Ieda Moin
Penampilan
Ieda Moin | |
|---|---|
إيدا معين | |
| Kelahiran | Siti Haida binti Abd Moin 4 Mei 1979 |
| Pekerjaan |
|
| Tahun aktif | 1996–kini |
Karya | Filemografi |
| Pasangan |
|
| Anak-anak | 1 |
| Keluarga |
|
Siti Haida Abd Moin atau lebih dikenali sebagai Ieda Moin (lahir 4 Mei 1979) ialah penyanyi, pelakon, pelawak dan pengacara wanita Malaysia. Ieda merupakan salah seorang daripada duo Kumpulan Moin yang popular sekitar lewat 90-an.[1][2] Ieda juga pernah menganggotai Kumpulan Dewi pada 1997 sebelum dia membawa haluan sendiri pada 1998 dan menubuhkan Kumpulan Moin.[3][4]
Pada 2015, Ieda mengeluarkan single Kahwin Lagi ciptaan Teddy Iskandar di bawah syarikat rakaman Rousing Muses Sdn Bhd.[5]
Kehidupan peribadi
[sunting | sunting sumber]Ieda mempunyai seorang anak perempuan, Nurdhia Dania hasil perkahwinan dengan bekas suami Mohamad Naquib Idris.[6]
Diskografi
[sunting | sunting sumber]Kumpulan Moin
[sunting | sunting sumber]Album studio
[sunting | sunting sumber]- Kau Yang Ku Sayang (1999)
- Hanya Untukmu (2002)
Solo
[sunting | sunting sumber]Single
[sunting | sunting sumber]- "Kahwin Lagi" (2015)
Filemografi
[sunting | sunting sumber]Rujukan
[sunting | sunting sumber]- ↑ "Ieda Moin dah ada teman lelaki tapi belum sedia kahwin". mStar. 27 Mei 2018.
- ↑ "Dulu dikecam gemuk, sekarang..." Harian Metro. 20 Februari 2018.
- ↑ "Ieda bawa haluan sendiri". Utusan Melayu. 9 Februari 1998. Diarkibkan daripada yang asal pada 2018-01-14. Dicapai pada 2019-01-26.
- ↑ "Keistimewaan kumpulan Moin". Utusan Melayu. 11 Julai 1999. Diarkibkan daripada yang asal pada 2019-01-26. Dicapai pada 2019-01-26.
- ↑ "Kurang tawaran lepas kurus". Utusan Melayu. 8 Februari 2015.
- ↑ "Ieda Moin tolak suami orang, 'anak ikan'". Utusan Melayu. 23 Mei 2018.