Labradoodle
Seekor labradoodle jantan perang | |||||||||
| Nama lain | Labradoodle Australia | ||||||||
|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|
| Negara asal | Australia | ||||||||
| |||||||||
| Anjing (Canis lupus familiaris) | |||||||||
Labradoodle[a] ialah satu baka silang anjing yang berasal dari Australia yang diwujudkan dengan menyilangkan anjing pengutip Labrador dengan pudel piawai atau katik. Labradoodle diniatkan untuk menjadi pilihan bagus untuk orang yang alah terhadap dander anjing.
Australian Labradoodle Association ("Persatuan Labradoodle Australia"), iaitu sebuah pertubuhan yang dikendalikan oleh pembiak baka labradoodle, berkata bahawa ia "pada umumnya dianggap sebagai anjing sihat". Walau bagaimanapun, mereka juga menyatakan bahawa displasia pinggul dan siku merupakan masalah lazim yang menjejaskan labradoodle.[1][b] Penyakit lain termasuk penyakit mata dan penyakit Addison.[3][4] Wally Conron dari Australia, yang dikreditkan kerana mencipta baka ini, telah mengulas bahawa labradoodle sihat adalah "sedikit dan jarang" dan kebanyakannya "gila atau mempunyai masalah kebakaan".[1]
Sejarah pembiakbakaan
[sunting | sunting sumber]Asal usul
[sunting | sunting sumber]
Pembiak baka Australia Wally Conron memperkenalkan baka silang ini kepada Royal Guide Dog Association of Australia ("Persatuan Anjing Pandu Diraja Australia") di Victoria. Conron berharap agar gabungan lapis bulu kurang gugur pada pudel, bersama-sama dengan kelembutan dan kebolehlatihan anjing pengutip Labrador, akan menyediakan anjing pandu yang sesuai untuk orang dengan alahan terhadap bulu dan dander. Beliau berharap agar nama menarik dan dakwaan mengenai alahan akan mengimbangi stigma yang dikaitkan dengan baka kacuk dan, dengan itu, membantu beliau menjual perinduk beliau.[5][6][7][8]
Sultan, iaitu seekor anjing daripada perinduk ini, memaparkan semua kualiti yang dicari oleh Conron dan bekerja sebagai anjing pandu untuk seorang wanita di Hawaii selama sepuluh tahun.[5]
Sejak itu, Conron telah berulang kali menyatakan bahawa beliau menyesal kerana memulakan trend untuk jenis baka silang ini dan mengekalkan pernyataan bahawa ini menyebabkan "banyak kerosakan" dan "banyak masalah", sebahagian besarnya berpunca daripada ketidakbolehramalan genetik bagi penggabungan baka. Beliau berasa bahawa beliau patut dipersalahkan atas rentetan pembiak baka tidak beretika yang menghasilkan kilang anak anjing labradoodle dan kerana mencipta "Frankenstein", sambil menambahkan pernyataan bahawa masalah dibiakbakakan ke dalam anjing dan tiada pula pembiakbakaan terpilih untuk menyingkirkan masalah dan untuk menuju piawaian yang boleh diiktiraf. Conron selanjutnya dipetik mendakwa bahawa "untuk setiap [anjing] sempurna, anda akan mendapati banyak yang gila."[9]
Labradoodle adalah tidak popular dan kebanyakannya tidak digunakan sebagai haiwan peliharaan dan/atau haiwan khidmat.[8] Pada mulanya, baka itu sekali lagi tidak popular, lalu membawa kepada penjenamaan semula anjing itu sebagai "labradoodle". Labradoodle kemudiannya mengalami ledakan kepopularan dan secepatnya kehilangan keakuran baka kerana ketiadaan pengiktirafan kelab kenel dan, dengan itu, ketiadaan piawaian baka.[1]
Dalam temu bual tahun 2019, Conron berkata bahawa beliau "melepaskan raksasa Frankenstein" dan bahawa "[...] majoriti terbesar (labradoodle) sama ada gila atau mempunyai masalah kebakaan." Brandi Hunter, naib presiden perhubungan awam dan komunikasi American Kennel Club, mencerminkan kebimbangan Conron, dengan berkata bahawa "[...] ada sebab kami menekankan masa dan penyelidikan yang digunakan untuk pembiakbakaan anjing yang dibiakbakakan dengan tujuan. Ini penting dalam jangka panjang."[1]
Program pembiakbakaan anjing pandu susulan
[sunting | sunting sumber]Buat masa ini, seperti baka kacuk lain, labradoodle tidak dianggap sebagai baka tulen atau baka oleh AKC dan persatuan kelab kenel utama lain di Amerika Utara dan di seluruh dunia.[10] Secara teknikal, ia merupakan hibrid daripada dua baka tulen dan bukan pula baka baharu. Pada tahun 2010, AKC mula mengizinkan pemilik baka kacuk mendaftarkan anjing mereka melalui program penyenaraian alternatif untuk menerima nombor ID AKC.[11]
Guide Dogs Victoria tidak lagi membiakbakakan labradoodle,[5] walaupun ia dibiakbakakan oleh pertubuhan anjing pandu dan anjing pembantu lain di Australia dan di tempat lain.[12] The Association for the Blind of Western Australia ("Persatuan untuk Orang Buta Australia Barat") telah memperkenalkan labradoodle ke dalam program pelatihan mereka. Anjing pertama mereka, iaitu Jonnie, menamatkan latihan pada November 2010.[13][14] Labradoodle kini digunakan secara meluas di seluruh dunia sebagai anjing pandu, anjing pembantu, dan anjing terapi.[15][16] Ia juga merupakan anjing keluarga popular.[5]
Program pembiakbakaan labradoodle Australia
