Pergi ke kandungan

Cluedo

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Papan Cluedo

Cluedo (dikenali sebagai Clue di Amerika Utara) ialah sejenis permainan papan berbentuk misteri pembunuhan. Permainan ini direka oleh Anthony E. Pratt dan pertama kali diterbitkan pada tahun 1949.[1] Tujuan permainan ini adalah untuk menyelesaikan satu kes pembunuhan dengan mengenal pasti pembunuh, senjata yang digunakan dan lokasi berlakunya jenayah.

Dalam permainan ini, seorang mangsa yang kaya raya telah dibunuh di sebuah rumah agam. Para pemain perlu mengumpul petunjuk dan membuat deduksi untuk mengenal pasti pembunuh, senjata pembunuhan dan bilik tempat jenayah itu berlaku.

Terdapat enam suspek utama dalam versi klasik permainan ini, iaitu Miss Scarlet, Colonel Mustard, Mrs. White, Mr. Green, Mrs. Peacock dan Professor Plum. Salah seorang daripada mereka merupakan pembunuh yang perlu dikenal pasti oleh para pemain.[2]

  1. ↑ "Anthony E. Pratt | Board Game Designer | BoardGameGeek". boardgamegeek.com (dalam bahasa Inggeris AS). Dicapai pada 2026-11-03.
  2. ↑ Woods, Stewart (2012-08-30). Eurogames: The Design, Culture and Play of Modern European Board Games (dalam bahasa Inggeris). McFarland. ISBN 978-0-7864-6797-6.