Ginkgo
| Ginkgo Julat zaman: | |
|---|---|
| Ginkgo biloba Eosen, McAbee, British Columbia, Kanada | |
| Pengelasan saintifik | |
| Domain: | Eukaryota |
| Alam: | Plantae |
| Klad: | Trakeofit |
| Klad: | Gymnospermae |
| Divisi: | Ginkgophyta |
| Kelas: | Ginkgoopsida |
| Order: | Ginkgoales |
| Keluarga: | Ginkgoaceae |
| Genus: | Ginkgo L. [1] |
| Spesies jenis | |
| Ginkgo biloba | |
| Spesies | |
| Sinonim [2] | |
|
Salisburia Sm. | |
Ginkgo ialah satu-satunya genus tumbuhan yang masih hidup dalam keluarga Ginkgoaceae. Spesies tunggalnya Ginkgo biloba hanya ditemui di hutan-hutan liar tanah besar China, tetapi ditanam di seluruh dunia.[1] Hubungan antara genus ini dengan kumpulan-kumpulan tumbuhan lain tidak dapat diselesaikan sepenuhnya.
Taksonomi
[sunting | sunting sumber]Nama genus ini diberikan Engelbert Kaempfer, seorang ahli botani Jerman, dalam bukunya Amoenitatum Exoticarum; ia dijejak daripada perumian nama ginkyō (銀杏) dalam bahasa Jepun dengan huruf Y kecil yang disalah tulis menjadi huruf G kecil.[3] Nama ginkyō mula muncul dalam kamus Kinmō Zu'i (訓蒙図彙) yang disunting Tekisai Nakamura, seorang pakar herba, pada tahun 1666 dengan kana awal: ぎんきやう ginkyau. Ia diserap daripada sebutan bertulis perkataan bahasa Cina 銀杏 (pinyin: yínxìng);[4] nama tersebut dalam bahasa Cina menggantikan nama asal 鴨脚 yājiǎo pada zaman dinasti Song.[5]
Filogeni
[sunting | sunting sumber]Setakat Februari 2013, kajian filogenetik molekul telah menghasilkan sekurang-kurangnya enam kedudukan Ginkgo yang berbeza berbanding tumbuhan-tumbuhan dalam kelompok Cycadales, konifer, Gnetophyta dan Angiospermae. Dua kedudukan paling biasa ialah Ginkgo ialah saudara kepada klad yang terdiri daripada konifer dan Gnetophyta, dan Ginkgo dan sikad membentuk klad dalam gimnosperma. Satu kajian 2013 meneliti sebab-sebab keputusan yang berbeza dan membuat kesimpulan bahawa sokongan terbaik ialah monofili daripada Ginkgo dan sikad.[6]
Rujukan
[sunting | sunting sumber]- 1 2 "Ginkgo L." Plants of the World Online. Royal Botanic Gardens, Kew. 2025. Dicapai pada 30 September 2025.
- ↑ "Genus: Ginkgo L." Germplasm Resources Information Network. Jabatan Pertanian Amerika Syarikat. Diarkibkan daripada yang asal pada December 20, 2008. Dicapai pada June 8, 2013.
- ↑ Michel 2005, m/s. 1–3, 5.
- ↑ Michel 2005, m/s. 2–3, 5.
- ↑ Hori Terumitsu (2001). "イチョウの伝来は何時か…古典資料からの考察…" [Soal jawab sejarah Ginkgo biloba berdasarkan sastera-sastera klasik Cina dan Jepun]. Plant Morphology (dalam bahasa Jepun). 31: 31–40. doi:10.5685/plmorphol.13.31.
- ↑ Wu, Chaw & Huang 2013, m/s. 250.
Sumber-sumber
[sunting | sunting sumber]- Michel, Wolfgang (2011) [2005]. "On Engelbert Kaempfer's 'Ginkgo'" (PDF). Fukuoka: Universiti Kyushu. m/s. 1–5.
- Dana L. Royer, Leo J. Hickey & Scott L. Wing (2003). "Ecological conservatism in the 'living fossil' Ginkgo". Paleobiology. 29 (1): 84–104. doi:10.1666/0094-8373(2003)029<0084:ECITLF>2.0.CO;2. S2CID 19865243.
- Thomas N. Taylor & Edith L. Taylor (1993). The Biology and Evolution of Fossil Plants. Englewood Cliffs, NJ: Prentice Hall. ISBN 0-13-651589-4.
- Chung-Shien Wu, Shu-Miaw Chaw & Ya-Yi Huang (2013). "Chloroplast phylogenomics indicates that Ginkgo biloba is sister to cycads". Genome Biology and Evolution. 5 (1): 243–254. doi:10.1093/gbe/evt001. PMC 3595029. PMID 23315384.