[sunting | sunting sumber]Dalam usaha untuk memiawaikan labradoodle dan mencapai pengiktirafan baka, Labradoodle Association of Australia ("Persatuan Labradoodle Australia", LAA) diasaskan pada tahun 2000. Pertubuhan itu mula mengambil langkah untuk mendapatkan program pembiakbakaan terpilih cermat dan memperkenalkan susur galur baharu untuk menguji kaji dengan perangai dan untuk memperkenalkan kepelbagaian genetik tambahan. Dalam tempoh lima tahun berikutnya, pertubuhan tambahan dibentuk dan digabungkan untuk menghasilkan The International Australian Labradoodle Association ("Persatuan Labradoodle Australia Antarabangsa", IALA).[17]
Labradoodle Australia dipanggil sedemikian kerana pembiak baka yang berpangkalan di Australia berhasrat untuk mengelakkan baka itu daripada disalah anggap sebagai salah satu daripada banyak silangan anjing pengutip Labrador/pudel yang dibiakbakakan dengan cara yang dianggap oleh LAA sebagai cara tidak sihat dan tidak bertanggungjawab. Labradoodle Australia ialah baka anjing berkembang dan tidak dianggap sebagai baka tulen.[18][19][17][2]
Buat masa ini, sebagai warisan labradoodle Australia yang diterima umum, terdapat sebanyak 22 penyumbang baka tulen unik.[19] Labradoodle Australia pada umumnya mempunyai genetik anjing pengutip Labrador dan pudel, tetapi usaha terkini oleh IALA, khususnya Australian Labradoodle Association of America ("Persatuan Labradoodle Australia Amerika", ALAA), telah memperkenalkan spaniel air Ireland, anjing pengutip berbulu keriting, kokerspaniel Inggeris, and kokerspaniel Amerika. Penambahan ini adalah untuk meningkatkan takungan gen baka itu, mencapai kesihatan lebih baik, dan mencuba untuk menyempurnakan perangai anjing. IALA membuat keputusan untuk meninggalkan susur galur tertentu dan bahawa labradoodle Australia ialah baka yang sebahagian besarnya lengkap.[17] Secara rasminya, Australian Labradoodle Association ("Persatuan Labradoodle Australia", ALA) memberikan mandat bahawa labradoodle Australia mesti mempunyai tepat-tepat tiga progenitor: pudel, anjing pengutip Labrador, dan kokerspaniel.[18][19]
Labradoodle Australia tidak diiktiraf sebagai baka tulen oleh mana-mana kelab kenel bebas bukan rantauan atau pertubuhan pendaftaran beriktiraf. Ia, sebaliknya, dianggap sebagai baka kacuk.[20][21][22]
Cobberdog Australia
[sunting | sunting sumber]

Cobberdog Australia[c] ialah satu baka silang anjing yang dikembangkan di Australia oleh Pusat Pembiakbakaan dan Penyelidikan Rutland Manor dan Pusat Pembiakbakaan dan Penyelidikan Labradoodle Tegan Park. Kacukan ini diwujudkan sebagai kesinambungan usaha Wally Conron untuk mewujudkan labradoodle yang boleh ditakrifkan dan diselidik dengan teliti. Usaha ini juga sebagai gerak balas kepada peningkatan permintaan untuk labradoodle yang telah menyebabkan pembiak baka merujuk sebarang gabungan anjing pengutip Labrador dengan pudel sebagai labradoodle tanpa kriteria perangai atau hipoalergenik. Ketidaktekalan piawaian untuk labradoodle membawa kepada pembezaan labradoodle Australia dan pembezaan lanjut bagi cobberdog yang diatributkan kepada baka anjing tulen dengan piawaian lebih ketat untuk pembiakbakaan, perangai, dan penampilan.[23][18]
Pada tahun 2004, terier gandum berbulu lembut Ireland disisipkan oleh Manners di Rutland Manor di Australia. Dua ekor terier gandum Ireland disisipkan, salah seekor ialah juara Melbourne Royal All Breeds Championship Show.[19] Penambahan itu menyebabkan penceraian Manners daripada IALA dan permulaan perkembangan cobberdog Australia. Matlamat usaha baharu ini ialah semakan projek labradoodle Australia asal. Misi usaha ini adalah untuk membiakbakakan anjing yang boleh digunakan secara meluas dengan lapis bulu hipoalergenik yang dapat digunakan sebagai teladan anjing terapi, haiwan khidmat, haiwan peliharaan isi rumah, dan/atau anjing pendamping. Anjing ini dibiakbakakan dengan perhatian spesifik kepada lapis bulu dan, yang paling penting, perangai. Matlamat Manners adalah untuk mencapai hal yang disasarkan oleh Wally Conron pada permulaan dan membiakbakakan anjing tenang, cerdas, dan hipoalergenik.[24][25][26] Sehingga penciptaan awal program pembiakbakaan cobberdog Australia, tiada baka individu dan/atau tulen telah dikembangkan dengan objektif tunggal untuk mewujudkan calon unggul untuk menjadi anjing terapi dan anjing pembantu. Ini sebahagiannya disebabkan oleh hakikat bahawa terapi berbantu dan anjing pembantu adalah agak moden.[27]
Cobberdog Australia dibiakbakakan untuk menjadi calon unggul untuk menjadi anjing terapi dan anjing khidmat. Sehingga pewujudan cobberdog Australia, tiada baka yang telah dikembangkan dengan objektif tunggal untuk mempunyai ciri-ciri unggul untuk berkhidmat sebagai anjing terapi dan anjing pembantu. Ini sebahagiannya adalah kerana anjing terapi dan anjing pembantu adalah agak moden. Labradoodle Australia, sebagaimana yang ditetapkan oleh Australian Labradoodle Association of America ("Persatuan Labradoodle Australia Amerika"), diterbitkan daripada tiga baka anjing yang sebelum ini merupakan baka tulen. Cobberdog pula diterbitkan daripada gabungan sekurang-kurangnya lapan baka sedia ada untuk mencapai perangai yang diingini.[28][29]
