Pergi ke kandungan

Coimbatore

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Coimbatore
கோயம்புத்தூர்
Map
Map
NegaraIndia
NegeriTamil Nadu
DaerahCoimbatore
perbandaran ("M.Corp")Coimbatore
Penduduk
 (2001)
 • Jumlah
923,085
 • Celik huruf
719,042 (386,260 lelaki 332,782 perempuan)
 • Pecahan menurut jantina
54% lelaki dan 46% perempuan
Zon waktuGMT
 • Musim panas (WMP)GMT
bawah 6 tahun101447 (2001)

Coimbatore (Tamil:கோயம்புத்தூர், kōyamputtūr, AFA: [koːjɐmbut̪ːuːɾ]),juga dikenali sebagaiKovai (AFA: [koːʋaj] ⓘ), adalah salah satu bandar metropolitan utama di negeri Tamil Nadu, India.Ia terletak di tebing Sungai Noyyal dan dikelilingi oleh Pergunungan Ghats Barat. Coimbatore ialah bandar kedua terbesar di Tamil Nadu selepas Chennai dari segi populasi dan merupakan kawasan aglomerasi bandar ke-16 terbesar di India berdasarkan banci 2011. Ia merupakan ibu pentadbiran Daerah Coimbatore dan ditadbir oleh Majlis Perbandaran Coimbatore yang ditubuhkan pada tahun 1981.

Wilayah di sekitar Coimbatore diperintah oleh kerajaan Chera pada zaman Sangam antara abad ke-1 hingga ke-4 Masihi dan berfungsi sebagai pintu masuk timur ke Jurang Palakkad, laluan perdagangan utama antara pantai barat dan Tamil Nadu. Coimbatore terletak di sepanjang laluan perdagangan purba Rajakesari Peruvazhi yang merentang dari Muziris ke Arikamedu di India Selatan.Chola pertengahan menakluki Kongu Nadu pada abad ke-10 Masihi. Wilayah ini diperintah oleh Empayar Vijayanagara pada abad ke-15, diikuti oleh Dinasti Nayak Madurai yang memperkenalkan sistem Palayakkarar, di mana wilayah Kongu Nadu dibahagikan kepada 24 Palayam. Pada penghujung abad ke-18, wilayah Coimbatore berada di bawah Kerajaan Mysore, dan selepas kekalahan Tipu Sultan dalam Perang Anglo-Mysore, Syarikat Hindia Timur Inggerish menggabungkan Coimbatore ke dalam Kepimpinan Madras pada tahun 1799. Wilayah Coimbatore memainkan peranan penting dalam Perang Poligar Kedua (1801) apabila ia menjadi kawasan operasi Dheeran Chinnamalai.

Pada tahun 1804, Coimbatore ditubuhkan sebagai ibu kota bagi daerah Coimbatore yang baru dibentuk, dan pada tahun 1866, ia diberikan status perbandaran dengan Robert Stanes sebagai pengerusinya. Bandar ini mengalami lonjakan dalam industri tekstil pada awal abad ke-19 akibat kemerosotan industri kapas di Mumbai. Selepas kemerdekaan, Coimbatore mengalami pertumbuhan pesat akibat perindustrian dan kini menjadi salah satu pengeksport terbesar barangan kemas, pengisar basah, ternakan ayam, dan komponen automotif. "Coimbatore Wet Grinder" dan "Kovai Cora Cotton" telah diiktiraf sebagai Petunjuk Geografi oleh Kerajaan India. Sebagai hab industri tekstil di India Selatan, bandar ini dikenali sebagai "Manchester India Selatan."

Coimbatore telah disenaraikan sebagai bandar baru muncul terbaik di India oleh India Today dalam tinjauan tahunan 2014, menduduki tempat keempat dalam iklim pelaburan di kalangan bandar India oleh Confederation of Indian Industry (CII), dan ke-17 di antara bandar penyumberan luar global teratas oleh Tholons. Coimbatore telah dipilih sebagai salah satu bandar di India untuk dibangunkan sebagai bandar pintar di bawah Smart Cities Mission dan AMRUT oleh Kerajaan India. Coimbatore sering tersenarai dalam sepuluh bandar terbaik untuk didiami di India dan berada di antara tiga bandar paling selamat di India menurut laporan Biro Rekod Jenayah Kebangsaan (NCRB) pada tahun 2023.


