Pergi ke kandungan

Generasi Beta

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Generasi Beta, sering disingkatkan kepada Gen Beta, ialah nama cadangan untuk kohort demografi yang menggantikan Generasi Alpha. Nama ini direka cipta oleh futuris dan pakar demografi Mark McCrindle, yang juga mereka cipta nama Generasi Alpha. Beliau mentakrifkan kohort ini sebagai mereka yang dilahirkan dari tahun 2025 hingga 2039,[1] dengan takrifan ini telah dilaporkan oleh pelbagai sumber yang memetik McCrindle.[2][3][4][5]

McCrindle menjangkakan ahli generasi ini terutamanya merupakan anak-anak kepada Milenial lebih muda dan Generasi Z.[1]

Peristilahan

[sunting | sunting sumber]

Istilah cadangan "Generasi Beta" berasal daripada abjad Yunani beta, untuk mengikuti Generasi Alpha, yang dinamakan sempena abjad Yunani alfa. Oleh sebab istilah "Beta" kadangkala digunakan sebagai hinaan yang bermaksud seseorang yang lemah atau pasif, ada yang mencadangkan bahawa nama yang berbeza mungkin akan digunakan untuk generasi ini.[6][7]

Takrifan julat tarikh

[sunting | sunting sumber]

Oleh sebab tiada badan rasmi yang menentukan sempadan generasi, tahun permulaan generasi ini mungkin tertakluk kepada semakan pada masa hadapan. Generasi sosial biasanya merangkumi tempoh kira-kira 15 tahun dan dibentuk oleh pergeseran sosial yang besar.[8]

Mark McCrindle, yang mereka cipta istilah Generasi Beta, menggunakan tahun 2025 sebagai tahun kelahiran permulaan dan 2039 sebagai tahun kelahiran penamat,[1] menyusuli Generasi Alpha yang mana McCrindle menggunakan julat tarikh 2010–2024.

Walau bagaimanapun, menentukan julat tarikh untuk Generasi Beta menjadi sukar berikutan ketidaksepakatan umum mengenai tahun penamat bagi Generasi Alpha sebelumnya. Beberapa sumber mengikut takrifan McCrindle tentang generasi tersebut, menetapkan tahun penamat untuk Generasi Alpha pada 2024,[9][10][11] termasuk artikel Forum Ekonomi Dunia yang menggunakan julat tahun kelahiran 2025–2038.[12] Sumber-sumber lain meletakkan tahun penamat pada 2021, membayangkan bahawa Generasi Beta bermula pada 2022.[13][14] Ada juga yang, walaupun tidak menentukan julat untuk Generasi Alpha, menetapkan tahun penamat Generasi Z pada 2012[15][16][17] atau 2013,[18] yang mencadangkan tarikh mula yang lebih lewat untuk Generasi Beta. Sebagai contoh, Yayasan Annie E. Casey mentakrifkan Generasi Alpha sebagai mereka yang dilahirkan dari tahun 2013 hingga 2025, membayangkan bahawa Generasi Beta bermula pada tahun 2026.[19] Pakar psikologi Jean Twenge mentakrifkan Generasi Alpha sebagai mereka yang dilahirkan dari tahun 2013 hingga 2029, membayangkan bahawa Generasi Beta bermula pada tahun 2030.[20] Apapun keadaannya, Generasi Beta merangkumi kanak-kanak yang bakal dilahirkan sepanjang dekad 2030-an.

Spekulasi

[sunting | sunting sumber]

Demografi

[sunting | sunting sumber]

Generasi Beta akan terkesan oleh penurunan kadar kelahiran, dan mengikut McCrindle, kemungkinan besar akan membentuk sekitar 16% daripada populasi dunia pada tahun 2035.[21] McCrindle meramalkan Generasi Beta akan mencapai 2.1 bilion orang, mengatasi Generasi Alpha yang berjumlah 2 bilion.[22] McCrindle turut mencadangkan bahawa Generasi Beta akan mempunyai penghargaan yang lebih kuat terhadap kepelbagaian berbanding generasi sebelumnya.[21] Ramai ahli Generasi Beta dijangka hidup sehingga melihat abad ke-22[23][24] dengan sebahagian besar ahli masih berada dalam umur bekerja seawal umur 62 tahun.

