Pergi ke kandungan

Jonathan M. Wainwright

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jonathan M. Wainwright
Wainwright selepas Perang Dunia II dan kenaikkan pangkat ke Jeneral penuh
Nama lahirJonathan Mayhew Wainwright IV
Nama samaran"Skinny" (Keding), "Jim"
Kelahiran(1883-08-23)23 Ogos 1883
Walla Walla, Wilayah Washington
Meninggal dunia2 September 1953(1953-09-02) (umur 70)
San Antonio, Texas, A.S.
KesetiaanAmerika Syarikat
PerkhidmatanTentera Darat Amerika Syarikat
Tahun perkhidmatan1906–1947
PangkatJeneral
Arahan
Pertempuran
AnugerahMedal of Honor
Distinguished Service Cross
Army Distinguished Service Medal Medal of Valor
HubunganJonathan Mayhew Wainwright I (moyang)
Jonathan Mayhew Wainwright II (datok)
Tandatangan

Jonathan Mayhew Wainwright IV (23 Ogos 1883 – 2 September 1953) ialah seorang Jeneral Tentera Darat Amerika Syarikat, panglima Kuasa Bersekutu di Filipina, dan merupakan tawanan perang semasa Perang Dunia Kedua.

Wainwright mengetuai tentera Amerika dan Filipina semasa pencerobohan Jepun ke atas Filipina, yang menyebabkan beliau dianugerahkan pingat Medal of Honor. Beliau menyaksikan penyerahan kalah terbesar yang pernah dilakukan oleh angkatan bersenjata Amerika pada Mei 1942, di kubu pulau Corregidor. Pada masa ditawan, Wainwright merupakan tawanan perang Amerika yang berpangkat paling tinggi. Beliau menghabiskan masa selama tiga tahun di kem tahanan perang Jepun, dan sepanjang tempoh tersebut beliau mengalami kekurangan zat makanan serta layanan buruk sehingga menyebabkan tubuh badannya kurus kering. Rakyat Amerika menganggap beliau sebagai seorang wira sepanjang tempoh penderitaannya. Pada Ogos 1945, beliau dibawa keluar dari Manchuria dengan dikawal oleh Tentera Merah. Tidak lama selepas Jepun menyerah kalah, Wainwright dinaikkan pangkat menjadi Jeneral empat bintang dan dilantik sebagai Panglima Tentera Darat Keempat.

Tarikh kenaikkan pangkat

[sunting | sunting sumber]
Tiada pin lencana pada 1906 Leftenan Kedua, Tentera Tetap: 12 Jun 1906
Leftenan Pertama, Tentera Tetap: 30 Julai 1912
Kapten, Tentera Tetap: 1 Julai 1916
Mejar, Tentera Nasional: 5 Ogos 1917
Leftenan Kolonel, Tentera Nasional: 16 Oktober 1918
Mejar, Tentera Tetap: 1 Julai 1920
Leftenan Kolonel, Tentera Tetap: 2 Disember 1929
Kolonel, Tentera Tetap: 1 Ogos 1935
Brigedier Jeneral, Tentera Tetap: 1 November 1938
Mejar Jeneral, Tentera Darat Amerika Syarikat: 1 Oktober 1940
Leftenan Jeneral, Tentera Darat AS: 19 Mac 1942
Mejar Jeneral, Tentera Tetap: 31 Mac 1943
Jeneral, Tentera Darat AS: 5 September 1945
Jeneral, Lis Bersara: 31 Ogos 1947

[1]

  1. ↑ Official Army Register. Department of the Army. 1 January 1948. Vol. 2. pg. 2481.

Pautan luar

[sunting | sunting sumber]