Kinta, Perak
Daerah Kinta كينتا | |
|---|---|
| Transkripsi lain | |
| • Cina | 近打县 Jìn dǎ xiàn (Pinyin) |
| • Tamil | கிந்தா Kintā (Transliterasi) |
Lokasi Daerah Kinta di Perak | |
Lokasi Daerah Kinta di Malaysia | |
| Koordinat: 4°35′U 101°05′T / 4.583°U 101.083°T | |
| Negara | |
| Negeri | |
| Seat | Batu Gajah |
| Bandar terbesar | Ipoh |
| Pihak berkuasa tempatan | Majlis Bandaraya Ipoh (Kinta Utara) Majlis Daerah Batu Gajah (Kinta Barat) |
| Kerajaan | |
| • Pegawai daerah | Tarmidzi Manap[1] |
| Keluasan | |
• Jumlah | 1,305 km2 (504 batu persegi) |
| Penduduk (2020)[3] | |
• Jumlah | 888,767 |
| • Kepadatan | 680/km2 (1,800/batu persegi) |
| Zon waktu | UTC+8 (MST) |
| • Musim panas (WMP) | UTC+8 |
| Poskod | 300xx-315xx |
| Kod panggilan | +6-05 |
| Plat pendaftaran kenderaan | A |
Kinta merupakan salah satu daerah dalam negeri Perak dan merupakan daerah yang paling padat di Perak. Daerah ini berkeluasan 1,305 kilometer persegi dan mempunyai bilangan penduduk lebih 888 ribu orang. Daerah ini juga merupakan daerah ketujuh paling ramai penduduk di Malaysia. Majoriti penduduk Kinta menetap di bahagian utara, iaitu kawasan sekitar ibu negeri Perak, Ipoh.
"Kinta - Berpasakkan Kepayang, Jajahan Bersejarah Timur Negeri Perak", merupakan citra kepada Kinta. Ia menggambarkan Kinta pada satu ketika dahulu pernah berpasakkan pemerintahannya di Kepayang melalui beberapa tokoh pemerintah Melayu antaranya Tun Kelalang bin Tun Saban Balik, Kulop Kinta Toh Changkat Piatu bin Sultan Perak ke 2 Sultan Mansur Shah, Dato Panglima Kinta Pertama Toh Tambak bin Maharaja Kinta Toh Chandang dan Dato Panglima Kinta yang ke 7 Toh Ngah Abdul Jaafar (Ngah Jabor) bin Dato Panglima Kinta ke 5 Ngah Abdul Ghaffar (Ngah Gapor).[4]
Etimologi
[sunting | sunting sumber]Nama "Kinta" dipercayai muncul berdasarkan sebuah cerita lagenda tentang Toh Changkat Piatu (1580-1640) iaitu merupakan anakanda kepada Sultan Perak ke 2, Sultan Mansur Shah I melalui hasil perkahwinan baginda dengan seorang anak gadis Orang Asli (Tok Batin) Suku Semang di Kuala Sungai Kinta. Toh Changkat Piatu bersama-sama dengan pengikut-pengikutnya telah belayar menyusuri Sungai Kinta.
Namun, kapal yang dinaiki mereka ini tidak dapat meneruskan pelayaran apabila mereka sampai di kaki Gunung Cheroh (berhampiran Kampung Kepayang) kerana laluan yang sempit dan cetek. Ditepian Gunung Cheroh mereka terdengar alunan irama bergenta seperti loceng lalu mereka berhenti. Tiba-tiba seekor cicak kubing melompat ke air untuk menyeberang. Setiap kali cicak tersebut berhenti, irama bergenta itu hilang. Lalu berkata Toh Changkat Piatu, ''Maka dengarlah itu, sungai ini dinamakan 'Genta, dek kerana alunan itu'.
Toh Changkat Piatu memilih nama Kulop Genta (bermaksud Ketua Genta) sebagai gelaran untuk dirinya dan terus mengambil keputusan untuk menetap di sini bersama pengikut-pengikutnya dan seterusnya berkahwin dengan anak kepada Tok Batin (Suku Temiar) yang bernama Puteri Mazwin. Hasil perkahwinan mereka dikurniakan anakanda yang bernama Maharaja Kinta Toh Chandang (1636-1670).[4] Gelaran Kulop Genta kini lebih dikenali sebagai Kulop Kinta. Pemegang tunggal gelaran ini ialah Toh Changkat Piatu. Cucunda beliau iaitu Toh Tambak bin Maharaja Kinta Toh Chandang (1670 – 1710) menggunakan gelaran Dato Panglima Kinta dan gelaran ini masih digunakan sehingga ke hari ini.[5]
Genta merupakan nama sebenar Kinta. Kinta adalah pelat sebutan Cina yang digunakan Inggeris dalam dokumentasi. 'Genta' (tulisan jawi ک dan ن dan ت ) telah lama-kelamaan dibaca sebagai 'Kinta' oleh orang Cina dan Inggeris. Sehingga hari ini, sebahagian masyarakat Melayu asal Ipoh masih mengenali 'Genta' sebagai sebutan Kinta.[6]
Sejarah
[sunting | sunting sumber]Bandar-bandar utama di daerah Kinta seperti Ipoh dan Batu Gajah dipercayai mula wujud sekitar 1880-an. Namun, dipercayai keluarga Dato Panglima Kinta yang mula-mula mendiami serta membangunkan bandar Ipoh sejak abad ke-16. Pada ketika itu Ipoh hanyalah sebuah kampung yang kecil mempunyai beberapa pondok berbumbungkan atap nipah dengan penduduknya seramai 200 orang.