Generasi Beta dijangka menjadi salah satu generasi yang paling terpembandaran dalam sejarah, dengan Forum Ekonomi Dunia mengunjurkan bahawa pada tahun 2040 sekitar 58% daripada generasi ini akan tinggal di bandar. Kadar ini lebih tinggi berbanding unjuran Gen Alfa iaitu 53% dan Gen Z iaitu 45% pada umur yang serupa. Ia juga mengunjurkan bahawa ahli Gen Beta yang membesar di Negara membangun akan menyumbang syer perbelanjaan global yang lebih besar berbanding ahli di Negara maju berbanding generasi terdahulu. Ia juga mengunjurkan populasi Gen Beta secara keseluruhannya adalah lebih kecil berbanding generasi lain dan akan menyaksikan lebih ramai orang dilahirkan di Afrika Sub-Sahara, berbanding rantau Asia-Pasifik dan rantau di seluruh dunia berbanding generasi sebelumnya.[25]

Teknologi

[sunting | sunting sumber]

Menurut McCrindle, ahli Generasi Beta berkemungkinan bukan sahaja menyesuaikan diri dengan teknologi tetapi akan menyelami diri di dalamnya sejak awal lagi melebihi mana-mana generasi sebelumnya.[26] Disebabkan oleh kepelbagaian dan jumlah teknologi yang bakal membesarkan Generasi Beta, McCrindle mencadangkan bahawa ibu bapa Generasi Z mungkin lebih suka melindungi anak-anak mereka daripada pendedahan internet secara berterusan.[26] McCrindle juga menyatakan bahawa Generasi Beta akan dicirikan oleh pengabungan teknologi yang ketara, dan para pakar meramalkan bahawa kanak-kanak Generasi Beta akan membesar dengan disebatikan bersama kecerdasan buatan (AI).[21][23] Beberapa pengkaji memikirkan bahawa pengabungan ini akan meluas melampaui kegunaan fungsi ke dalam alam psikologi, menyebabkan kohort ini membentuk apa yang dipanggil "sempadan identiti bendalir" dengan sistem AI, membina ikatan emosi dan intelek yang mendalam dengannya.[27]

Menurut para pakar, maklumat salah dan disinformasi berkemungkinan meningkat semasa zaman Generasi Beta berikutan polarisasi politik yang semakin memuncak dan jurang yang semakin kabur antara bahan sebenar dan Bahan janaan AI.[22][28] Tumpuan perhatian juga dijangka terus berkurangan dalam kalangan kanak-kanak Generasi Beta.[29]

Lance Eliot daripada Forbes merujuk Generasi Beta sebagai "pribumi AI", mendakwa bahawa, "semasa kanak-kanak, AI hanya akan menjadi sebahagian semula jadi dalam pembesaran mereka. [...] Tidak perlu terlalu teruja dengan hakikat bahawa AI sentiasa ada dan sedia ada."[30] Beliau menjangkakan bahawa Generasi Beta "akan membesar semasa kemajuan pesat AI yang dijangkakan, termasuk berpotensi mencapai Kecerdasan buatan umum (AGI)".[30]

Isu global

[sunting | sunting sumber]

McCrindle telah meramalkan bahawa, berikutan mempunyai ibu bapa yang lebih prihatin terhadap isu global, termasuk perubahan iklim, Generasi Beta akan lebih menumpukan perhatian kepada isu-isu ini.[21][26]

