Projek: Exit
| Projek: Exit | |
|---|---|
| Genre | Remaja Misteri Drama psikologi |
| Pencipta | Zulaikha Zakaria |
| Ditulis oleh |
|
| Pengarah | Zulaikha Zakaria |
Dibintangi oleh | |
| Negara asal | Malaysia |
| Bahasa | Melayu |
| Bilangan episod | 6 |
| Penerbitan | |
| Penerbit eksekutif | Raja Jastina Raja Arshad |
| Penerbit |
|
Pemasangan kamera | Tetapan multi-kamera |
Syarikat penerbitan |
|
| Penyiaran | |
| Saluran asal | Astro GO Astro Premier (Episod 1-3 sahaja) Astro Citra |
| Format gambar | 1080i (HDTV) |
| Format audio | Dolby Digital |
| Siaran asal | 1 November 2024 – 6 Disember 2024 |
| Kronologi | |
Rancangan berkaitan | |
Project; Exit ialah sebuah siri drama televisyen Malaysia 2024 arahan Zulaikha Zakaria. Ia dibintangi oleh Shasha Abedul, Mierul Aiman, Naim Daniel, Kimberly Chuah dan Nabila Huda, ia merupakan siri ketiga dalam francais Projek dan diterbitkan sebagai sebahagian daripada jenama Astro Originals dan ditayangkan Astro Premier dan Astro Citra dari 1 November sehingga 6 Disember 2024.[1][2][3]
Sinopsis
[sunting | sunting sumber]Mengisahkan tentang seorang remaja perempuan dengan masalah kemurungan dihantar ke sebuah asrama pemulihan akhlak selepas gagal dalam percubaan bunuh diri. Konflik bermula apabila dia bertemu seorang remaja lelaki dengan penyakit fibrosis sistik dan berkomplot untuk lari dari pusat berkenaan.[1]
Pelakon
[sunting | sunting sumber]- Shasha Abedul sebagai Jannah / Jannah Ridhwan Dali[1][4]
- Mierul Aiman sebagai Hadi / Hadi Anuar[1][5]
- Naim Daniel sebagai Ucop / Yusof Ayob[1]
- Kimberly Chuah sebagai Amy / Amy Tan[1]
- Nabila Huda sebagai Ibu Zan / Ibu Zanariah[1]
- Malia Baby sebagai Izzah
- Farah Ahmad sebagai Salina
- Noorkhiriah sebagai Asma
- Megat Sharizal sebagai Azmi
- Numan Salleh sebagai Hakim Shamsuddin
- Firdaus Karim sebagai Ridhwan Dali
- Zarra Zhaff sebagai Jannah / Jannah Ridhwan Dali (muda)
Episod
[sunting | sunting sumber]| No. | Tajuk | Tarikh siaran |
|---|---|---|
| 1 | ? (Question) | 1 November 2024 |
| 2 | ... (Elipses) | 8 November 2024 |
| 3 | – (Hyphen) | 15 November 2024 |
| 4 | ! (Exclamation) | 22 November 2024 |
| 5 | . (Full Stop) | 29 November 2024 |
| 6 | ; (Semi Colon) | 6 Disember 2024 |
Penerbitan
[sunting | sunting sumber]Projek: Exit ialah siri ketiga dalam francais Projek selepas Projek: Anchor SPM (2021) dan Projek: High Council (2023). Menurut pengarahnya, Zulaikha Zakaria, naratif drama ini "tertumpu kepada kekuatan tema masalah perilaku remaja serta kehidupan asrama sebagai elemen utama disokong plot berat yang menjadikan jalan cerita drama lebih segar".[6] Untuk drama ini, isu kesihatan mental dibawakan sebagai topik utama.[7]
Naim Daniel yang sebelum ini pernah berlakon dalam Projek: High Council berkata; untuk menjayakan watak Ucop dalam Projek: Exit, beliau membotakkan kepalanya bagi memenuhi tuntutan bagi watak seorang ‘budak nakal’ yang menjual bahan terlarang demi mengeluarkan diri daripada kepompong kemiskinan keluarganya.[8]
Rujukan
[sunting | sunting sumber]- 1 2 3 4 5 6 7 "Drama Projek: Exit". My Infotaip. 2024-10-09. Dicapai pada 2024-10-19.
- ↑ Mya Amri (2024-10-16). "Astro Originals, Project: Exit Kupas Isu Kesihatan Mental & Konflik Keluarga Menerusi Kisah Persahabatan Penuh Emosi". Astro Gempak. Dicapai pada 2024-10-17.
- ↑ Budiey (2024-10-18). "Astro Originals 'Projek: Exit' Bawa Isu Kesihatan Mental & Konflik Keluarga". Sensasi Selebriti. Dicapai pada 2024-10-19.
- ↑ Amin Hazlan (2024-10-16). "Hampir sebulan pakai tudung, Shasha Abedul terdetik tutup aurat ketika 'upload' foto di IG". mStar Online. Dicapai pada 2024-10-19.
- ↑ Amin Hazlan (2024-10-16). "Tayang badan dalam drama, Mierul Aiman sanggup buka baju kerana tuntutan skrip". mStar Online. Dicapai pada 2024-10-19.
- ↑ Muhammad Haikal Ramli (2024-02-21). "Projek: Exit, naskhah bakal cetus fenomena". HibGlam. Kosmo!. Dicapai pada 2024-10-19.
- ↑ "ASTRO ORIGINALS 'PROJECT; EXIT' MENGUPAS ISU KESIHATAN MENTAL & KONFLIK KELUARGA MENERUSI KISAH PERSAHABATAN YANG PENUH EMOSI". Femag Online. 2024-10-17. Dicapai pada 2024-10-19.
- ↑ "Naim Daniel botakkan kepala demi Projek: Exit". Astro Awani. 2024-02-16. Dicapai pada 2024-10-19.