Perikatan Nasional
Perikatan Nasional ڤريکاتن ناسيونل | |
|---|---|
| Singkatan | PN |
| Pengerusi | Ahmad Samsuri Mokhtar |
| Setiausaha agung | Takiyuddin Hassan |
| Jurucakap | Annuar Musa |
| Timbalan Pengerusi | Dominic Lau Hoe Chai Punithan Paramsiven Tuan Ibrahim Tuan Man Mukhriz Mahathir Hamzah Zainudin |
| Bendahari Agung | Subramaniam Surunaryan |
| Ketua Wanita | Kosong |
| Ketua Pemuda | Afnan Hamimi Taib Azamudden |
| Ketua Pengarah Pilihan Raya | Muhammad Sanusi Md Nor |
| Pengasas | |
| Diasaskan | 23 Februari 2020 |
| Didaftarkan | 7 Ogos 2020 |
| Pecahan | Pakatan Harapan (PH) (BERSATU) Gagasan Sejahtera (GS) (PAS) Barisan Nasional (BN) (GERAKAN) |
| Ibu pejabat | Level SA-2, Menara RKT, No 36 Jalan Raja Abdullah Off Jalan Sultan Ismail 50300 Kuala Lumpur |
| Akhbar | Harakah |
| Keanggotaan | |
| Ideologi |
|
| Kedudukan politik | Haluan kanan hingga pelampau kanan |
| Hubungan kebangsaan | Barisan Nasional (2020–2022)[a] |
| Warna | Biru gelap and putih |
| Slogan | Mengeratkan perpaduan Satukan rakyat bersama Perikatan Nasional Bersih dan Stabil |
| Lagu | Kami Perikatan Nasional |
| Dewan Negara | 8 / 70
|
| Dewan Rakyat | 49 / 222
|
| Dewan Undangan Negeri | 155 / 607
|
| Menteri Besar dan Ketua Menteri | 4 / 13
|
| Simbol pilihan raya | |
(seluruh Malaysia kecuali Kelantan dan Terengganu) (hanya di Kelantan dan Terengganu) | |
| Bendera parti | |
| sunting · sunting di Wikidata | |
Perikatan Nasional (singkatan: PN), juga dikenali sebagai PERIKATAN[1][2] ialah gabungan parti politik rasmi di Malaysia yang terdiri daripada 6 buah parti komponen. Parti ini didaftarkan pada tarikh 7 Ogos 2020 dan disahkan pada September 2020 selepas lima bulan mentadbir Kerajaan Persekutuan Malaysia dari tarikh penubuhan kerajaan baru Malaysia pada 10 Mac 2020. Parti Perikatan Nasional telah didaftarkan di bawah Pendaftaran Pertubuhan (ROS) dan penggunaan logo serta bendera parti tersebut telah diluluskan oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Malaysia. Penubuhan parti ini dipengaruhi oleh Kabinet Muhyiddin (juga dikenali sebagai Kabinet Pertama Mahiaddin Yassin) yang ditubuhkan pada 10 Mac 2020. Gabungan ini didahului oleh Persatuan Perikatan Parti Malaysia (PPPM).[3]
PN menang 73 kerusi pada Pilihan raya umum Malaysia 2022 dan menjadi blok kedua terbesar selepas Pakatan Harapan di Dewan Rakyat. PN di Dewan Rakyat diketuai oleh Hamzah Zainudin sebagai Ketua Pembangkang. PN juga merupakan kerajaan pemerintah di empat buah negeri iaitu Perlis, Kedah, Kelantan dan Terengganu manakala pembangkang di negeri-negeri yang lain kecuali di Sarawak dan Johor kerana tiada sebarang wakil.