Penduduk yang terawal mendiami bandar Ipoh terdiri daripada orang asli dan disusuli orang Melayu. Mereka ini telah menjalankan aktiviti perusahaan perlombongan bijih timah secara kaedah mendulang dan lombong siam iaitu secara tradisional. Bijih timah dibawa dengan tongkang dan sampan melalui Sungai Kinta. Setelah bijih timah dijumpai di kawasan sekitarnya, ramailah para pelombong dari lain-lain bahagian Negeri Perak dan dari tempat-tempat lain bertumpu ke Lembah Kinta. Kemudian Ipoh memainkan peranan sebagai sebuah pekan untuk bekalan keperluan para pelombong. Bandar Ipoh mula menjadi pesat dengan pelbagai kegiatan dan aktiviti perniagaan.

Bekas Panglima Kinta Zainal Abidin, Panglima Kinta Abdul Wahab, hartawan perlombongan misteri yang berselindung disebalik nama samaran Kulup Lembang (terkenal di Tambun), Panjang Seman, dan Itam Harun adalah diantara tuan tanah dan hartawan perlombongan Melayu terawal yang terkenal di Kinta. Penglibatan dan sumbangan mereka pada masa lalu dalam sejarah perlombongan timah Kinta mungkin telah terlepas pandang atau diabaikan oleh sesetengah pihak, tetapi tidak seharusnya dilupakan.[7]
Dalam tahun 1890, sebuah jambatan kayu telah dibina menyeberangi Sungai Kinta untuk kemudahan orang ramai. Ipoh membesar sehingga menjadi salah sebuah daripada pekan yang terbesar dalam Daerah Kinta. Dengan majunya perusahaan bijih timah, Ipoh menjadi bertambah penting lagi. Mulai saat itu, Ipoh terus bergerak dari sebuah perkampungan perlombongan bijih timah menjadi pusat perdagangan yang dapat menarik ramai pelabur dari luar.[8]
Geografi
[sunting | sunting sumber]Daerah Kinta terletak di tengah negeri Perak bersempadan dengan daerah Kuala Kangsar di utara, daerah Perak Tengah di barat, daerah Kampar di selatan dan negeri Pahang serta Kelantan di timur.
Daerah ini terletak di Lembah Kinta dan berada di antara dua banjaran gunung iaitu banjaran Kledang dan banjaran Titiwangsa. Di sekitar daerah ini terdapat banyak gua batu kapur dan gunung. Antara gunung yang terdapat di daerah ini;
- Gunung Datok
- Gunung Terendum
- Gunung Juang
- Gunung Lanno
- Gunung Paniang
- Gunung Rapat
- Gunung Tambun
- Gunung Keroh
Pecahan pentadbiran
[sunting | sunting sumber]Daerah Kinta mempunyai lima mukim, 14 bandar dan tiga pekan.
| Status | Nama | Luas (km²) | Populasi |
|---|---|---|---|
| Mukim | Belanja | 106.4 | 16,042 |
| Hulu Kinta | 671.1 | 673,771 | |
| Sungai Raya | 244.1 | 47,992 | |
| Sungai Terap | 99.71 | 62,454 | |
| Tanjong Tualang | 143.3 | 17,536 | |
| Bandar | Batu Gajah | 0.81 | 1,613 |
| Chemor | 0.75 | 1,829 | |
| Ipoh Utara | 11.91 | 26,979 | |
| Ipoh Selatan | 17.91 | 35,577 | |
| Jelapang | 0.005 | 22 | |
| Lahat | 0.16 | 293 | |
| Menglembu | 0.26 | 270 | |
| Papan | 0.24 | 173 | |
| Pusing | 0.25 | 544 | |
| Siputeh | 0.16 | 36 | |
| Sungai Raya | 0.036 | 2 | |
| Tambun | 0.24 | 913 | |
| Tanjong Rambutan | 0.45 | 1,311 | |
| Tronoh | 0.39 | 751 | |
| Pekan | Kanthan | 0.83 | 9 |
| Simpang Pulai | 0.04 | 67 | |
| Tanjong Tualang | 0.27 | 582 |
Demografi
[sunting | sunting sumber]| Tahun | Pend. | ±% |
|---|---|---|
| 1970 | 477,758 | — |
| 1980 | 564,500 | +18.2% |
| 1991 | 627,899 | +11.2% |
| 2000 | 703,493 | +12.0% |
| 2010 | 749,474 | +6.5% |
| 2020 | 888,767 | +18.6% |
Penduduk terawal yang mendiami daerah ini terdiri di kalangan orang asli dan orang Melayu. Sekitar tahun 1879, terdapat seramai 4623 orang Melayu yang mendiami kawasan-kawasan yang berhampiran dengan bandar Ipoh. Seiring dengan kemajuan Ipoh yang kian meningkat hasil dari perlombongan bijih timah, semakin ramai pelombong dari luar seperti Eropah, China dan India yang datang dan menetap di sekitar daerah ini. Pada tahun 1980, terdapat seramai 564,500 orang penduduk di daerah ini dengan majoritinya berbangsa Cina dengan 60 peratus dari keseluruhan penduduk. Jumlah penduduk di daerah ini terus meningkat setiap tahun.