Takungan besar untuk perkembangan cobberdog Australia membawa kepada penceraian baka dengan labradoodle Australia; ini menyebabkan pusat penyelidikan terlibat mendekati syarikat swasta tidak terkenal Master Dog Breeders and Associates. Dengan pertukaran nama dan pemuktamadan jujukan DNA baka ini, piawaian untuk atribut fizikal dan atribut perangai diasaskan dan cobberdog dijadikan satu-satunya baka tulen labradoodle.[29][19]
Pada tahun 2012, cobberdog Australia diterima sebagai baka baharu dalam pembangunan oleh Master Dog Breeders and Associates (MDBA) yang tidak begitu terkenal, iaitu sebuah syarikat pendaftaran baka sedunia. Dengan penerimaan baka ini, pedigri dan piawaian baka ditetapkan.[30] Jujukan DNA unik baka ini juga dikategorikan untuk mengasaskan kesahihan bagi cobberdog Australia baka tulen.[26][31]
Satu syarat untuk kemasukan cobberdog ke dalam MDBA ialah bahawa baka ini mempunyai nama yang membezakannya daripada labradoodle, lantas membezakan baka tulen baharu ini daripada kategori anjing baka silang kurang beriktiraf dan tidak terkawal. Nama projek asal untuk baka ini ialah Service Animal Australian Labradoodle ("Haiwan Khidmat Labradoodle Australia"). Keputusan untuk menamai baka ini "Australian cobberdog" dilakukan untuk mengekalkan identiti Australia bagi baka ini; bahagian cobberdog berasal daripada istilah Australia "cobber" yang memaksudkan "kawan" atau "ramah". Secara keseluruhan, nama Australian cobberdog secara langsung memaksudkan "anjing ramah Australia".[23][19][32]
Sejak penerimaan baka ini, bilangan pembiak baka cobberdog berperakuan MDBA telah berkembang kepada lebih daripada 150 orang di seluruh dunia dan baka ini terus menjadi semakin popular, walaupun masih merupakan baka agak kurang diketahui setakat Januari 2024.[33] Baka ini disebut-sebut sebagai anjing terapi unggul dengan pembiak baka dan pemilik yang mempamerkan bahawa, melalui amalan piawai umum pembiakbakaan, anjing juga dilatih dan digunakan sebagai anjing terapi untuk hospital, sekolah, rumah persaraan, dan banyak penerapan lain.[24][33][34][35]
Para pembiak baka cobberdog membuat penegasan bahawa cobberdog Australia ialah percubaan untuk mencapai matlamat asal yang diniatkan untuk labradoodle. Sebelum ledakan kepopularan labradoodle, ia dibiakbakakan dengan teliti dalam percubaan untuk menyempurnakan perangai dan menjadi hipoalergenik. Selepas kepopularan labradoodle bermula, pemilihan kurang cermat dan kekurangan piawaian baka membawa kepada baka silang moden tidak beriktiraf. Cobberdog, sebagaimana yang dinyatakan oleh penyelidik, ialah hasil daripada penerusan matlamat asal projek labradoodle: anjing lemah lembut dan hipoalergenik dengan perilaku tenang dan kecenderungan untuk menenangkan orang di sekelilingnya.[36][27]
Pada awal tahun 2024, dengan peningkatan kepopularan cobberdog Australia, sesetengah pembiak baka baharu terdahulu MDBA di seluruh dunia bersatu untuk membentuk Australian Cobberdog Society ("Persatuan Cobberdog Australia)[37] dengan dakwaan bahawa mereka mampu membawa baka ini selangkah lebih jauh dalam perjalanan ke arah pengiktirafan "rasmi" melalui pertubuhan baka tulen beriktiraf. Untuk ini buat masa ini, piawaian baka diperhalus dan dikemaskinikan dalam format sebagaimana yang ditetapkan oleh ANKC. Walau bagaimanapun, untuk mencapai ini, buku pembaka mesti diuruskan selama sekurang-kurangnya 15 tahun, yang kelihatan seperti tugas mustahil untuk ACS baharu yang baru membentuk kumpulan serpihan pada Disember 2024 dengan bekas ahli MDBA. MDBA telah mengusahakan pengiktirafan baka bagi cobberdog Australia sejak tahun 2012. Piawaian baka semakan mengambil kira penghalusan yang telah dibuat oleh pembiak baka untuk memindahkan anjing daripada Pendaftaran Asas MDBA kepada baka tulen secara genetik dan penyerahan ke dalam Pendaftaran Baka Tulen dengan Kelab Kenel Kebangsaan.
Lapan baka telah menyumbang kepada cobberdog Australia:
Penampilan dan perangai
[sunting | sunting sumber]

Oleh sebab labradoodle ialah silangan antara dua baka anjing dan bukan baka sendiri, anak anjing dalam generasi kacuk awal tidak mempunyai ciri yang boleh diramal secara tekal. Penyilangan pertama pudel dengan labrador menghasilkan variasi dari segi penampilan, saiz, lapis bulu, dan perangai. Maka, walaupun kebanyakan labradoodle mengongsi sesetengah trait lazim, penampilan dan ciri tingkah lakunya berbeza-beza secara meluas.[5]
Bulu labradoodle berkisar daripada mirip dawai hingga lembut, dan mungkin lurus, beralun, atau keriting.[5][d] Labradoodle kerap memaparkan kesemendaan untuk air dan keupayaan renang kuat daripada baka induknya.[5] Seperti kebanyakan anjing pengutip Labrador dan pudel, labradoodle pada umumnya ramah, bertenaga, dan baik dengan keluarga dan kanak-kanak.[5]