Etimologi

[sunting | sunting sumber]

Menurut satu teori, "Coimbatore" berasal daripada Kōvanputtūr (bermaksud 'bandar baru Kovan'), dinamakan sempena ketua Kovan atau Koyan,[2] yang kemudian berkembang menjadi Kōyamputtūr dan akhirnya diinggeriskan sebagai Coimbatore.[3]Teori lain menyatakan bahawa nama itu mungkin berasal daripada Kovaiamma. Perkataan ini berkembang daripada Koyamma, dewi yang disembah oleh Koyan, yang kemudian menjadi Koniamma dan akhirnya Kovaiamma.[4]

Banjaran Gat Barat dilihat dari Lebuhraya Nasional Coimbatore-Palakkad

Coimbatore terletak di 11°1′6″U 76°58′21″T / 11.01833°U 76.97250°T / 11.01833; 76.97250 di selatan India pada ketinggian 427 m (1,401 kaki) dari paras laut, di tebing Sungai Noyyal, di barat laut Tamil Nadu. Ia meliputi kawasan seluas 642.12 km2 (247.92 bt2).[5]Ia dikelilingi oleh banjaran gunung Ghats Barat di bahagian barat dan utara, dengan hutan simpan Rizab Biosfera Nilgiri terletak di sebelah utara.Sungai Noyyal membentuk sempadan selatan bandar ini, yang mempunyai sistem takungan luas yang mendapat bekalan air dari sungai dan air hujan. Lapan takungan utama dan kawasan tanah lembap di Coimbatore ialah Singanallur, Valankulam, Ukkadam Periyakulam, Selvampathy, Narasampathi, Krishnampathi, Selvachinthamani, dan Kumaraswami. Beberapa aliran sungai kecil mengalirkan air buangan dari bandar ini.

Bandar ini terbahagi kepada dua kawasan geografi yang berbeza: bahagian timur yang kering, yang merangkumi sebahagian besar kawasan bandar, dan bahagian barat, yang bersempadan dengan Banjaran Nilgiris, Anaimalai, dan Munnar. Jurang Palghat, sebuah laluan gunung yang menghubungkan negeri jiran Kerala dengan Tamil Nadu, terletak di sebelah barat bandar ini.

Disebabkan lokasinya di hotspot biodiversiti Ghats Barat, yang merupakan Tapak Warisan Dunia UNESCO, Coimbatore kaya dengan flora dan fauna. Tanah lembap bandar Coimbatore menjadi habitat bagi kira-kira 116 spesies burung, di mana 66 adalah burung residen, 17 migrasi, dan 33 migrasi tempatan.[6]Burung seperti Undan Paruh Berbintik,Upih Sawah, Upih-Siput Asia, Sekendi, Itik Paruh Berbintik India, teal, dan Burung Kedidi Kaki Panjang sering mengunjungi tanah lembap Coimbatore semasa musim migrasi mereka.

Selain spesies yang biasa ditemui di kawasan dataran, terdapat juga pelbagai spesies terancam dan hampir pupus di rantau ini, termasuk gajah India, babi hutan, harimau bintang, Harimau Benggala, Seladang, kambing Gurun Nilgiri, Beruang Sloth, dan black-headed oriole.

Pengakutan

[sunting | sunting sumber]
Lapangan Terbang Coimbatore

Bandar ini dilayani oleh Lapangan Terbang Antarabangsa Coimbatore(IATA: CJB, ICAO: VOCB) yang terletak di Peelamedu, kira-kira 10 km (6.2 batu) dari pusat bandar.Lapangan terbang ini dikendalikan oleh Pihak Berkuasa Lapangan Terbang India (AAI) dan menyediakan penerbangan domestik ke bandar-bandar utama di India serta penerbangan antarabangsa ke Sharjah dan Singapura.

Sehingga tahun 2023-24, lapangan terbang ini merupakan lapangan terbang kedua terbesar di Tamil Nadu dari segi jumlah penumpang yang dikendalikan.

