Impak Minima
Impak Minima ialah sebuah siri drama televisyen animasi 3D Malaysia 2007 arahan Faisal Ishak dengan skripnya ditulis oleh Nur Shafiah Shafiee dan Ida Shaheera Azhar. Siri ini merupakan terbitan turunan baharu daripada francais Didi & Friends terbitan Endemol. Ia memulakan tayangan perdana di TV3 bermula 10 Julai 2007 setiap selasa 10.00 malam di slot Aksi juga telah diterbitkan. Ia merupakan karya pertama diterbitkan oleh Endemol sejak ditubuhkan pada 1994.
| Impak Minima | |
|---|---|
| Genre | |
| Ditulis oleh |
|
| Pengarah | Khairul Ammar Jamal (Gecko) & Faisal Ishak |
Dibintangi oleh | |
Pelakon suara |
|
Penggubah lagu tema |
|
| Lagu pembukaan | ? |
| Lagu penutup | ? |
| Penggubah | Asyraf Azizi |
| Negara asal | Malaysia |
| Bahasa | Melayu |
| Bilangan musim | 1 |
| Bilangan episod | 8 (Senarai episod) |
| Penerbitan | |
| Penerbit eksekutif |
|
| Penerbit | Chedd Eddie Yusoff |
| Penyunting | Redzwan Haziq Dzul Karnain |
| Sinematografi | Amirul Arshad Abdullah |
| Tempoh siaran | 4-5 minit |
Syarikat penerbitan | Endemol |
Syarikat pengedaran | Media Prima (2007) Measat Broadcast Network Systems Sdn Bhd (2009) |
| Penyiaran | |
| Saluran asal | TV3 (Slot Aksi) |
| Format gambar | 480i (HDTV) |
| Format audio | Dolby Digital |
Tayangan ulang di | Astro Warna (Slot Geletek) Astro Ria (Episod 1) Astro Prima (Akan Datang) 9 Jun 2009 - 28 Julai 2009 |
| Siaran asal | 10 Julai 2007 – 28 Ogos 2007 |
| Kronologi | |
| Diikuti oleh | Impak Minima Bahagian 2 |
| Pautan luar | |
| Laman sesawang | |
Siri ini juga bersiaran ulangan di saluran Astro Warna di bawah Slot Geletek pada 9 Jun hingga 28 Julai 2009 Selasa 9.30 malam.
Premis
[sunting | sunting sumber]Impak Minima mengajar kanak-kanak & 3 lelaki cara untuk mengelak diri daripada keadaan yang berbahaya dan kaedah untuk bertindak dengan tenang semasa kecemasan.[1] [2]
Pelakon suara
[sunting | sunting sumber]- Versi bahasa Melayu
- Nur Insyeerah sebagai Didi
- Adilia Myra sebagai Nana
- Adam Muqri sebagai Jojo
- Riezman Khuzaimi sebagai Dirinya sendiri
- Angah Raja Lawak sebagai Dirinya sendiri
- Munir sebagai Dirinya sendiri
- Versi bahasa Inggeris
- Anika Partridge sebagai Didi
- Ramita Lotta sebagai Nana
- Lele Zhang sebagai Jojo
- Riezman Khuzaimi sebagai Dirinya sendiri
- Angah Raja Lawak sebagai Dirinya sendiri
- Munir sebagai Dirinya sendiri
Episod
[sunting | sunting sumber]Catatan: Setiap episod bermula dengan awalan "Tolong!" (versi BM) dan "Help!" (versi BI).
