lakonan bersama Adi Putra, Namron, Zul Huzaimy dan Hans Isaac yang ditayangkan pada April 2013.[1] Beliau seterusnya membintangi filem Lari arahan Idham lakonan Aaron Aziz.[2][3]
Beliau kemudiannya diberikan watak utama dalam filem 1 Lawan Satu arahan Pierre Andre lakonan bersama Mikail Andre dan Along Eyzendy. Ia menjadi satu-satunya filem lakonan beliau yang mana beliau menjayakan peranan utama.[4]
Filemografi
[sunting | sunting sumber]Rujukan
[sunting | sunting sumber]- ↑ Raziatul Hanum A. Rajak (4 April 2013). Langgar bukan filem aksi kosong Sinar Harian. Diperoleh pada 22 April 2013.
- ↑ Raziatul Hanim A. Rajak (17 Mei 2013). Lari padat aksi Sinar Harian. Diperoleh pada 10 Julai 2013.
- ↑ Kemalia Othman (7 Jun 2013). 'Lari' Penuh Aksi Pertarungan Diarkibkan 2017-10-05 di Wayback Machine mSTAR Online. Diperoleh pada 10 Julai 2013.
- ↑ "Aksi 1 Lawan Satu". Kosmo!. 27 Jun 2013. Diarkibkan daripada yang asal pada 2017-04-03. Dicapai pada 17 Oktober 2013.