Lihat juga

[sunting | sunting sumber]
  1. 1 2 3 "Welcome Gen Beta - McCrindle". mccrindle.com.au (dalam bahasa Inggeris AS). 2024-12-19. Dicapai pada 2025-02-27.
  2. ↑ Najib, Shafiq (December 31, 2024). "Gen Beta kicks off in 2025: Your guide to all the generation names and years". ABC News. Dicapai pada 2025-01-01.
  3. ↑ Venkatraman, Sakshi (2024-12-27). "Move over, Gen Alpha: 2025 marks the start of the Gen Beta era". NBC News. Dicapai pada 2025-01-01.
  4. ↑ Cross, Greta (December 31, 2024). "Welcome Gen Beta: A new generation of humanity starts in 2025". USA Today. Dicapai pada 2025-01-01.
  5. ↑ Hebert, Olivia (December 28, 2024). "2025 officially marks the transition from Gen Alpha to Gen Beta". The Independent (dalam bahasa Inggeris British). Dicapai pada 2025-01-01.
  6. ↑ "Is Gen Beta's name actually an insult? Why some believe generation's label is 'cringe'". Yahoo Life (dalam bahasa Inggeris AS). 2025-03-06. Dicapai pada 2025-04-18.
  7. ↑ Alcántara, Ann-Marie. "A New Generation Is Here. Its Name Is Already an Insult". The Wall Street Journal (dalam bahasa Inggeris AS). Dicapai pada 2025-08-29.
  8. ↑ Dimmock, Michael (January 17, 2019). "Defining generations: Where Millennials end and post-Millennials begin". Pew Research Center. Diarkibkan daripada yang asal pada January 17, 2019. Dicapai pada December 21, 2019.
  9. ↑ "Marketing to Generation Alpha, the Newest and Youngest Cohort". www.ana.net (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2023-04-28.
  10. ↑ Dedczak, Michele (2021-11-17). "Everything You Need to Know About Generation Alpha—The Children of Millennials". www.mentalfloss.com (dalam bahasa Inggeris). Diarkibkan daripada yang asal pada May 23, 2022. Dicapai pada 2021-12-14.
  11. ↑ Carter, Christine Michel. "The Complete Guide To Generation Alpha, The Children Of Millennials". Forbes (dalam bahasa Inggeris). Diarkibkan daripada yang asal pada April 9, 2022. Dicapai pada 2021-12-13.
  12. ↑ "4 things to know about Generation Beta and how they could affect the global economy". World Economic Forum. Feb 18, 2025. Dicapai pada Dec 12, 2025.
  13. ↑ "2021 Census shows Millennials overtaking Boomers | Australian Bureau of Statistics". www.abs.gov.au (dalam bahasa Inggeris). 28 June 2022. Diarkibkan daripada yang asal pada December 1, 2022. Dicapai pada December 11, 2022.
  14. ↑ Government of Canada, Statistics Canada (27 April 2022). "A generational portrait of Canada's aging population from the 2021 Census". www12.statcan.gc.ca. Dicapai pada 26 March 2023.
  15. ↑ Dimmock, Michael (January 17, 2019). "Defining generations: Where Millennials end and post-Millennials begin". Pew Research Center. Diarkibkan daripada yang asal pada January 17, 2019. Dicapai pada December 21, 2019.
  16. ↑ Hecht, Evan. "What years are Gen X? Here's the full list of when each generation was born". USA TODAY. Dicapai pada 26 March 2023.
  17. ↑ Frey, William H. (30 July 2020). "Now, more than half of Americans are millennials or younger". Brookings. Dicapai pada 26 March 2023.
  18. ↑ Bennett, Neil; Hays, Donald; Sullivan, Briana (August 1, 2022). "2019 Data Show Baby Boomers Nearly 9 Times Wealthier Than Millennials". United States Census Bureau (dalam bahasa Inggeris AS). Diarkibkan daripada yang asal pada August 1, 2022. Dicapai pada March 8, 2021.
  19. ↑ "What Is Generation Alpha?". The Annie E. Casey Foundation. November 4, 2020. Dicapai pada February 15, 2026.
  20. ↑ "FAQ's". Dr. Jean Twenge (dalam bahasa Inggeris AS). Dicapai pada 2025-10-12.
  21. 1 2 3 4 Najib, Shafiq. "Generation Beta starts in 2025: 5 things to know". ABC News (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2025-04-17.
  22. 1 2 Rubin, April (2025-01-01). "Meet Gen Beta, starting to be born in 2025". Axios (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2025-04-18.
  23. 1 2 "Move over, Gen Alpha: 2025 marks the start of the Gen Beta era". NBC News (dalam bahasa Inggeris). 2024-12-27. Dicapai pada 2025-08-02.
  24. ↑ Cross, Greta. "Welcome Gen Beta: A new generation of humanity starts in 2025". USA TODAY (dalam bahasa Inggeris AS). Dicapai pada 2025-08-03.
  25. ↑ "How Gen Beta will fit into and redefine tomorrow's world". World Economic Forum (dalam bahasa Inggeris). Diarkibkan daripada yang asal pada 2025-09-25. Dicapai pada 2026-01-12.
  26. 1 2 3 Venkatraman, Sakshi (2024-12-27). "Move over, Gen Alpha: 2025 marks the start of the Gen Beta era". NBC News. Dicapai pada 2025-01-01.
  27. ↑ "The Generational Shift: Defining Generation GPT". Pinnacle Demographics. Dicapai pada 2025-08-27.
  28. ↑ "Wreck the Vote: How AI-Driven Misinformation Could Undermine Democracy". Stanford Graduate School of Business (dalam bahasa Inggeris). 2024-06-26. Dicapai pada 2025-04-18.
  29. ↑ Moulton, Cyrus. "Squirrel! Why attention spans seem to be shrinking and what we can do about it". Northeastern Global News (dalam bahasa Inggeris AS). Dicapai pada 2025-04-19.
  30. 1 2 Eliot, Lance. "Generation Beta Gets Underway As Beta Babies Arrive 2025 – 2039 Growing Up Amid AI, AGI, And Artificial Superintelligence". Forbes (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2025-08-29.

Templat:Generasi