Pergi ke kandungan

Priscella Peter

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Priscella Peter
Presiden kedua
Parti Kesejahteraan Demokratik Masyarakat
Menyandang jawatan
27 Mac 2025
Didahului olehPeter Anthony
Maklumat peribadi
Lahir
Priscella Peter

1998 (umur 27–28)
Tenom, Sabah, Malaysia
Parti politikParti Kesejahteraan Demokratik Masyarakat (KDM)
PendidikanUniversiti Teknologi Curtin (Sarjana Perakaunan)
Pekerjaan
  • Ahli politik
  • Akauntan

Priscella Peter (lahir 1998) ialah seorang ahli politik Malaysia yang merupakan presiden kedua Parti Kesejahteraan Demokratik Masyarakat (KDM). Beliau ialah anak perempuan pengasas dan presiden pertama KDM, Peter Anthony. Beliau adalah wanita pertama yang memimpin parti politik tempatan di Sabah.[1]

Kehidupan peribadi dan pendidikan

[sunting | sunting sumber]

Priscella Peter ialah anak kepada Datuk Peter Anthony, seorang ahli politik veteran Sabah dan pengasas KDM.[2] Beliau ialah graduan Universiti Curtin, Australia, di mana beliau memperoleh ijazah sarjana dalam bidang perakaunan.[3]

Kerjaya politik

[sunting | sunting sumber]

Dilantik sebagai Presiden KDM

[sunting | sunting sumber]

Priscella dilantik sebagai pemangku presiden KDM pada 7 Mac 2025, oleh majlis tertinggi parti. Beliau mengambil alih kepimpinan parti daripada bapanya, Peter Anthony, yang telah hilang kelayakan daripada jawatannya selepas Mahkamah Rayuan mengekalkan sabitan dan hukumannya.[4]

Bapanya dijatuhi hukuman penjara tiga tahun dan denda RM50,000 kerana memalsukan surat berkaitan kontrak penyelenggaraan Universiti Malaysia Sabah (UMS) pada 2014.[5] Sabitan itu mengakibatkan kehilangan kelayakan automatiknya sebagai ADUN Melalap dan membuka jalan kepada kemasukan anak perempuannya ke dalam kepimpinan tertinggi parti.

Semasa pelantikannya, Priscella menyatakan komitmennya untuk mengukuhkan parti dengan kerjasama pemimpin lain, termasuk Timbalan Presiden Datuk Wetrom Bahanda dan melahirkan keyakinan bahawa KDM akan menjadi sebahagian daripada kerajaan negeri baharu selepas pilihan raya.

Pada usia 27 tahun, menjadikannya wanita pertama menjadi presiden parti politik tempatan Sabah.[6]

Pilihan raya negeri Sabah 2025

[sunting | sunting sumber]

Sebagai ketua KDM, Priscella mengetuai partinya ke pilihan raya negeri Sabah 2025, yang dijadualkan pada 29 November 2025, di mana KDM telah mengumumkan akan bertanding sekurang-kurangnya 38 kerusi DUN.[7] Priscella membuat penampilan pertamanya sebagai calon KDM bagi DUN Melalap. Ini adalah kerusi yang sama yang dipegang oleh bapanya sebelum ini. Sepanjang kempen itu, beliau menjadi pengkritik lantang terhadap kerajaan Gabungan Rakyat Sabah (GRS), yang menyeru pengundi untuk "bangun" dan menuntut perubahan, memetik janji yang tidak ditunaikan mengenai infrastruktur dan penciptaan pekerjaan.[8]

Keputusan pilihan raya

[sunting | sunting sumber]
Dewan Undangan Negeri Sabah
Tahun Kawasan pilihan raya Calon Undi Peratus Lawan Undi Peratus Jumlah keseluruhan undi Majoriti Jumlah keluar mengundi
2025 N42 Melalap Priscella Peter (KDM) 4,539 30.29% Cheld Bryend Lind (WARISAN) 448 2.99% 14,983 525
Jamawi Ja'afar (PKR) 5,064 33.80%
Alviana Linus (BINTANG) 271 1.81%
Junik Bajit (UPKO) 1,702 11.36%
Kelvin Chong (IMPIAN) 21 0.14%
Gabriel Geoge Tulas (Bebas ) 2,879 19.22%
Fatimah Ibrahim (Bebas) 59 0.39%
  1. ↑ "Peter Anthony's daughter to lead KDM". New Straits Times. 7 March 2025.
  2. ↑ "Daughter of jailed Sabah politician to contest his former seat on KDM ticket". MalaysiaKini. 14 November 2025.
  3. ↑ "Priscella Peter – Sabah's emerging young political leader". The Borneo Post. 19 March 2025.
  4. ↑ "Priscella wants to continue father's legacy in Melalap". FreeMalaysiaToday. 14 October 2025.
  5. ↑ "Peter Anthony fails in review bid against conviction, remains in prison, could be disqualified from state assembly". The Edge Malaysia. 20 August 2025.
  6. ↑ "Priscella Peter – An Emerging Young Political Leader in Sabah". Jesselton Times. 19 March 2025.
  7. ↑ ""Never mind being called 'a mosquito party", KDM ready to enter the ring of the PRN – Priscella Peter". Jesselton Times. 29 September 2025.
  8. ↑ "KDM aims to be major contender for native-based seats". The Star. 14 November 2025.