Maklumat lanjut
Perikatan Nasional merupakan Kerajaan Pemerintah Malaysia dari bulan Mac 2020 sehingga bulan Ogos 2021 selepas peletakkan jawatan jemaah-jemaah menteri di dalam Kabinet Kerajaan Perikatan Nasional rentetan daripada peletakan jawatan Perdana Menteri Malaysia Ke-8, Tan Sri Muhyiddin Yassin. Selepas perbincangan antara parti komponen Perikatan Nasional diadakan, kelangsungan pentadbiran Perikatan Nasional sebagai parti pemerintah Malaysia diteruskan dengan pelantikan Datuk Seri Ismail Sabri (dari UMNO) sebagai Perdana Menteri Malaysia Ke-9 setelah diperkenankan oleh DYMM Seri Paduka Baginda Yang Dipertuan Agong kerana kerusi Parlimen PN lebih besar berbanding kerusi Perlimen BN dan UMNO. Walaubagaimanapun, Setiausaha Agung UMNO, Ahmad Maslan menjelaskan bahawa Kepemimpinan UMNO tidak mengiktiraf kerajaan Ismail Sabri sebagai "Kerajaan Perikatan Nasional" melainkan "Kerajaan Malaysia".[4]
Parti Gerakan Rakyat Malaysia telah diterima sebagai parti komponen kelima yang sah pada 11 Februari 2021 setelah menghantar surat permohonan untuk menyertai Parti Perikatan Nasional yang dibuat pada tahun 2020 lalu.[5] Parti GERAKAN juga secara rasmi menjadi parti komponen ketiga dari Semenanjung Malaysia di dalam gabungan Perikatan Nasional selepas Parti Islam Se-Malaysia, dan Parti Pribumi Bersatu Malaysia.
Sejarah
Penubuhan dan pembentukan kerajaan
Parti Perikatan Nasional telah didaftarkan pada 7 Ogos 2020. Ia didaftarkan di bawah Kategori Politik, selaras peruntukan Akta Pertubuhan 1966 (Akta 335)[6]. Ia terdiri daripada tiga buah parti komponen iaitu Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU), Parti Islam Se-Malaysia (PAS) dan Parti Gerakan Rakyat Malaysia (GERAKAN).[7]
Pada peringkat awal, Kongres India Malaysia (MIC) juga terlibat dalam pembentukan parti ini[8]. Namun pada 27 Ogos 2020, MIC mengambil keputusan untuk menarik diri sebagai menuruti keputusan Dewan Tertinggi Barisan Nasional (BN) yang disertai MIC.[9]
UMNO tidak menyertai Parti Perikatan Nasional kerana telah menjadi parti komponen dalam Barisan Nasional bersama Persatuan Cina Malaysia (MCA), Kongres India Malaysia (MIC) dan Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS).
Gabungan Parti Sarawak dan Parti Bersatu Sabah juga hanya berminat untuk menjadi parti yang menyokong pembentukan sebuah kerajaan campuran di peringkat Persekutuan Malaysia. Persetujuan oleh Barisan Nasional, Gabungan Parti Sarawak dan Parti Bersatu Sabah yang bersama-sama menyokong Parti Perikatan Nasional telah membentuk kerajaan campuran pertama di peringkat Persekutuan Malaysia.
Parti Gerakan Rakyat Malaysia telah diterima sebagai parti komponen kelima terbaharu dalam Parti Perikatan Nasional setelah mendapat sokongan penuh Majlis Tertinggi Parti Perikatan Nasional. Pengerusi Parti Perikatan Nasional, Tan Sri Muhyiddin Yassin telah menyerahkan surat pernyataan penerimaan parti tersebut di Perdana Putra kepada Presidennya, Dominic Lau Hoe Chai pada 11 Februari 2021, sehari sebelum perayaan Tahun Baru Cina.[10]
Perikatan Nasional terus menjadi parti utama dalam pembentukan kerajaan baharu Malaysia yang dipimpin oleh Perdana Menteri Malaysia, Ismail Sabri Yaakob dari Barisan Nasional. Beliau merupakan pemimpin pertama yang bukan dari kalangan Pengerusi Barisan Nasional dan Presiden UMNO yang dilantik sebagai Perdana Menteri Malaysia ketika menjawat jawatan sebagai Naib Presiden UMNO.