Pada tahun 2012, MDBA mewujudkan satu set piawaian baka yang mesti dipatuhi oleh mana-mana anjing untuk dianggap sebagai cobberdog Australia asasi. Sebagai tambahan kepada piawaian ini, amalan umum telah mewujudkan keutamaan lanjut untuk baka ini. Piawaian baka rasmi menyatakan bahawa jumlah semua ciri anjing ini patut menggambarkan "Anjing yang atletik dengan anggun dan seimbang, bebas daripada ciri berlebihan, dengan lapis bulu mewah yang tidak gugur dan tidak berbau." Pada umumnya, matlamat baka ini adalah untuk menjadi anjing segi empat sama dan berdimensi nalar dengan proses pembiakbakaan yang lebih tertumpu pada kesihatan dan perangai.[22][31] Ciri distingtif ketara termasuk telinga terkelepai, pempigmenan piawai bagi hidung dan pad kaki, ekor tidak terpotong, dan lapis bulu hipoalergenik tidak gugur.[31] Pada tahun 2024, Australian Cobberdog Society ("Persatuan Cobberdog Australia") yang bekerja dengan sesetengah bekas pembiak baka MDBA di seluruh dunia mendakwa bahawa mereka telah memperhalus dan mengemaskinikan piawaian baka, untuk mencerminkan kemajuan yang dibuat dan membimbing hala tuju daripada baka dalam perkembangan kepada baka tulen (yang dapat membiak dengan benar). Walau bagaimanapun, untuk dapat melakukannya, seseorang itu mestilah menjadi pemilik harta intelek dan penulisan (nama Australian cobberdog) dicipta oleh pengasas. Cobberdog Australia autentik ialah anjing lemah lembut dan cerdas, teringin-ingin menggembirakan, mudah dilatih, dan amat baik dengan kanak-kanak. Piawaian baka ACS menyatakan tentang perkara sama dan berkata bahawa "Cobberdog Australia sedar, pintar, dan mudah dilatih dengan keinginan lemah lembut untuk menggembirakan. Ia setia kepada keluarganya tanpa menentang orang asing. Cobberdog mudah dicam dengan jumbai muka dengan lapis bulu biri-biri mewah dan kurang gugur yang labuh dalam alunan lembut. Ia mempunyai keinginan kuat untuk pendampingan rapat manusia dan naluri untuk mencari hubungan intim mata dengan mata. Kepala dan ekspresi wajah cobberdog Australia merupakan trait khas dengan muka terbuka menyenangkan, mata menyerlah, dan muncung ketara. Telinganya sederhana, bertempat baik, dan cekap menyokong komunikasi bukan kata.[38]
Saiz
[sunting | sunting sumber]Labradoodle dapat mempunyai saiz berlainan, bergantung pada saiz induk jantan dan induk betina yang digunakan, dan nama saiznya pada umumnya mengikuti nama yang digunakan untuk pudel: katik, sederhana, dan piawai. Labradoodle katik biasanya berukuran seberat sekitar 18–28 lb (8.2–12.7 kg), yang sederhana seberat sekitar 26–45 lb (12–20 kg), dan yang piawai dapat berukuran seberat 45–75 lb (20–34 kg).[5]
Pada umumnya terdapat empat kategori saiz untuk cobberdog: katik, katik besar/sederhana kecil, sederhana, dan piawai. Sesetengah pembiak baka juga menyertakan kategori "sederhana besar" dan/atau "XL piawai".[39] Piawaian baka mengiktiraf tiga kategori saiz: kecil, sederhana, dan piawai.
Saiz cobberdog semata-mata berdasarkan ketinggian sebagaimana yang diukur dari lantai hingga paras kelasa (bahagian atas tulang kipas pada kuadruped). Walaupun berat kerap disertakan dalam pengkategorian saiz, itu biasanya untuk membantu dalam penggambaran saiz dan bukan untuk membantu dalam pengkategorian individu spesifik.[39][40]
| Nama kategori | Julat ketinggian | Julat berat (penghampiran) |
|---|---|---|
| Katik | 35–41 sentimeter (14–16 in) | 7–12 kilogram (15–26 lb) |
| Mini besar/sederhana kecil | 41–47 sentimeter (16–19 in) | 10–16 kilogram (22–35 lb) |
| Sederhana | 47–56 sentimeter (19–22 in) | 14–22 kilogram (31–49 lb) |
| Piawai | 56–61 sentimeter (22–24 in) | 20–40 kilogram (44–88 lb) |
Tekstur dan warna lapis bulu
[sunting | sunting sumber]
Lapis bulu labradoodle terbahagi kepada tiga kategori: wul, biri-biri, atau helaian.[d][5]
Warna lapis bulu labradoodle termasuk coklat, kopi, pacmen, krim, emas, aprikot, merah, hitam, perak, kapur, gandaria, dan kelabu kebiru-biruan. Corak lapis bulu sama ada padu, tanda-tanda abstrak putih, berwarna-warni, fantom, atau triwarna.[41]
Cobberdog Australia mempunyai lapis bulu tunggal yang gugur sedikit hingga tidak gugur langsung dan menghasilkan dander minimum. Trait ini bermakna bahawa anjing ini dianggap hipoalergenik. Bertentangan dengan kepercayaan bahawa bulu anjing ialah punca alahan terhadap anjing, alahan terutamanya disebabkan oleh kehiperpekaan terhadap suatu protein yang terdapat di dalam air liur anjing, kelemumur, dan kulit tergesel.[42] Cobberdog mempunyai dua jenis lapis bulu utama: lapis bulu biri-biri dan lapis bulu wul. Lapis bulu biri-biri ialah lapis bulu tunggal yang terdiri daripada gentian lembut dan nipis yang kelihatan bak sutera dan sedikit beralun. Gentian lapis bulu ini pada umumnya menghasilkan gugusan lembut yang dipanggil staple. Lapis bulu biri-biri mempunyai keguguran dan dander minimum, yang menjadikannya berbau minimum dan sebahagian besarnya hipoalergenik. Lapis bulu biri-biri memerlukan pendandanan nalar untuk mengelakkan kekusutan. Tanpa pemberusan nalar dan penjagaan tekal, lapis bulu biri-biri lebih rentan terhadap kekusutan, pembentukan bulu gimbal, keadaan bawaan bulu, dan pemerangkapan kotoran bersentuhan dengan kulit yang dapat menyebabkan ketidakselesaan dan/atau geselan. Kekurangan salin bulu juga memerlukan pemangkasan kerap bagi bulu anjing kerana bulu terus tumbuh dan tidak mengekalkan panjang bulu secara semula jadi.