Pergi ke kandungan

Nira

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Proses penyadapan tradisional nira enau

Nira (Jawi: ‏نيرا‎‎ serapan Sanskrit: नीर, rumi: nīra "air"[1]) atau lahang (Jawi: لاهڠ‎) adalah cairan yang manis yang diperoleh dari batang tanaman seperti tebu, bit, betari, mapel, atau tandan bunga (mayang) dari keluarga palma seperti enau, kelapa, kurma, nipah, sagu, tal dan sebagainya.[2][3]

Nira mengandungi gula antara 10-15%, air sekitar 85%, dan selainnya sisa zat surih protein, asid amino, asid organik, mineral, zat warna, dan lemak.[4] Cairan ini dapat diminum terus, ditapai menjadi tuak atau diolah lebih lanjut menjadi sirap, gula dan sebagainya.[5]

Pemerolehan

[sunting | sunting sumber]

Nira diperolehi dalam suatu kaedah disebutkan sebagai "penyadapan". Pokok yang ingin diambil niranya pada usia yang sesuai dilenturkan mayangnya sedikit demi sedikit dengan membalutnya pada daun kelapa muda. Proses ini berterusan sehingga seminggu bagi mengelakkan tangkai mayang itu patah. Mayang yang dilentur ini dibuang seludangnya dan dihiris sedikit demi sedikit menggunakan pisau penyadap ini, air nira yang terkeluar ditakung ke dalam buluh yang sepanjang kurang sekaki atau 2 liter.[6]

Isipadu air nira yang tertiris boleh bergantung kepada cuaca persekitaran. Di Filipina misalnya, petani nipah boleh mengagak ketibaan taufan yang biasa berlaku di rantau tersebut beberapa hari kemudian apabila isipadu nira sadapan harian menjadi sikit bahkan boleh terhenti cepat.[6]

Kandungan

[sunting | sunting sumber]
Segelas air nira segar.

Gula utama yang terkandung dalam nira adalah sukrosa lebih dari 12%.[7] Nira juga mengandung glukosa dan fruktosa dalam jumlah yang kecil saat nira baru disadap.

Nira bunga segar steril sepenuhnya, namun boleh segera dicemari mikrob yang hidup pada bekas sadapannya yang dapat menghidrolisis sukrosa menjadi glukosa dan fruktosa; nira yang sudah tertapai dengan kadar pH kurang dari 5.5 atau kadar gula berkurangan lebih dari 8% boleh memekat malah tidak dapat mengetul sesuai membuat gula melaka.[8] Penyadap nira biasanya menambah bahan tertentu ke dalam nira ditakung untuk mengelakkan penapaian semula jadi, sama ada menggunakan natrium benzoat (antara 0.05–0.2%) atau kapur (antara 0.7– 1.2%)[9] sehingga pH nira ditinggikan relatif lebih dari 7.

  1. ↑ Hoogervorst, Tom G. (2023). "Lexical Influence from South Asia". Dalam Klamer, Marian; Moro, Francesca (penyunting). Traces of Contact in the Lexicon. Brill. m/s. 38. ISBN 978-90-04-52893-2.
  2. ↑ M. Muin Baharuddin; H. Bandaso. "Pemanfaatan nira aren (Arenga pinnata Merr.) sebagai bahan pembuatan gula putih kristal". Jurnal Perennial. 3 (2): 40-43.
  3. ↑ Muhafandi Muhamad (27 April 2021). "Ramadan 2021: Air nira kurma laris 10 kali ganda". Astro Awani. Dicapai pada 28 November 2021.
  4. ↑ A. Iskandar & L.Y. Darusalam (2020). "Karakteristik nira kelapa fermentasi dengan metode fermentasi Moromi". Jurnal Teknologi Industri Pertanian, 30 (2): 244-255 (2020). DOI:10.24961/j.tek.ind.pert.2020.30.2.244
  5. ↑ "Nira" (PDF). Warintek. Diarkibkan daripada yang asal (PDF) pada 1 Ogos 2014.
  6. 1 2 Gibbs, H. D. (Apr 1911). "The Alcohol Industry of the Philippine Islands". The Philippine Journal of Science. IV (2). The Bureau of Science of the Government of The Philippine Islands: 115–8.
  7. ↑ Hesty Heryani (2016). Keutamaan gula aren dan strategi pengembangan produk. Banjarmasin: Lambung Mangkurat Univ. Press. m/s. 27–8. ISBN 978-602-6483-05-8.
  8. ↑ J. Pontoh (26 - 27 September 2012). Metode analisa dan komponen kimia dalam nira dan gula aren. Prosiding Seminar Nasional Aren. Aren Untuk Pangan dan Alternatif Energi Terbarukan". Balikpapan. m/s. 67. {{cite conference}}: Penanda italik atau tebal tidak dibenarkan dalam: |work= (bantuan); Semak nilai tarikh dalam: |date= (bantuan)
  9. ↑ "Apa itu Nira Kelapa?".{{cite web}}: CS1 maint: url-status (pautan)