Nama beliau telah dicalonkan oleh Perdana Menteri Malaysia ke-8 dan Pengerusi Perikatan Nasional, Tan Sri Muhyiddin Yassin bagi menggantikan tempat beliau yang telah kehilangan sokongan majoriti Ahli Dewan Rakyat Malaysia. Ismail Sabri juga merupakan Timbalan Perdana Menteri Malaysia ke-13 ketika Tan Sri Muhyiddin Yassin menjadi Perdana Menteri Malaysia ke-8 dari tahun 2020 hingga tahun 2021.[11]
Pilihan Raya Umum 2022 dan menjadi pembangkang
Dalam Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15), PN bertanding di 169 kerusi Parlimen, dengan BERSATU bertanding di 74 kerusi, PAS di 64 kerusi, GERAKAN di 20 kerusi dan calon bersekutu di 11 kerusi.[12] Keputusan pilihan raya pada 19 November menyaksikan tiada parti atau gabungan memperoleh majoriti mudah di Dewan Rakyat. PN pada awalnya memenangi 73 kerusi Parlimen, berbanding 82 kerusi yang dimenangi Pakatan Harapan (PH).[13]
Selepas Anwar Ibrahim dilantik sebagai Perdana Menteri dan membentuk Kerajaan Perpaduan, PN berada di blok pembangkang. PN kemudian memenangi pilihan raya tertangguh bagi kerusi Parlimen Padang Serai pada 7 Disember, menjadikan jumlah kerusi Parlimennya sebanyak 74.[14] Pada 10 Disember, PN memilih Ahli Parlimen Larut Hamzah Zainudin sebagai Ketua Pembangkang, manakala Muhyiddin kekal sebagai ketua Ahli Parlimen PN.[15]
Pilihan raya negeri 2023
Pada pilihan raya negeri di enam negeri yang diadakan pada 12 Ogos 2023, PN mengekalkan pentadbiran negeri di Kedah, Kelantan dan Terengganu, manakala gabungan PH–Barisan Nasional (BN) mengekalkan Selangor, Negeri Sembilan dan Pulau Pinang.[16] Di Terengganu, PN memenangi kesemua 32 kerusi Dewan Undangan Negeri, manakala di Kedah dan Kelantan gabungan itu turut memperoleh majoriti untuk membentuk kerajaan negeri.[17]
Perubahan kepimpinan dan ketegangan PAS–BERSATU
Pada 30 Disember 2025, Muhyiddin mengumumkan peletakan jawatannya sebagai Pengerusi PN berkuat kuasa 1 Januari 2026.[18] Beberapa pemimpin kanan BERSATU turut melepaskan jawatan masing-masing dalam organisasi PN pada hari yang sama.[19] Pada 22 Februari 2026, Naib Presiden PAS dan Menteri Besar Terengganu Ahmad Samsuri Mokhtar dilantik sebagai Pengerusi PN yang baharu.[20] Beliau kemudiannya dilantik sebagai Ketua Pembangkang di Dewan Rakyat pada 16 Mei, menggantikan Hamzah Zainudin.[21]
Hubungan antara PAS dan BERSATU semakin meruncing pada 2026. Pada 8 Jun, PAS secara rasmi memutuskan untuk menghentikan kerjasama politik dengan BERSATU selepas mesyuarat khas Jawatankuasa Kerja Pusat parti itu.[22] Walau bagaimanapun, kedudukan BERSATU sebagai parti anggota PN kemudiannya menjadi pertikaian. Pada 7 Ogos, Presiden PAS Abdul Hadi Awang mendakwa BERSATU telah terkeluar secara automatik daripada PN, manakala Setiausaha Agung BERSATU Mohamed Azmin Ali menolak dakwaan itu dan menyatakan bahawa kedudukan keanggotaan BERSATU hanya boleh diputuskan mengikut peruntukan Perlembagaan PN.[23] Ahmad Samsuri turut menyatakan pada 9 Ogos bahawa BERSATU masih merupakan anggota PN.[24]