[43] Lapis bulu wul pula ialah lapis bulu tunggal yang terdiri daripada gentian kasar dan tebal yang berkelompok bersama sebagai keriting kecil dan halus. Lapis bulu wul tidak gugur dan rendah dander dan memerlukan perhatian yang serupa dengan yang untuk lapis bulu biri-biri. Lapis bulu wul benar dianggap "sangat tidak diingini" oleh MDBA dan telah menjadi semakin jarang pada cobberdog.[31] Daripada lapis bulu wul tulen asli, istilah ini telah beranjak dan kini juga digunakan untuk variasi keriting bagi lapis bulu biri-biri, sekali lagi tidak gugur dan rendah dander, kadang-kadang dipanggil "lapis bulu wul pilin". Lapis bulu ini biasanya tampil sebagai berbilang pilinan panjang dan longgar yang jauh lebih besar daripada staple lapis bulu biri-biri. Lapis bulu ini juga kurang berbau dan sebahagian besarnya hipoalergenik. Lapis bulu ini disebabkan oleh kehadiran kedua-dua gen lapis bulu biri-biri dan gen lapis bulu wul. Lapis bulu wul pilin, yang juga dipanggil lapis bulu wul keriting, agak serupa dari segi penampilan dengan lapis bulu biri-biri "lurus" yang lebih lazim dan memerlukan pendandanan, pemangkasan, dan pemberusan kerap untuk mengelakkan kekusutan. Jenis lapis bulu ini, kedua-dua lapis bulu wul benar dan lapis bulu biri-biri keriting, memerlukan penjagaan lebih rapat dan lebih kerap berbanding dengan lapis bulu biri-biri lurus.[43]
Ciri tingkah laku
[sunting | sunting sumber]Tujuan asal cobberdog untuk perkembangan adalah sebagai usaha untuk membiakbakakan anjing tenang, penyayang, dan berempati yang unggul untuk pelatihan sebagai anjing terapi atau haiwan khidmat, baka tulen pertama dengan itu sebagai tujuan awal untuk pembiakbakaan.[32] Tambahan pula, lapis bulu hipoalergenik dan pengeluaran air liur rendah bertujuan untuk memperluas kegunaan cobberdog kerana itu membolehkan anjing berkenaan mendampingi atau melawat individu dengan alahan terhadap anjing, dander, air liur anjing, dan yang patut menghindari kehadiran sisa bulu yang ditinggalkan oleh anjing bersalin bulu.[19][25][26]
Cobberdog Australia pada umumnya dianggap sebagai baka cerdas yang mempelajari trik dan tugas dengan lebih mudah berbanding dengan kebanyakan baka lain.[44] Tambahan pula, ia diketahui sangat jarang menggigit dengan niat untuk memudaratkan. Cobberdog menyalak kurang berbanding dengan kebanyakan baka dan penyuaraan pada umumnya terbatas kepada kejadian kejutan atau distres ekstrem.[32] Ciri-ciri ini, sebagai tambahan kepada sifat hormat dan tidak menonjol pada baka ini, menjadikannya khususnya unggul untuk terapi yang melibatkan individu dengan kesukaran untuk berinteraksi seperti mangsa trauma, individu tertentu dengan kecelaruan spektrum autisme dan pelbagai kelompok lain yang peka secara sosial.[27][26][31]
Di sekeliling haiwan lain, cobberdog pada umumnya kekal tenang dan tidak menonjol. Kurang ada kelaziman untuk individu baka ini terlibat dalam pergaduhan akibat kecenderungan semula jadi anjing ini untuk berundur daripada konflik. Selalunya, cobberdog secara unik mampu berinteraksi dengan anjing yang pada umumnya tidak mampu bersekedudukan dengan anjing lain. Cobberdog dapat bersekedudukan dalam sesetengah keadaan dengan haiwan seperti kucing, burung, atau rodensia, walaupun baka ini pada umumnya sangat ingin tahu dan patut diawasi untuk mengelakkan kemudaratan atau pencerobohan yang tidak diingini.[26][34][45]
Jangka hayat dan penuaan
[sunting | sunting sumber]Menurut sesetengah sumber, cobberdog Australia mempunyai jangka hayat purata sebanyak sama ada 12–14 tahun atau 13–15 tahun, namun tiada bukti bagi kajian bermakna dan boleh sah yang ditunjukkan.[26][46] Ia mencapai status senior pada usia tujuh tahun dan mempunyai sasaran jangka sihat sebanyak enam belas tahun.[46] Kajian mendalam tentang proses penuaan yang spesifik bagi cobberdog dan kesan terhadap kegiatan, kesegaran, perangai, dan/atau kesihatan masih belum diterbitkan dengan cara rasmi. Dalam keadaan ini, lebih banyak maklumat dan pemerhatian diperlukan untuk piawaian boleh sah dan tetap.[46]
Peranan
[sunting | sunting sumber]Sebagai hasil daripada pembiakbakaan terpilih dan perangai semula jadi cobberdog Australia, baka ini dianggap unggul sebagai anjing terapi, haiwan khidmat, haiwan sokongan emosi, anjing teman, dan haiwan peliharaan isi rumah. Peranan ini banyak dibantu oleh sifat tidak menonjol cobberdog, sikap tenang, dan rasa empati umum.[26][34][35]
Kesihatan
[sunting | sunting sumber]Labradoodle dapat mengalami masalah yang lazim pada baka induknya. Pudel dan anjing pengutip Labrador dapat menghidap displasia pinggul. Baka induk juga dapat menghidap sebilangan kecelaruan mata.[47]
Displasia sendi