Coimbatore Junction, Stesen kereta api tersibuk di bandar ini

Perkhidmatan kereta api di Coimbatore bermula pada tahun 1861, dengan pembinaan laluan Podanur – Madras yang menghubungkan Kerala dan pantai barat dengan seluruh India.Coimbatore terletak di laluan Jolarpettai–Shoranur, iaitu landasan meter lebar 5 kaki 6 inci (1,676 mm). Bandar ini berada di bawah bahagian Salem dalam zon Kereta Api Selatan bagi Indian Railways.

Stesen kereta api utama di bandar ini ialah Stesen Persimpangan Coimbatore, yang merupakan stesen kedua tertinggi dalam penjanaan pendapatan di Zon Kereta Api Selatan, selepas Chennai Central. Ia juga termasuk dalam seratus stesen tempahan tertinggi dalam rangkaian Kereta Api India.Stesen kereta api utama lain yang melayani bandar ini termasuk Persimpangan Coimbatore North, Persimpangan Podanur, serta beberapa stesen kecil di Peelamedu, Singanallur, Persimpangan Irugur, Perianaikanpalayam, Madukkarai, Somanur, dan Sulur.

Sukan dan Rekreasi

[sunting | sunting sumber]
Suasana tipikal hari perlumbaan di Litar Kari Motor Speedwayy
Stadium Nehru

Coimbatore sering dikenali sebagai "Hab Sukan Permotoran India" dan "Halaman Belakang Sukan Permotoran India". [7] [8] S.Karivardhan mereka bentuk dan membina kereta lumba peringkat permulaan, manakala Litar Kari Motor Speedway, sebuah litar bertaraf Formula 3, dinamakan sempena beliau. [9] Pengilang tayar MRF memasang kereta Formula Ford di Coimbatore dengan kerjasama bekas Juara F3 J. Anand. Manakala, syarikat perlumbaan Super Speeds mereka bentuk kereta Formula. [10] Rali merupakan satu lagi acara utama dengan rali dijalankan di jalan tertutup di sekitar Coimbatore.


Narain Karthikeyan, pemandu Formula Satu pertama dari India berasal dari bandar ini. Selain beliau, pemandu sukan permotoran lain dari Coimbatore termasuk J. Anand dan VR Naren Kumar . [11] [12]

Stadium Nehru, merupakan stadium bola sepak dan olahraga utama di bandar ini. [13] Padang Golf Coimbatore merupakan padang golf 18 lubang [14] [15] Manakala, Kelab Terbang Coimbatore terletak di premis Lapangan Terbang Coimbatore . [16]

Maraton Coimbatore merupakan marathon tahunan yang diadakan di bandar ini [17] Bekas Pemain tenis , Nirupama Vaidyanathan, yang menjadi wanita India pertama dalam era moden yang bertanding dan memenangi pusingan di undian utama Grand Slam pada Terbuka Australia 1998 berasal dari Coimbatore. [18] Persatuan Catur Daerah Coimbatore (CDCA), yang ditubuhkan pada tahun 1940, merupakan persatuan catur tertua di negara ini. [19]

Pasukan sukan utama di bandar Coimbotore

[sunting | sunting sumber]
Kelab Sukan Liga Stadium Ditubuhkan
Lyca Kovai Kings Kriket Liga Perdana Tamil Nadu Padang Kriket Kolej SNR 2016
Chennai City FC [20] Bola sepak Liga-I Stadium Jawaharlal Nehru [21] 2016
Taman dan zoo VOC

Terdapat beberapa taman tema hiburan di sekitar bandar ini termasuk Black Thunder , Kovai Kondattam dan Maharaja Theme Park[22] Sejak tahun 1980-an, bandar ini mempunyai beberapa kompleks membeli-belah kecil dan pusat membeli-belah utama termasuk Prozone Mall, Brookefields Mall dan Fun Republic Mall . [23] Bandar ini juga mempunyai beberapa taman termasuk Taman VOC, Taman Universiti Pertanian Tamil Nadu, Taman Kanak-kanak Lumba Kuda dan Taman Bharathi di Koloni Saibaba. Zoo Coimbatore menempatkan beberapa haiwan dan burung dan terletak berhampiran Taman VOC. [24] [25] Kawasan ini digunakan untuk mengadakan pesta dan acara termasuk sambutan Hari Kemerdekaan dan Hari Republik tahunan. [26] Tasik Singanallur ialah tempat pelancongan dan destinasi pemerhati burung yang popular. [27] Pawagam popular termasuk KG Cinemas, [28] The Cinema at Brookfields, [29] Cinepolis at Fun Republic, [30] INOX di Prozone, [31] Pawagam Miraj, [32] Pawagam Karpagam, [33] Pawagam Senthil Kumaran, [34] pawagam Baba dan Broadway Cinemas. [35]