Dalam tempoh yang sama, Parti Wawasan Negara secara rasmi menjadi anggota PN pada Julai 2026 selepas Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (RoS) meluluskan pertukaran nama Parti Cinta Malaysia kepada parti tersebut.[25] Pada Pilihan Raya Negeri Sembilan 2026, BN memenangi 18 kerusi manakala PN memperoleh tujuh kerusi. Kedua-dua gabungan kemudiannya membentuk kerajaan negeri bersama, dengan empat daripada kerusi PN dimenangi PAS dan tiga oleh Parti Wawasan Negara.[26]
Pertikaian dengan Jabatan Pendaftaran Pertubuhan
Pada 11 Ogos 2026, Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (RoS) mengesahkan menerima aduan rasmi daripada BERSATU berhubung dakwaan bahawa parti itu tidak dilibatkan dalam Mesyuarat Majlis Tertinggi PN pada 16 Julai serta isu berkaitan status keanggotaannya dalam gabungan tersebut.[27]
Pada 22 September, RoS mengeluarkan notis kepada PN di bawah subseksyen 13(2) Akta Pertubuhan 1966 bagi memberikan peluang kepada gabungan itu menjawab aduan berkenaan. RoS kemudiannya mengeluarkan perintah di bawah subseksyen 13(2A) yang menggantung semua kegiatan PN berkuat kuasa 23 September sehingga diberitahu kelak.[27] RoS menjelaskan bahawa tindakan tersebut bukan keputusan untuk membatalkan pendaftaran PN.[27]
Pada 20 Oktober, RoS mengumumkan batal pendaftaran Perikatan Nasional di bawah Pendaftar Pertubuhan di bawah subperenggan 13(1)(c)(iv) Akta Pertubuhan 1966 [Akta 832] selepas mendapati penjelasan yang dikemukakan parti itu tidak dapat menyangkal asas pembatalan seperti dinyatakan dalam notis sebelum ini.[28]
Struktur kepimpinan
Majlis Presiden
- Majlis Presiden
- Abdul Hadi Awang (PAS)
- Hamzah Zainudin (WAWASAN)
- Dominic Lau Hoe Chai (GERAKAN)
- Punithan Paramsiven (MIPP)
- Mukhriz Mahathir (PEJUANG)
Majlis Tertinggi / Majlis Eksekutif
- Pengerusi:
- Ahmad Samsuri Mokhtar (PAS)
- Timbalan Pengerusi:
- Hamzah Zainudin (WAWASAN)
- Dominic Lau Hoe Chai (GERAKAN)
- Punithan Paramsiven (MIPP)
- Tuan Ibrahim Tuan Man (PAS)
- Mukhriz Mahathir (PEJUANG)
- Setiausaha Agung:
- Takiyuddin Hassan (PAS)
- Timbalan Setiausaha Agung
- Wong Chia Zhen (GERAKAN)
- Bendahari Agung
- Subramaniam Surunaryan (MIPP)
- Ketua Penerangan
- Annuar Musa (PAS)
- Ketua Wanita
- Kosong
- Ketua Pemuda
- Pengarah Pilihan Raya
- Muhammad Sanusi Md Nor (PAS)
- Setiausaha Eksekutif
- Mohd Zaidy Abdul Talib (PAS)
- Ahli Majlis Tertinggi
- Idris Ahmad (PAS)
- Rosni Adam (PAS)
- Oh Tong Keong (GERAKAN)
- Baljit Singh Jigiri Singh (GERAKAN)
- Sivakumar Krishnan (MIPP)
- Sathes Kumar Nilamaham (MIPP)
- Akan ditentukan kelak (PEJUANG)
- Akan ditentukan (PEJUANG)
- Akan ditentukan (WAWASAN)
- Akan ditentukan (WAWASAN)
- Pengerusi Negeri:
- Johor: Sahruddin Jamal (BERSATU)
- Kedah: Muhammad Sanusi Md Nor (PAS)
- Kelantan: Ahmad Yakob (PAS)
- Melaka: Kosong
- Negeri Sembilan: Mohd Fairuz Mohd Isa (PAS)
- Pahang: Tuan Ibrahim Tuan Man (PAS)
- Pulau Pinang: Dominic Lau Hoe Chai (GERAKAN)
- Perak: Kosong
- Perlis: Shahidan Kassim (PAS)
- Wilayah Persekutuan: Kosong
- Sabah: Aliakbar Gulasan (PAS)
- Sarawak: Kosong
- Selangor: Kosong
- Terengganu: Alias Razak (PAS)
Parti komponen