[sunting | sunting sumber]Displasia siku ialah isu lazim yang diketahui pada baka induk, serupa dengan displasia pinggul. Isu ini menjadi lebih prevalen akibat pertumbuhan pesat semasa peringkat anak anjing.[48][49]
Penyakit mata kongenital
[sunting | sunting sumber]Sebuah kajian mendapati bahawa labradoodle United Kingdom mempunyai insiden lebih tinggi (4.6%) bagi displasia retina multifokal (MRA) berbanding dengan anjing pengutip Labrador. Katarak adalah lazim juga (3.7%) tetapi prevalens adalah sebanding dengan prevalens pada labrador.[3]
Penyakit Addison
[sunting | sunting sumber]Terdapat bukti bagi sesetengah kejadian penyakit Addison pada labradoodle Australia.[4][50]
Jangkitan telinga
[sunting | sunting sumber]Labradoodle adalah sangat cenderung terhadap jangkitan telinga kerana telinga terkelepai panjangnya.[51]
Lihat juga
[sunting | sunting sumber]Catatan
[sunting | sunting sumber]- ↑ Jawi: لابرادودل
- ↑ Australian Labradoodle Association of America ("Persatuan Labradoodle Australia Amerika")[2] yang mewakili pembiak baka labradoodle, berkata bahawa haiwan ini 'pada umumnya dianggap sebagai anjing sihat' tetapi mempunyai sesetengah masalah lazim, tetapi ekstrem, seperti displasia pinggul dan siku.[1]
- ↑ Jawi: کوبردوݢ اءوستراليا; bahasa Inggeris: Australian cobberdog
- 1 2 Labradoodle berlapis bulu lurus dikatakan mempunyai lapis bulu "helaian", anjing berlapis bulu beralun mempunyai lapis bulu "biri-biri", dan anjing berlapis bulu keriting mempunyai lapis bulu "wul". Lapis bulu wul mempunyai keriting halus dan berpenampilan serupa dengan penampilan pudel, tetapi dengan tekstur lebih lembut. Lapis bulu biri-biri adalah lembut dan mengalir bebas, dengan penampilan keriting atau beralun. Lapis bulu helaian dapat bersifat keriting, lurus, atau beralun, tetapi bertekstur lebih serupa dengan lapis bulu labrador.[5]
Rujukan
[sunting | sunting sumber]- 1 2 3 4 5 Miller, Ryan W. (26 September 2019). "'A Frankenstein monster': Why the Labradoodle creator regrets breeding the dogs" ['Raksasa Frankenstein': Sebabnya pencipta labradoodle sesal biak bakakan anjing itu] (dalam bahasa Inggeris). USA Today. Dicapai pada 30 September 2025.
- 1 2 "Home" [Laman] (dalam bahasa Inggeris). Australian Labradoodle Association of America. 15 Januari 2016. Dicapai pada 30 September 2025.
- 1 2 Oliver, James Andrew Clive; Gould, David J. (14 April 2012). "Survey of ophthalmic abnormalities in the labradoodle in the UK" [Tinjauan keabnormalan mata pada labradoodle di United Kingdom]. Veterinary Record (dalam bahasa Inggeris). 170 (15). Wiley: 390. doi:10.1136/vr.100361. ISSN 2042-7670. PMID 22278634. S2CID 5932838.
- 1 2 Waitz, Krista (Oktober 2008). "Addison's Disease" [Penyakit Addison] (dalam bahasa Inggeris). Goldendoodles.com. Dicapai pada 3 Oktober 2025.
- 1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 11 Bennett Woolf, Norma (1 November 2006). Hot Dogs: Fourteen of the Top Designer Dogs [Hot Dogs: Empat Belas Anjing Pereka Teratas] (dalam bahasa Inggeris). Hauppauge, New York, Amerika Syarikat: B.E.S. Publishing. m/s. 20–29. ISBN 9780764135125. OCLC 74670981.
- ↑ "Labradoodle" [Labradoodle] (dalam bahasa Inggeris). Animal-World. Diarkibkan daripada yang asal pada 13 Disember 2012. Dicapai pada 3 Oktober 2025.
- ↑ "My Story: I Designed a Dog" [Kisah Saya: Saya Mereka Anjing] (dalam bahasa Inggeris). Reader's Digest. 8 September 2010. Diarkibkan daripada yang asal pada 14 Mac 2012. Dicapai pada 3 Oktober 2025.
- 1 2 "The world's first labradoodle" [Labradoodle pertama di dunia] (dalam bahasa Inggeris). Perbadanan Penyiaran British. 18 April 2023. Dicapai pada 1 Oktober 2025.
- ↑ Walker, Ben (6 Februari 2014). "Labradoodle creator laments designer dog craze" [Pencipta labradoodle rintih kegilaan anjing pereka] (dalam bahasa Inggeris). Associated Press. Diarkibkan daripada yang asal pada 24 April 2024. Dicapai pada 3 Oktober 2025.
- ↑ "Dog Breeds" [Baka Anjing] (dalam bahasa Inggeris). American Kennel Club. Dicapai pada 3 Oktober 2025.
- ↑ "AKC Announces New Program for Mixed Breeds" [AKC Mengumumkan Program Baharu untuk Baka Kacuk] (dalam bahasa Inggeris). American Kennel Club. 14 April 2009. Dicapai pada 3 Oktober 2025.
- ↑ "A Guide Dog with a difference" [Anjing Pandu dengan perbezaan] (PDF) (dalam bahasa Inggeris). Association of the Blind of WA. 7 September 2010. Diarkibkan daripada yang asal (pdf) pada 6 Julai 2011. Dicapai pada 3 Oktober 2025.
- ↑ "Busselton Guide Dog Graduation" [Graduasi Anjing Pandu Busselton] (dalam bahasa Inggeris). Association of the Blind of WA. Diarkibkan daripada yang asal pada 17 Februari 2011. Dicapai pada 3 Oktober 2025.
- ↑ "New dog in town" [Anjing baharu di pekan] (PDF) (dalam bahasa Inggeris). Association of the Blind of WA. 2 September 2010. Diarkibkan daripada yang asal (pdf) pada 6 Julai 2011. Dicapai pada 3 Oktober 2025.
- ↑ "Colchester: More than puppy love!" [Colchester: Lebih daripada cinta anak anjing!] (dalam bahasa Inggeris). Daily Gazette. 17 Jun 2008. Diarkibkan daripada yang asal pada 19 Februari 2014. Dicapai pada 3 Oktober 2025.