Bandar raya kembar

[sunting | sunting sumber]

Coimbatore menjalin hubungan persaudaraan rasmi dan perkongsian diplomatik dengan beberapa bandaraya di seluruh dunia. [36] [37]

Negara Bandar Negeri / Wilayah Sejak
Amerika Syarikat Amerika Syarikat Toledo [38] Ohio 2009
Jerman Jerman Esslingen [39] Baden-Württemberg 2016
  1. ↑ Chapter 3, Little Village of India (PDF) (Laporan). Central Pollution Control Board, Govt of India. Diarkibkan daripada yang asal (PDF) pada 23 September 2015. Dicapai pada 9 December 2017.
  2. ↑ "Coimbatore to be known by its old name-Koyampuththoor". BBC Tamil. 14 October 2019. Dicapai pada 14 October 2019.
  3. ↑ "Coimbatore: turning modern, yet retaining its old charm". The Hindu. 11 June 2020. Diarkibkan daripada yang asal pada 17 October 2015. Dicapai pada 11 June 2020.
  4. ↑ Whitehead, Henry (1921). The Village Gods of South India. Read Books. m/s. 121–2. ISBN 978-1-4067-3214-6. {{cite book}}: ISBN / Date incompatibility (bantuan)
  5. ↑ "INDIA: Tamil Nādu". citypopulation.de. Diarkibkan daripada yang asal pada 3 March 2016. Dicapai pada 4 March 2016.
  6. ↑ "Conservation of bird life". International Conference on CBEE, 2009. World Scientific Publishing Company. Diarkibkan daripada yang asal pada 15 August 2011. Dicapai pada 9 May 2011.
  7. ↑ Rozario, Rayan (4 November 2011). "Coimbatore may have a Grade 3 circuit, says Narain". The Hindu. Diarkibkan daripada yang asal pada 21 December 2016. Dicapai pada 5 March 2016. city, oft referred to as India's motor sport hub, may well have a Grade 3 racing circuit in the years to come
  8. ↑ "City of speed". The Hindu. 24 April 2006. Diarkibkan daripada yang asal pada 6 October 2024. Dicapai pada 3 January 2007.
  9. ↑ "To Kari, with Love". The Hindu. 1 December 2003. Diarkibkan daripada yang asal pada 10 September 2009. Dicapai pada 23 September 2009.
  10. ↑ "MRF to assemble advanced F1 cars next year: Scouting for component suppliers". Machinist.in. 26 October 2011. Diarkibkan daripada yang asal pada 12 May 2013. Dicapai pada 31 January 2013.
  11. ↑ "A rage on the rally circuit". Sports Star. Diarkibkan daripada yang asal pada 25 October 2013. Dicapai pada 28 June 2015.
  12. ↑ "Naren Kumar aims to be best in Asia-Pacific zone". The Hindu. Diarkibkan daripada yang asal pada 17 October 2015. Dicapai pada 28 June 2015.
  13. ↑ "Nehru stadium gets a makeover". The Hindu. Diarkibkan daripada yang asal pada 19 October 2013. Dicapai pada 28 June 2015.
  14. ↑ "Location of Coimbatore golf club". Coimbatore Golf Club. Diarkibkan daripada yang asal pada 30 June 2015. Dicapai pada 28 June 2015.
  15. ↑ "100-year-old club of Coimbatore". The Hindu. 25 September 2006. Diarkibkan daripada yang asal pada 3 September 2009. Dicapai pada 23 September 2009.
  16. ↑ "List of Flying Clubs" (PDF). DGCA. Diarkibkan (PDF) daripada yang asal pada 27 September 2011. Dicapai pada 30 August 2011.
  17. ↑ "Coimbatore Marathon". Coimbatore Marathon. Diarkibkan daripada yang asal pada 30 June 2015. Dicapai pada 28 June 2015.
  18. ↑ "Nirupama Vaidyanathan". The Hindu. 13 January 2001. Diarkibkan daripada yang asal pada 17 September 2009. Dicapai pada 23 September 2009.
  19. ↑ "A day to remember for CDCA". The Hindu. 11 January 2016. Diarkibkan daripada yang asal pada 11 January 2016. Dicapai pada 3 March 2016.