| Logo | Nama | Ideologi | Kedudukan | Pemimpin | Kerusi ditandingi | Keputusan 2022 | Kerusi semasa | Kerusi Badan Perundangan Negeri | |||
|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|
| Undi (%) | Kerusi | Komposisi | |||||||||
| Parti Komponen | |||||||||||
| PAS | Parti Islam Se-Malaysia | Islamisme | Pelampau kanan | Abdul Hadi Awang | 61 | 14.56% | 43 / 222 |
43 / 68 |
149 / 611 | ||
| WAWASAN | Parti Wawasan Negara | Konservatisme sosial | Haluan kanan | Hamzah Zainudin | 0 / 222 |
6 / 68 |
5 / 611 | ||||
| GERAKAN | Parti Gerakan Rakyat Malaysia | Liberalisme | Sentrisme | Dominic Lau Hoe Chai | 23 | 1.97% | 0 / 222 |
0 / 68 |
1 / 611 | ||
| MIPP | Parti Rakyat India Malaysia | Kepentingan orang India Malaysia | Kanan tengah dan Haluan kanan | Punithan Paramsiven | 0 / 222 |
0 / 68 |
0 / 611 | ||||
| PEJUANG | Parti Pejuang Tanah Air | Ketuanan Melayu | Haluan kanan | Mukhriz Mahathir | 68 | 0.57% | 0 / 222 |
0 / 68 |
0 / 611 | ||
| Keahlian dipertikaikan | |||||||||||
| BERSATU (keahlian dipertikaikan) | Parti Pribumi Bersatu Malaysia | Ketuanan Melayu | Haluan kanan | Muhyiddin Yassin | 87 | 13.55% | 31 / 222 |
19 / 68 |
58 / 611 | ||
Friends of PN
- Parti Tindakan Hak Minoriti (MIRA) (sejak 2023)
- Parti Perikatan India Muslim Nasional (IMAN) (sejak 2023)
- Barisan Jemaah Islamiah Se-Malaysia (BERJASA) (2020-2022, sejak 2026)
Bekas parti komponen
- Parti Solidariti Tanah Airku (STAR), (2020–2022)[29]
- Parti Maju Sabah (SAPP), (2020–2024)[30]
Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU), (2020–2026)[31](keahlian dipertikaikan[32])
Kerjasama politik

Pada tahun 2020 sehingga tahun 2022, Parti Perikatan Nasional menjadi salah satu parti yang membentuk dan mengetuai sebuah kerajaan campuran, iaitu Kerajaan Perikatan Nasional di peringkat Persekutuan Malaysia bersama-sama Barisan Nasional, Gabungan Parti Sarawak, Parti Bersatu Sabah dan Ahli Parlimen Bebas. Ia juga mendokong Muafakat Nasional yang disertai oleh kedua-dua parti utamanya, PAS dan BERSATU.
Kerajaan campuran negeri juga terdapat di Kedah, Kelantan dan Terengganu, diketuai oleh Parti Perikatan Nasional, manakala kerajaan campuran di Perlis, Perak, Melaka, Johor, Pahang pula diketuai oleh Barisan Nasional.
Wakil Rakyat
Ahli Dewan Negara
| Lantikan | Ahli | Parti | Penggal | Tempoh | Catatan |
|---|---|---|---|---|---|
| Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz, YB Senator Tuan Haji | PAS | Kedua | 7 Julai 2026 - 6 Julai 2029 | ||
| Wan Martina Wan Yusoff, YB Senator Dr. | PAS | Kedua | 24 Ogos 2024 - 23 Ogos 2027 | ||
| Che Alias Hamid, YB Senator Tuan | PAS | Kedua | 24 November 2024 - 23 November 2027 | ||
| Hussin Ismail, YB Senator Tuan Haji | PAS | Kedua | 23 April 2026 - 22 April 2029 | ||
| Baharuddin Ahmad, YB Senator Tuan Haji | PAS | Pertama | 10 September 2024 - 9 September 2027 | ||
| Azahar Hassan, YB Senator Tuan | WAWASAN | Pertama | 10 September 2024 - 9 September 2027 | ||
| Abd Nasir Idris, YB Senator Tuan Haji | PAS | Kedua | 20 Mac 2026 - 19 Mac 2029 | ||
| Musoddak Ahmad, YB Senator Tuan | PAS | Kedua | 20 Mac 2026 - 19 Mac 2029 |