- ↑ Altonn, Helen (28 Jun 2004). "What do you get when you breed Labradors with poodles?" [Anda dapat apa apabila biak bakakan labrador dengan pudel?] (dalam bahasa Inggeris). Honolulu Star-Bulletin. Diarkibkan daripada yang asal pada 8 Januari 2008. Dicapai pada 3 Oktober 2025.
- 1 2 3 "FAQ: AUSTRALIAN LABRADOODLES" [SOALAN LAZIM: LABRADOODLE AUSTRALIA] (dalam bahasa Inggeris). Goldendoodles.com. Dicapai pada 30 September 2025.
- 1 2 3 "What is an Australian Cobberdog?" [Apakah Cobberdog Australia?] (dalam bahasa Inggeris). Australian Cobberdogs Labradoodles. 20 Februari 2021. Dicapai pada 30 September 2025.
- 1 2 3 4 5 6 7 "History of the Australian Cobberdog Breed" [Sejarah Baka Cobberdog Australia] (dalam bahasa Inggeris). australiancobberdog.com. Dicapai pada 30 September 2025.
- ↑ "Australian Labradoodle: Dog Breed Guide" [Labradoodle Australia: Panduan Baka Anjing] (dalam bahasa Inggeris). Dog Academy. 24 Ogos 2022. Dicapai pada 30 September 2025.
- ↑ "How do I define a pure Australian Labradoodle?" [Bagaimanakah saya mentakrifkan labradoodle Australia tulen?] (dalam bahasa Inggeris). Annabelle Doodles of New England. Dicapai pada 30 September 2025.
- 1 2 Ali, Muhammad Basil; Evans, Jacquelyn M.; Parker, Heidi G.; Kim, Jaemin; Pearce-Kelling, Susan Ellen; Whitaker, Dustin Thad; Plassais, Jocelyn; Khan, Qaiser Mahmood; Ostrander, Elaine Ann (10 September 2020). Barsh, Gregory Stefan (penyunting). "Genetic analysis of the modern Australian labradoodle dog breed reveals an excess of the poodle genome" [Analisis genetik bagi baka anjing labradoodle Australia moden mendedahkan lebihan genom pudel]. PLOS Genetics (dalam bahasa Inggeris). 16 (9) e1008956. PLOS. doi:10.1371/journal.pgen.1008956. ISSN 1553-7404. PMC 7482835. PMID 32911491. S2CID 221620444.
- 1 2 "HISTORY OF THE AUSTRALIAN COBBERDOG" [SEJARAH COBBERDOG AUSTRALIA] (dalam bahasa Inggeris). DOGKING Dogs. Dicapai pada 30 September 2025.
- 1 2 "THE QUALITY DOG" [ANJING BERMUTU] (dalam bahasa Inggeris). DOGKING Dogs. Dicapai pada 30 September 2025.
- 1 2 "Australian Cobberdogs" [Cobberdog Australia] (dalam bahasa Inggeris). Joreese Australian Cobberdogs. Dicapai pada 30 September 2025.
- 1 2 3 4 5 6 7 "Australian Cobberdog" [Cobberdog Australia] (dalam bahasa Inggeris). Bow Wow Meow Pet Insurance. 1 Disember 2022. Dicapai pada 30 September 2025.
- 1 2 3 "THE COBBERDOG AS A THERAPY DOG" [COBBERDOG SEBAGAI ANJING TERAPI] (dalam bahasa Inggeris). DOGKING Dogs. Dicapai pada 30 September 2025.
- ↑ "Home" [Laman] (dalam bahasa Inggeris). Jae Australian Cobberdogs. Dicapai pada 30 September 2025.
- 1 2 "Home" [Laman] (dalam bahasa Inggeris). australiancobberdog.com. Dicapai pada 30 September 2025.
- ↑ "Australian Cobberdogs" [Cobberdog Australia] (dalam bahasa Inggeris). emotivedogs.com. 16 Februari 2022. Dicapai pada 30 September 2025.
- 1 2 3 4 5 6 "The Breed Standard" [Piawaian Baka] (dalam bahasa Inggeris). Official Home of the Australian Cobberdog. 19 Disember 2018. Dicapai pada 30 September 2025.
- 1 2 3 Ausmate Australian Cobberdogs (16 Februari 2022). "Australian Cobberdog Breeder Explains What Sets Cobberdogs Apart" [Pembiak Baka Cobberdog Australia Jelaskan Perkara Bezakan Cobberdog] (dalam bahasa Inggeris). Yahoo! News. Dicapai pada 30 September 2025.
- 1 2 "Cobberdog and Cobberdog breeders" [Cobberdog dan pembiak baka cobberdog] (dalam bahasa Inggeris). Spring Hills Australian Cobberdogs. Dicapai pada 30 September 2025.
- 1 2 3 "Australian Cobberdog" [Cobberdog Australia] (dalam bahasa Inggeris). DogPack App. 19 September 2024. Dicapai pada 30 September 2025.
- 1 2 Lewis, Helen; Grigg, Russell (22 Disember 2023). "The UK and Mainland Europe" [United Kingdom dan Tanah Besar Eropah]. Dogs in School: Pedagogy and Practice for Happy, Healthy, and Humane Interventions [Anjing di Sekolah: Pedagogi dan Amalan untuk Campur Tangan Gembira, Sihat, dan Berperikemanusiaan] (dalam bahasa Inggeris). New York, New York, Amerika Syarikat: Routledge. ISBN 9781003828372. OCLC 1393656726.
- ↑ Hustace Walker, Joan (Jun 2017). Labradoodles: A Complete Pet Owner's Manual [Labradoodle: Panduan Lengkap Pemilik Haiwan Peliharaan] (dalam bahasa Inggeris) (ed. ke-4). Naperville, Illinois, Amerika Syarikat: Sourcebooks. m/s. 14. ISBN 9781438068787. OCLC 1314609369.
- ↑ "Home" [Laman] (dalam bahasa Inggeris). Australian Cobberdog Society. Dicapai pada 30 September 2025.
- ↑ "The Australian Cobberdog: Breed Standard" [Cobberdog Australia: Piawaian Baka] (pdf) (dalam bahasa Inggeris). Australian Cobberdog Society. Dicapai pada 1 Oktober 2025.
