Peter Withe
Penampilan
Peter Withe (lahir pada 30 Ogos 1951 di Liverpool, England) ialah seorang pengurus bola sepak dan bekas pemain dari England. Beliau pernah mengendalikan pasukan kebangsaan Indonesia, Wimbledon F.C., dan pasukan kebangsaan Thailand.
Sebagai pemain, Withe pernah beraksi untuk beberapa buah kelab: Southport (1971), Barrow (1971), Port Elizabeth City (Afrika Selatan) (1972), Arcadia Shepards (Afrika Selatan) (1973), Wolverhampton Wanderers (1973–75), Portland Timbers (AS) (1975), Birmingham City (1975–76), Nottingham Forest (1976–78), Newcastle United (1978–80), Aston Villa (1980–85), dan Sheffield United (1985–88).
Dari tahun 2004 hingga 2007, Withe mengendalikan pasukan kebangsaan Indonesia.