| Musim | Episod | Tarikh siaran pertama di Astro Warna Astro Ria Episod 1 TV3 Episod 1-8 | ||
|---|---|---|---|---|
| Episod pertama | Episod akhir | |||
| 1 | 8 | 10 Julai 2007 & 9 Jun 2009 | 28 Ogos 2007 & 28 Julai 2009 | |
Musim 1 (2007) - (2009)
[sunting | sunting sumber]| No. | Tajuk | Tajuk dalam Bahasa Inggeris | Tarikh siaran asal | |
|---|---|---|---|---|
| 1 | "Tolong! Api! Api!" | "Help! There's Fire!" | 10 Julai 2007 & 9 Jun 2009 | |
| Ketika Bangau sedang membakar sampah sarap, separuh daripada ladang jagungnya dijilat api akibat ditiup angin. Dalam keadaan ketakutan, Bangau meminta bantuan Rescue Squad & Impak Minima untuk memadamkan kebakaran. | ||||
| 2 | "Tolong! Tercekik Mainan!" | "Help! Papa Bear's Choking!" | 17 Julai 2007 & 16 Jun 2009 | |
| Ketika sedang mengemas rumah, Pak Beruang tergelincir selepas terlanggar papan luncur dan tercekik patung itik getah. Anaknya, Joni meminta bantuan Rescue Squad & Impak Minima untuk keluarkan patung itik getah menggunakan gerakan Heimlich. | ||||
| 3 | "Tolong! Lif Rosak!" | "Help! The Elevators is Broken!" | 24 Julai 2007 & 23 Jun 2009 | |
| Gara-gara menekan butang lif berulang kali sehingga rosak, Boon dan Roon terperangkap dalam lif. Mereka meminta bantuan Rescue Squad & Impak Minima untuk keluarkan mereka dari lif tersebut. | ||||
| 4 | "Tolong! Tak Boleh Turun!" | "Help! I Can't Get Down!" | 31 Julai 2007 & 30 Jun 2009 | |
| Dalam keadaan panik dan ketakutan, Encik Mole tidak dapat turun dari bumbung sebuah banglo setelah membaiki piring satelit. Encik Mole kemudian meminta bantuan Rescue Squad & Impak Minima untuk membawanya turun dari bumbung banglo. | ||||
| 5 | "Tolong! Sakit Perut!" | "Help! My Belly!" | 7 Ogos 2007 & 7 Julai 2009 | |
| Sewaktu bercuti di peranginan, Pak Atan mengalami keracunan makanan setelah termakan makanan yang telah tamat tempoh. Pak Atan kemudian meminta bantuan Rescue Squad & Impak Minima untuk menerima rawatan. | ||||
| 6 | "Tolong! Tia Terjatuh!" | "Help! Tia is Fallen!" | 14 Ogos 2007 & 14 Julai 2009 | |
| Tia terjatuh dari longkang dan dihanyutkan oleh arus deras. Ibunya kemudian menghubungi Rescue Squad & Impak Minima untuk menyelamatkan anaknya. | ||||
| 7 | "Tolong! Roon Tersangkut!" | "Help! I'm a Stuck!" | 21 Ogos 2007 & 21 Julai 2009 | |
| Roon tersangkut kerusi selepas selesai membawa masuk kerusi dalam stor. Aunty Wendy kemudian menghubungi Rescue Squad & Impak Minima untuk keluarkan Roon daripada kerusi. | ||||
| 8 | "Tolong! Mon Kena Serang!" | "Help! The Bees Attacking!" | 28 Ogos 2007 & 28 Julai 2009 | |
| Mon diserang oleh sekumpulan lebah selepas membaling batu ke arah sarang lebah ketika cuba mahu mengambil semula kapal terbang kertasnya. Mon kemudian menghubungi Rescue Squad & Impak Minima untuk meminta bantuan. | ||||
Rujukan
[sunting | sunting sumber]- ↑ "SAKSIKAN 'IMPAK MINIMA' SELAMATKAN PEKAN HOREY & 3 LELAKI PENYELAMAT". Afdlin Shauki. 6 Julai 2007. Dicapai pada 22 Mac 2008.
- ↑ "SAKSIKAN 'IMPAK MINIMA' SELAMATKAN PEKAN HOREY & 3 LELAKI PENYELAMAT". Afdlin Shauki. 6 Jun 2009. Dicapai pada 22 Februari 2010.
Pautan luar
[sunting | sunting sumber]- Tapak sesawang rasmiDiarkibkan 2009-06-27 di Wayback Machine