- 1 2 3 "The Four Main Labradoodle Sizes" [Empat Saiz Utama Labradoodle] (dalam bahasa Inggeris). Australian Cobberdogs Labradoodles. 20 Jun 2016. Diarkibkan daripada yang asal pada 30 Januari 2024. Dicapai pada 1 Oktober 2025.
- 1 2 "How big will my Ridgy Didge Cobberdog grow?" [Sebesar manakah akan Cobberdog Ridgy Didge saya tumbuh?] (dalam bahasa Inggeris). Ridgy Didge Cobberdogs. 18 Oktober 2019. Diarkibkan daripada yang asal pada 30 Januari 2024. Dicapai pada 1 Oktober 2025.
- ↑ "IALA Breed Standard (1997 revised 2007)" [Piawaian Baka IALA (1997 disemak 2007)] (dalam bahasa Inggeris). International Australian Labradoodle Association. Diarkibkan daripada yang asal pada 24 Oktober 2012. Dicapai pada 3 Oktober 2025.
- ↑ "THE HYPOALLERGENIC DOG" [ANJING HIPOALERGENIK] (dalam bahasa Inggeris). DOGKING Dogs. Dicapai pada 1 Oktober 2025.
- 1 2 "Cobberdog Coats" [Lapis Bulu Cobberdog] (dalam bahasa Inggeris). Ridgy Didge Cobberdogs. 20 Mac 2017. Diarkibkan daripada yang asal pada 30 Januari 2024. Dicapai pada 1 Oktober 2025.
- ↑ Jackson, Jacob (2 Jun 2023). Australian Cobberdog Activities [Kegiatan Cobberdog Australia] (dalam bahasa Inggeris). Desert Thrust. ISBN 9781395862251.
- ↑ "THE AUSTRALIAN COBBERDOG'S TEMPERAMENT" [PERANGAI COBBERDOG AUSTRALIA] (dalam bahasa Inggeris). DOGKING Dogs. Dicapai pada 1 Oktober 2025.
- 1 2 3 Ackerman, Lowell J., penyunting (2 Jun 2021). Pet-specific Care for the Veterinary Team [Jagaan Spesifik Haiwan Peliharaan untuk Pasukan Veterinar] (dalam bahasa Inggeris) (ed. ke-1). Hoboken, New Jersey, Amerika Syarikat: Wiley. m/s. 219, 988. doi:10.1002/9781119540687. ISBN 9781119540663. OCLC 1224584711.
- ↑ Lust, George; Williams, Alma Jo; Burton-Wurster, Nancy I.; Pijanowski, Gerald James; Beck, Kathy A.; Rubin, Gail; Smith, Gail Keen (1 Disember 1993). "Joint laxity and its association with hip dysplasia in Labrador Retrievers" [Kelonggaran sendi dan perkaitannya dengan displasia pinggul pada anjing pengutip Labrador]. American Journal of Veterinary Research (dalam bahasa Inggeris). 54 (12). Persatuan Perubatan Veterinar Amerika: 1990–1999. doi:10.2460/ajvr.1993.54.12.1990. ISSN 1943-5681. PMID 8116927. S2CID 19349021.
- ↑ Becker, Sharon (24 Jun 2017). "Common Health Issues and Life Expectancy of the Labradoodle" [Isu Kesihatan Lazim dan Jangka Hayat Labradoodle] (dalam bahasa Inggeris). Labradoodle Mix. Diarkibkan daripada yang asal pada 20 Mac 2017. Dicapai pada 3 Oktober 2025.
- ↑ Mäki, Katariina; Groen, Abraham Fulp; Liinamo, Anna-Elisa; Ojala, Matti Juhani (Oktober 2001). "Population structure, inbreeding trend and their association with hip and elbow dysplasia in dogs" [Struktur populasi, trend pembiakbakaan dalam, dan perkaitan kedua-duanya dengan displasia pinggul dan siku pada anjing]. Animal Science (dalam bahasa Inggeris). 73 (2). Cambridge University Press: 217–228. doi:10.1017/S1357729800058197. ISSN 1748-748X. S2CID 83423606.
- ↑ "Addison's Disease and the Labradoodle" [Penyakit Addison dan Labradoodle] (dalam bahasa Inggeris). Australian Labradoodle Association of America. Diarkibkan daripada yang asal pada 4 Mei 2009. Dicapai pada 3 Oktober 2025.
- ↑ "Ear infections in Dogs – Tips on Prevention and Treatment" [Jangkitan telinga pada Anjing – Petua untuk Pencegahan dan Rawatan] (dalam bahasa Inggeris). My Vet Animal Hospital. 13 Disember 2016. Diarkibkan daripada yang asal pada 1 Disember 2022. Dicapai pada 3 Oktober 2025.
Bacaan lanjut
[sunting | sunting sumber]- Donaldson-Evans, Catherine (25 Julai 2002). "Dogs Made to Order" [Anjing Dibuat untuk Dipesan] (dalam bahasa Inggeris). Fox News Channel. Dicapai pada 3 Oktober 2025.
- Rubin, Alex (7 Julai 2002). "Dogs: I'm A 'Labradoodle' Dandy" [Anjing: Saya Jurusolek Labradoodle] (dalam bahasa Inggeris). Newsweek. Diarkibkan daripada yang asal pada 23 Mac 2010. Dicapai pada 3 Oktober 2025.
Pautan luar
[sunting | sunting sumber]- "Home" [Laman] (dalam bahasa Inggeris). Australian Labradoodle Association of America. 15 Januari 2016. Dicapai pada 30 September 2025.
- "WALA | Worldwide Australian Labradoodles Association" (dalam bahasa Inggeris). Worldwide Australian Labradoodle Association. Dicapai pada 3 Oktober 2025.
- "FAQ: AUSTRALIAN LABRADOODLES" [SOALAN LAZIM: LABRADOODLE AUSTRALIA] (dalam bahasa Inggeris). Goldendoodles.com. Dicapai pada 30 September 2025.