Berdasarkan, bancian Malaysia 2020 jumlah penduduk di Daerah Kinta ialah seramai 888,767 orang dengan kepadatan penduduk 681 orang perkilometer persegi yang dikategorikan sebagai taburan penduduk padat. Majoriti penduduk di daerah Kinta beretnik Bumiputera, dengan jumlah 402,680 orang. Cina merupakan etnik kedua terbesar dengan 321,739 orang diikuti India dengan 110,294 orang. Terdapat juga etnik yang lain dengan jumlah 3,565 orang.[9]
| Kaum | 1980 | 1991 | 2000 | 2010 | 2020 |
|---|---|---|---|---|---|
| Bumiputera | 25.8 | 33.3 | 37.6 | 41.5 | 48.0 |
| Cina | 60.3 | 52.2 | 47.6 | 43.9 | 38.4 |
| India | 13.6 | 14.3 | 14.6 | 14.4 | 13.2 |
| Lain-lain | 0.3 | 0.2 | 0.2 | 0.2 | 0.4 |
Majoriti penduduk di daerah ini beragama Islam iaitu 46.1 peratus dari kalangan penduduk. Penduduk bukan beragama Islam membentuk 53.9 peratus dari keseluruhan penduduk terdiri daripada penganut agama Buddha (33.5 peratus), agama Hindu (10.3 peratus), agama Kristian (4 peratus) dan lain-lain (1.4 peratus). Terdapat penduduk yang tidak diketahui status agamanya iaitu 3.9 peratus dan juga tidak beragama iaitu 0.8 peratus.[9]
| Agama | 1991 | 2000 | 2010 | 2020 |
|---|---|---|---|---|
| Islam | 33.1 | 38.0 | 41.2 | 46.1 |
| Buddha | 35.3 | 36.4 | 39.5 | 33.5 |
| Hindu | 10.9 | 11.5 | 12.0 | 10.3 |
| Kristian | 4.5 | 4.5 | 3.4 | 4.0 |
| Lain-lain | 14.7 | 8.9 | 2.5 | 1.4 |
| Tidak diketahui | 0.5 | 0.1 | 0.9 | 3.9 |
| Tidak beragama | 1.0 | 0.6 | 0.5 | 0.8 |
Rujukan
[sunting | sunting sumber]- ↑ "Laman Web Pejabat Daerah Dan Tanah - Perutusan Pegawai Daerah". pdtbatugajah.perak.gov.my.
- ↑ "Rancangan Struktur Negeri Perak 2040" (PDF). Diarkibkan daripada yang asal (PDF) pada 2018-03-28. Dicapai pada 2018-03-28.
- ↑ https://www.dosm.gov.my/mycendash/
- 1 2 Mohamed Faizal Zainol (2023). Kepayang Kampung Bersejarah - Petempatan Melayu Pertama di dalam Bandaraya Ipoh. ISBN 9789672571940.
- ↑ Fazil Shuhaimi Talib. Salasilah Keturunan Panglima Kinta Seri Amar Bangsa DiRaja dan Toh Senongsa Seri Nara Wangsa. Persatuan Keluarga Kulop Kinta.
- ↑ Khoo, Salma Nasution; Lubis, Abdur-Razzaq (2005). Kinta Valley: Pioneering Malaysia's Modern Development. Areca Books. ISBN 9789834211301.
{{cite book}}: CS1 maint: multiple names: authors list (link) - ↑ SAS, second great-grandson of Kulup Lembang
- ↑ User, Super. "Sejarah Ipoh". perancangbandar.mbi.gov.my (dalam bahasa Inggeris British). Dicapai pada 2026-06-15.
{{cite web}}:|last=has generic name (bantuan) - 1 2 https://www.dosm.gov.my/mycendash/