Ahli Dewan Rakyat
Ahli Dewan Undangan Negeri
Keputusan pilihan raya umum
| Pilihan raya | Jumlah kerusi menang | Kerusi ditandingi | Peratusan kerusi | Jumlah pengundi | Peratusan pengundi | Keputusan Pilihan raya | Ketua Pilihan raya |
|---|---|---|---|---|---|---|---|
| PRU - 14 (di bawah gabungan PH) |
13 / 222 kemudian 52 / 222 kemudian 55 / 222 |
10.59% kemudian 27.36% kemudian 45.20% |
2,794,827 | 33.96% | ▲55 kerusi; Kerajaan | Mahathir Mohamad | |
| PRU-15 |
74 / 222 |
171 | 33.33% | 4,700,819 | 30.35% | ▲19 kerusi; Pembangkang | Muhyiddin Yassin |
Keputusan pilihan raya negeri
Sejarah kepimpinan parti
Senarai pengerusi perhubungan negeri
| Negeri | Nama | Parti | Tempoh |
|---|---|---|---|
| Johor | Muhyiddin Yassin | BERSATU | 05.01.2021 - 12.06.2022 |
| Sahruddin Jamal | BERSATU | 12.06.2022 - 30.12.2025 | |
| Kelantan | Ahmad Yakob | PAS | Sejak 05.01.2021 |
| Terengganu | Ahmad Samsuri Mokhtar | PAS | Sejak 05.01.2021 |
| Kedah | Muhammad Sanusi Md Nor | PAS | Sejak 05.01.2021 |
| Sabah | Hajiji Noor | BERSATU | 05.01.2021 - 10.12.2022 |
| Ronald Kiandee | BERSATU | Sejak 11.12.2022 | |
| Selangor | Mohamed Azmin Ali | BERSATU | 05.01.2021 - 31.12.2025 |
| Perak | Ahmad Faizal Azumu | BERSATU | 05.01.2021 - 31.12.2025 |
| Pahang | Saifuddin Abdullah | BERSATU | 05.01.2021 - 27.10.2025 |
| Tuan Ibrahim Tuan Man | PAS | Sejak 28.10.2025 | |
| Negeri Sembilan | Eddin Syazlee Shith | BERSATU | 05.01.2021 - 01.06.2023 |
| Ahmad Faizal Azumu | BERSATU | 02.06.2023 - 11.02.2024 | |
| Mohamad Hanifah Abu Baker | BERSATU | 12.02.2024 - 31.12.2025 | |
| Pulau Pinang | Shabudin Yahaya | BERSATU | 05.01.2021 - 12.06.2022 |
| Dominic Lau Hoe Chai | GERAKAN | Sejak 12.06.2022 | |
| Melaka | Mohd Rafiq Naizamohideen | BERSATU | 05.01.2021 - 26.11.2021 |
| Mohd Yadzil Yaakub | BERSATU | 26.11.2021 - 27.10.2025 | |
| Mas Ermieyati Samsudin | BERSATU | Sejak 28.10.2025 | |
| Sarawak | Jaziri Alkaf Abdillah Suffian | BERSATU | 05.01.2021 - 31.12.2025 |
| Wilayah Persekutuan | Muhammad Suhaimi Yahya | BERSATU | 05.01.2021 - 03.03.2023 |
| Suhaili Abdul Rahman | BERSATU | 08.03.2023 - 02.11.2023 | |
| Radzi Jidin | BERSATU | Sejak 2.11.2023 | |
| Perlis | Mohd Shukri Ramli | PAS | 05.01.2021 - 27.10.2025 |
| Shahidan Kassim | PAS | Sejak 28.10.2025 |
Nota
Rujukan
- ↑ PN Official, Leadership (2020-03-23). "Persatuan Perikatan Parti Malaysia (PPPM) telah menjadi Gabungan rasmi politik yang dikenali sebagai Parti Perikatan Nasional (PN)". Gabungan Perikatan Nasional. Dicapai pada 2020-03-23.
- ↑ "PERIKATAN on proposal to form perak government with UMNO"
- ↑ PN Official, Leadership (2020-03-23). "Persatuan Perikatan Parti Malaysia (PPPM) telah menjadi Gabungan rasmi politik yang dikenali sebagai Parti Perikatan Nasional (PN)". Gabungan Perikatan Nasional. Dicapai pada 2020-03-23.
- ↑ Umno dan Bersatu tak sefahaman isu nama kerajaan baru
- ↑ Gerakan berhasrat sertai Perikatan Nasional - Presiden
- ↑ Muhammad Yusri Muzamir (14 September 2020). "Pendaftaran Perikatan Nasional sudah lulus 7 Ogos". Bharian. Dicapai pada 20 Disember 2020.