  20. ↑ "Coimbatore to host I-League matches this season". The Hindu BusinessLine. 20 November 2017. Diarkibkan daripada yang asal pada 26 December 2017. Dicapai pada 22 January 2018.
  21. ↑ Krishnan, Vivek (22 December 2017). "Chennai City to stay at Kovai for next 5 years". The Times of India. Diarkibkan daripada yang asal pada 23 January 2018. Dicapai pada 22 January 2018.
  22. ↑ "Nilgiri Biosphere Nature Park – Nature conservation organisation". Nilgiri Biosphere Natural Park. Diarkibkan daripada yang asal pada 12 May 2013. Dicapai pada 31 January 2013.
  23. ↑ "Coimbatore-based retail chain, Shri Kannan on expansion mode". The Economic Times. 30 October 2009. Diarkibkan daripada yang asal pada 7 November 2009. Dicapai pada 15 January 2011.
  24. ↑ Madhavan, Karthik (26 October 2014). "Animal adoption program draws a blank". The Hindu. Diarkibkan daripada yang asal pada 21 December 2016. Dicapai pada 30 July 2014.
  25. ↑ "Plans on to revamp VOC Park". The Hindu. 26 October 2014. Diarkibkan daripada yang asal pada 30 November 2014. Dicapai pada 28 March 2015.
  26. ↑ "Republic Day celebrated with pomp, gaiety". The Hindu. 27 January 2015. Diarkibkan daripada yang asal pada 21 December 2016. Dicapai pada 28 March 2015.
  27. ↑ "Singanallur lake". The Hindu. 30 July 2006. Diarkibkan daripada yang asal pada 18 September 2012. Dicapai pada 30 August 2011.
  28. ↑ "South India Box Office roundup of Maryan". Behind Woods. 13 July 2013. Diarkibkan daripada yang asal pada 3 March 2016. Dicapai pada 4 March 2016.
  29. ↑ "'Capture the Perfect Brew' contest presented by Kannan's Kaapi and The Hindu held in Coimbatore". The Hindu. 1 October 2013. Diarkibkan daripada yang asal pada 16 July 2025. Dicapai pada 2 May 2025.
  30. ↑ Jain, Varun (12 February 2016). "Cinepolis opens multiplex in Chandigarh". The Economic Times. Diarkibkan daripada yang asal pada 29 February 2016. Dicapai pada 4 March 2016.
  31. ↑ "INOX Prozone Mall". Times of India. Diarkibkan daripada yang asal pada 20 November 2023. Dicapai pada 20 November 2023.
  32. ↑ "Miraj Cinemas enters Coimbatore". The Hindu. 12 January 2021. Diarkibkan daripada yang asal pada 20 November 2023. Dicapai pada 20 November 2023.
  33. ↑ "Karpagam Cinemas". Times of India. Diarkibkan daripada yang asal pada 20 November 2023. Dicapai pada 20 November 2023.
  34. ↑ "Senthil Kumaran Cinemas". Times of India. Diarkibkan daripada yang asal pada 20 November 2023. Dicapai pada 20 November 2023.
  35. ↑ Jeshi, K (27 June 2023). "Broadway Cinemas opens in Coimbatore with IMAX Laser and EPIQ Premium Large Format screens". The Hindu. Diarkibkan daripada yang asal pada 20 November 2023. Dicapai pada 20 November 2023.
  36. ↑ "Coimbatore, India". toledosistercities.org. Diarkibkan daripada yang asal pada 4 March 2018. Dicapai pada 31 October 2015.
  37. ↑ "Coimbatore inks MoU with Esslingen". The Hindu. 2 July 2016. Diarkibkan daripada yang asal pada 3 July 2016. Dicapai pada 2 July 2016.
  38. ↑ "10th sister to join in Toledo's alliances". Toledo Blade. 14 February 2011. Dicapai pada 14 February 2011.
  39. ↑ "Two cities make history". Esslinger-zeitung. 2 July 2016. Diarkibkan daripada yang asal pada 17 August 2016. Dicapai pada 2 July 2016.

Pautan luar

[sunting | sunting sumber]