Pergi ke kandungan

Robin Quaison

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Robin Quaison
Quaison bersama Sweden pada 2023
Maklumat peribadi
Nama penuh Robin Kwamina Quaison
Tarikh lahir (1993-10-09) 9 Oktober 1993 (umur 33)
Tempat lahir Stockholm, Sweden
Ketinggian 1.83 m (6 ka 0 in)
Posisi permainan Penyerang, pemain tengah menyerang
Maklumat kelab
Kelab terkini
Gulf United
Nombor 7
Kerjaya remaja
1997–2010 AIK
Kerjaya Senior*
Tahun Pasukan Kmcln (Gol)
2011–2014 AIK 51 (7)
2011 → Väsby United (pinjam) 17 (8)
2014–2017 Palermo 66 (7)
2017–2021 Mainz 05 123 (31)
2021–2024 Al-Ettifaq 65 (16)
2024–2025 Aris 11 (0)
2026– Gulf United 0 (0)
Pasukan kebangsaan‡
2012 Sweden B19 2 (0)
2012–2016 Sweden B21/Sweden B|O 20 (1)
2013–2023 Sweden 52 (14)
* Gol dan kemunculan untuk kelab senior hanya untuk liga domestik dan tepat pada 30 Ogos 2025
‡ Gol dan kemunculan pasukan kebangsaan hingga 17:08, 20 November 2023 (UTC)

Robin Kwamina Quaison (/ˈkweɪsən/, KWAY-sən; lahir 9 Oktober 1993) ialah seorang pemain bola sepak profesional Sweden yang bermain untuk kelab Liga Divisyen Pertama Emiriah Arab Bersatu, Gulf United, sebagai penyerang, pemain tengah menyerang atau pemain sayap kiri.

Robin Quaison dilahirkan di Stockholm daripada bapa berketurunan Ghana dan ibu Sweden. Beliau memulakan kerjaya profesionalnya secara pinjaman bersama Väsby United sebelum menyerlah bersama AIK. Bersama AIK, beliau membuat penampilan sulung pada tahun 2012 dan cepat menjadi pemain penting pasukan. Pada tahun 2013, beliau turut mencuri perhatian apabila menjaringkan gol jarak jauh dalam perlawanan persahabatan menentang Manchester United.

Pada tahun 2014, Quaison berpindah ke Palermo di Itali sebelum menyertai Mainz 05 pada tahun 2017. Di Mainz, beliau mencapai kemuncak kariernya dengan menjadi penjaring terbanyak sepanjang zaman kelab itu dalam Bundesliga. Selepas meninggalkan Jerman, beliau beraksi bersama Al Ettifaq di Arab Saudi, kemudian menyertai Aris Thessaloniki di Greece sebelum berpindah ke Gulf United pada tahun 2026.

Di peringkat antarabangsa, Quaison membuat penampilan pertama bersama Sweden pada tahun 2013 dan membantu skuad bawah-21 itu menjuarai Kejohanan Eropah Bawah-21 UEFA pada tahun 2015. Beliau juga mewakili Sweden di Sukan Olimpik 2016. Pada kempen kelayakan UEFA Euro 2020, beliau memainkan peranan penting dengan menjaringkan lima gol untuk membantu Sweden layak ke kejohanan tersebut.

Statistik kerjaya

[sunting | sunting sumber]
Sehingga 22 September 2023[1]
Kelab Musim Liga Piala Eropah Lain Jumlah
KmnclnGolKmnclnGolKmnclnGolKmnclnGolKmnclnGol
Sweden Väsby United 2011 178——1[a]0188
Sweden AIK 2012 182107[b]01[c]0272
2013 23431——265
2014 10100——101
Jumlah 517417020638
Itali Palermo 2014–15 19210——202
2015–16 30121——322
2016–17 17410——184
Jumlah 66741––708
Jerman Mainz 05 2016–17 111———111
2017–18 24420——264
2018–19 28722——309
2019–20 321310——3313
2020–21 28621––307
Jumlah 1233173––13034
Arab Saudi Al-Ettifaq 2021–22 21710––227
2022–23 26610––276
2023–24 7300––73
Jumlah 541620––5616
Jumlah keseluruhan 31169175702033775
  1. ↑ Kemunculan di playoff penyingkiran
  2. ↑ Kemunculan di Liga Europa UEFA
  3. ↑ Kemunculan di Svenska Supercupen

Antarabangsa

[sunting | sunting sumber]
Sehingga 19 November 2023[2]
PasukanTahunKmnclnGol
Sweden Sweden 201321
201421
201510
201600
201700
201810
201995
202061
2021163
202291
202362
Jumlah5214

Gol antarabangsa

[sunting | sunting sumber]

Pencapaian

[sunting | sunting sumber]
Sweden Bawah-21
  1. ↑ "R. Quaison". Soccerway. Dicapai pada 24 May 2017.
  2. ↑ "Robin Quaison". National Football Teams. Benjamin Strack-Zimmermann. Dicapai pada 29 May 2021.

Pautan luar

[sunting | sunting sumber]