{{cite news}}: Cite has empty unknown parameter:|dead-url=(bantuan) - ↑ Zahid Sahkan MIC, PPBM dan PAS sertai PN, Dicapai pada 23 Ogos 2020
- ↑ Zahid Sahkan MIC, PPBM dan PAS sertai PN, Dicapai pada 23 Ogos 2020
- ↑ PN: MIC tarik diri ikut keputusan Dewan Tertinggi BN, Berita Harian, Dicapai pada 27 Ogos 2020
- ↑ Gerakan diterima sertai Perikatan Nasional
- ↑ PN hanya namakan Ismail Sabri calon Perdana Menteri
- ↑ "PRU15: PN tanding 169 kerusi Parlimen, 116 DUN". Bernama. 1 November 2022. Dicapai pada 25 September 2026.
- ↑ "PRU15: Tiada parti dapat majoriti mudah kerusi Parlimen - Pengerusi SPR". Bernama. 20 November 2022. Dicapai pada 25 September 2026.
- ↑ "PRU15: PN menang kerusi Padang Serai dengan majoriti 16,260 undi". Bernama. 8 Disember 2022. Dicapai pada 25 September 2026.
- ↑ "Hamzah Zainudin Ketua Pembangkang Dewan Rakyat - Takiyuddin". Bernama. 10 Disember 2022. Dicapai pada 25 September 2026.
- ↑ "PRN: PH-BN, PN masing-masing kuasai tiga negeri". Bernama. 13 Ogos 2023. Dicapai pada 25 September 2026.
- ↑ "Enam PRN Dan PRK, Pemecatan Ahli, Hangatkan Suhu Politik Negara Sepanjang 2023". Bernama. 15 Disember 2023. Dicapai pada 25 September 2026.
- ↑ "Muhyiddin Letak Jawatan Pengerusi PN". Bernama. 30 Disember 2025. Dicapai pada 25 September 2026.
- ↑ "Selepas Muhyiddin, Empat Pimpinan Utama Bersatu Letak Jawatan Dalam PN". Bernama. 30 Disember 2025. Dicapai pada 25 September 2026.
- ↑ "Ahmad Samsuri Dilantik Pengerusi PN Baharu". Bernama. 22 Februari 2026. Dicapai pada 25 September 2026.
- ↑ "Ahmad Samsuri Ketua Pembangkang Baharu Dewan Rakyat". Bernama. 16 Mei 2026. Dicapai pada 25 September 2026.
- ↑ "PAS Hentikan Kerjasama Politik Dengan Bersatu". Bernama. 9 Jun 2026. Dicapai pada 25 September 2026.
- ↑ "Hadi Dakwa Bersatu Terkeluar PN, Azmin Tegaskan Masih Anggota Sah". Bernama. 7 Ogos 2026. Dicapai pada 25 September 2026.
- ↑ "Kemelut PN: RoS Digesa Segera Campur Tangan - Tun Faisal". Bernama. 9 Ogos 2026. Dicapai pada 25 September 2026.
- ↑ "Parti Wawasan Negara Sah Jadi Anggota PN - Takiyuddin". Bernama. 14 Julai 2026. Dicapai pada 25 September 2026.
- ↑ "BN Kembali Terajui Negeri Sembilan Selepas Lapan Tahun, Bentuk Kerajaan Negeri Bersama PN". Bernama. 2 Ogos 2026. Dicapai pada 25 September 2026.
- 1 2 3 "Notis Terhadap PN Bukan Keputusan Batal Pendaftaran - RoS". Bernama. 24 September 2026. Dicapai pada 25 September 2026.
- ↑ Astro AWANI (20 October 2026). "[TERKINI] RoS batal pendaftaran Perikatan Nasional". www.astroawani.com.
- ↑ https://www.astroawani.com/berita-politik/star-sah-tinggalkan-pn-jeffrey-kitingan-395238
- ↑ Reporters, F. M. T. (14 December 2024). "SAPP umum keluar PN, kata presiden". Free Malaysia Today | FMT.
- ↑ Abdullah, Mohd Shariza (2026-08-07). "Bersatu secara automatik keluar PN - Abdul Hadi". Utusan Malaysia. Dicapai pada 2026-08-07.
