Muhammad Ismi Mat Taib
Muhammad Ismi Mat Taib AP | |
|---|---|
| Ahli Parlimen Malaysia bagi Parit, Perak | |
| Menyandang jawatan 19 Disember 2022 | |
| Didahului oleh | |
| Majoriti | 2,155 (PRU-15) |
| Pengerusi Lembaga Pengarah LGM Properties Corporation | |
| Dalam jawatan 14 Mei 2020 – 11 November 2021 | |
| Didahului oleh | Yeaw Kok Kwey |
| Digantikan oleh | Haniza Mohamed Talha |
| Maklumat peribadi | |
| Lahir | 24 Mei 1974 Kampung Selboh, Parit, Perak, Malaysia |
| Parti politik | |
| Tempat belajar | Sarjana di Universiti Malaya Sarjana muda di Universiti Jordan |
Yang Berhormat Tuan Muhammad Ismi Mat Taib (lahir 24 Mei 1974) ialah ahli politik Malaysia berketurunan Melayu. Beliau kini berkhidmat sebagai Ahli Parlimen Parit. Di peringkat parti, beliau merupakan Yang Dipertua PAS Kawasan Parit dan Ahli Jawatankuasa Kerja Dewan Ulamak PAS Pusat.[1][2].
Beliau dilantik menjadi Pengerusi Lembaga Pengarah LGM Properties Corporation pada 14 Mei 2020[3].
Latar belakang
[sunting | sunting sumber]Muhammad Ismi dilahirkan pada 24 Mei 1974 di Kampung Selboh, Parit, Perak. Beliau memperoleh ijazah sarjana dalam Usuluddin Al-Quran & Al-Hadith dari Universiti Malaya dan ijazah sarjana muda Bahasa Arab dari Universiti Jordan.
Pencalonan senator
[sunting | sunting sumber]Muhammad Ismi pernah menjadi calon Ahli Dewan Negara mewakili Dewan Negeri Perak pada 2018. Walau bagaimanapun, beliau tewas kepada calon parti pemerintah dalam pengundian oleh ahli dewan negeri[4].
Pilihan Raya
[sunting | sunting sumber]Parlimen
[sunting | sunting sumber]| Tahun | Parlimen | Calon | Parti | Undi | Lawan | Parti | Undi | Majoriti |
|---|---|---|---|---|---|---|---|---|
| 2022 | Parit | Muhammad Ismi Mat Taib | PN (PAS) | 17,181 | Mohd Nizar Zakaria | BN (UMNO) | 15,026 | 2,155 |
| Nurthaqaffah Nordin | PH (AMANAH) | 5,063 | ||||||
| Faizol Fadzil | GTA (PEJUANG) | 275 | ||||||
| 2013 | Muhammad Ismi Mat Taib | PAS | 11,756 | Mohd Zaim Abu Hassan | BN (UMNO) | 16,253 | 4,497 |
Dewan Undangan Negeri (DUN)
[sunting | sunting sumber]| Tahun | DUN | Calon | Parti | Undi | Lawan | Parti | Undi | Majoriti |
|---|---|---|---|---|---|---|---|---|
| 2018 | Bota | Muhammad Ismi Mat Taib | PAS | 5,859 | Khairul Shahril Mohamed | BN (UMNO) | 7,411 | 1,822 |
| Azrul Hakkim Azhar | PH (BERSATU) | 4,070 | ||||||
| 2008 | Belanja | Muhammad Ismi Mat Taib | PAS | 4,286 | Mohd Zaim Abu Hassan | BN (UMNO) | 6,596 | 2,310 |
Rujukan
[sunting | sunting sumber]- ↑ "Senarai penuh AJK PAS Pusat, PJ & portfolio". Harakahdaily. Mei 6, 2017. Dicapai pada 27 November 2021.
{{cite web}}: CS1 maint: url-status (link) - ↑ "PRK Slim ukur keupayaan setiap pihak". Harakahdaily. Ogos 25, 2020. Dicapai pada 27 November 2021.
{{cite web}}: CS1 maint: url-status (link) - ↑ "Laporan Tahunan LGM Properties Corpoation 2020". Dicapai pada 27 November 2021.
{{cite web}}: CS1 maint: url-status (link) - ↑ Shamsul Kamal Amarudin dan Zahratulhayat Mat Arif (Ogos 13, 2018). "DUN Perak pilih senator". HMetro. Dicapai pada 20 Disember 2021.
{{cite web}}: CS1 maint: url-status (link)
- CS1 maint: url-status
- Kelahiran 1974
- Orang hidup
- Muslim Malaysia
- Anggota Parti Islam Se-Malaysia
- Alumni Universiti Malaya
- Anggota Dewan Ulamak PAS
- Alumni Universiti Jordan
- Orang dari Perak
- Ahli politik Malaysia berketurunan Melayu
- Ahli Dewan Rakyat, Parlimen Malaysia ke-15
- Anggota Kesatuan Ulama Muslim Antarabangsa