- ↑ "Bersatu still part of Perikatan, says coalition chief Ahmad Samsuri". The Star (dalam bahasa Inggeris). 2026-08-09. Dicapai pada 2026-08-10.
- ↑ Muhammad Yusri Muzamir (14 September 2020). "Pendaftaran Perikatan Nasional sudah lulus 7 Ogos". Bharian. Dicapai pada 20 Disember 2020.
{{cite news}}: Cite has empty unknown parameter:|dead-url=(bantuan) - ↑ https://www.freemalaysiatoday.com/category/bahasa/tempatan/2026/05/08/bersatu-pecat-2-adun-gantung-5-mp?fbclid=IwY2xjawRqub5leHRuA2FlbQIxMQBzcnRjBmFwcF9pZAwzNTA2ODU1MzE3MjgAAR5mL_1xmjFztNxfo2eMD2KaBgcRTk-pEr3n2ZAv-Yl6V5qH0TZyvj4ZOVHYVA_aem_8692ZfY3stuGqXLx7bfaSA
- ↑ https://www.sinarharian.com.my/article/779042/berita/politik/bersatu-pecat-dua-adun-gantung-empat-pemimpin-termasuk-tiga-ahli-parlimen?fbclid=Iwb21leARqqqBjbGNrBGqqiWV4dG4DYWVtAjExAHNydGMGYXBwX2lkDDM1MDY4NTUzMTcyOAABHjyVkOR7_790PKeodHj-YgBJv_H3GnTC4ZO5D0sVaO6gHq7DzN4UFrttLhXo_aem_iFaLSZFbtnev2fSCIXzBZg
- ↑ https://www.freemalaysiatoday.com/category/bahasa/tempatan/2026/05/08/bersatu-pecat-2-adun-gantung-5-mp?fbclid=IwY2xjawRqub5leHRuA2FlbQIxMQBzcnRjBmFwcF9pZAwzNTA2ODU1MzE3MjgAAR5mL_1xmjFztNxfo2eMD2KaBgcRTk-pEr3n2ZAv-Yl6V5qH0TZyvj4ZOVHYVA_aem_8692ZfY3stuGqXLx7bfaSA
- ↑ https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2022/12/1037796/hamzah-zainuddin-sebagai-ketua-pembangkang-di-dewan-rakyat
- ↑ https://www.sinarharian.com.my/article/779042/berita/politik/bersatu-pecat-dua-adun-gantung-empat-pemimpin-termasuk-tiga-ahli-parlimen?fbclid=Iwb21leARqqqBjbGNrBGqqiWV4dG4DYWVtAjExAHNydGMGYXBwX2lkDDM1MDY4NTUzMTcyOAABHjyVkOR7_790PKeodHj-YgBJv_H3GnTC4ZO5D0sVaO6gHq7DzN4UFrttLhXo_aem_iFaLSZFbtnev2fSCIXzBZg
- ↑ https://www.sinarharian.com.my/article/779042/berita/politik/bersatu-pecat-dua-adun-gantung-empat-pemimpin-termasuk-tiga-ahli-parlimen?fbclid=Iwb21leARqqqBjbGNrBGqqiWV4dG4DYWVtAjExAHNydGMGYXBwX2lkDDM1MDY4NTUzMTcyOAABHjyVkOR7_790PKeodHj-YgBJv_H3GnTC4ZO5D0sVaO6gHq7DzN4UFrttLhXo_aem_iFaLSZFbtnev2fSCIXzBZg
- ↑ https://m.malaysiakini.com/news/769929
- ↑ https://m.malaysiakini.com/news/769929
- ↑ https://www.sinarharian.com.my/article/779557/berita/politik/adun-derga-pula-digantung-dari-bersatu
Pautan luar
- ↑ Dari Mac 2020 hingga Julai 2021 sebagai rakan kongsi utama dalam kerajaan campuran, dan sebagai rakan kongsi junior dari Ogos 2021 hingga Oktober 2022. Parti ini bersekutu dengan Gabungan Parti Sarawak dan Gabungan Rakyat Sabah (2020–2022)
<ref> wujud untuk kumpulan bernama "lower-alpha", tetapi tiada tag <references group="lower-alpha"/> yang berpadanan disertakan





