Pergi ke kandungan

Santur

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Santur

Santur (Parsi: سنتور) adalah alat muzik perkusi bertali regang pada papan asal Iran atau Mesopotamia[1][2] yang diketuk dengan kayu berbentuk sudu pada kededua tangan. Alat ini dimainkan secara duduk bersila di lantai atau bertungku.

Bukti paling awal yang ditemukan adalah dari pahatan batu Asyur dan Babilonia tahun 669 SM, menunjukkan sebuah alat musik yang sedang dimainkan dengan digantung dileher pemainnya. Alat musik ini diperdagangkan dan menyebar ke penjuru Timur Tengah yang diolah beransur-ansur bentuknya dengan variasi tangga nada dan penalaan sekehendak skala dan nada muzik tersendiri. Santur Babilonia adalah nenek moyang seberapa alat bertali termasuk yangqin, harpsichord, qanun dan cimbalom.[3]

Sejarah penyebaran

[sunting | sunting sumber]

Santur dibawa ke tanah besar China menjadi yangqin (洋琴 "qin dagang") semasa zaman kerajaan Ming, dari situ ia disebarkan serata alam sebudayanya:[3][4]

  • Korea – yanggeum (양금)
  • Indochina – khim (Bahasa Thai: ขิม; Bahasa Laos: ຂິມ; Khmer: ឃឹម)[5]
  • Mongolia – yoochin (ёочин atau ёчин)
  • Tibet – rgyud-mang atau yangzi (རྒྱུད་མང་)
  • Vietnam – đàn tam thập lục

Ia disebarkan ke Eropah Barat seawal catatan dari awal abad ke-15 beraneka nama seturunan Latin: psalterium.[6]

Tersebarnya ke negara-negara Slav dan Balkan seturunan Latin cymbalum:[3]

  • Belarus – цымбал tsymbaly
  • Croatian – cimbal, cimbale, cimbule
  • Czech Republic – cimbál
  • France – tympanon
  • Germany – Zymbal
  • Hungary – cimbalom
  • Ireland – tiompan
  • Latgalia (Latvia) – cymbala
  • Latvia – cimbole
  • Lithuania – cimbalai, cimbolai
  • Poland – cymbały
  • Romania – țambal
  • Russia – цимбалы chimbaly
  • Slovakia – cimbal
  • Slovenia – cimbale, oprekelj
  • Ukraine – tsymbaly (цимбали)
  • Yiddish – tsimbl

Santur dan alat serumpun dibina dari papan yang merenggangkan tetali pada dua kekuda bas di dekat sisi sebelah kanan, dan kekuda trebel di sisi kiri. Senar trebel bisa dimainkan di kedua sisi kuda-kuda trebel. Pada konstruksi standar, memainkan senar di sisi kiri akan menghasilkan nada dengan interval kelima (kuint) lebih tinggi dibandingkan memainkan di sisi kanan kuda-kuda.

Tetali dililitkan pada telinga (tuning pin berukuran 5 mm; mirip dengan pena tala piano tetapi berdiameter lebih kecil, mengingat pena tala piano memiliki berbagai ukuran mulai dari "1/0" atau 7 mm ke atas). Proses penalaannya membutuhkan alat pemutar khusus (wrench) layaknya pada autoharp, harpa, atau piano.

Alat ini diketul dengan pada pemukul kecil (yang disebut palu) yang digunakan para pemain untuk memukul senar. Palu ini biasanya terbuat dari kayu jenis keras (seperti mapel, ceri, cendana janggi, oak, jauzah, dan sebaianya kayu keras lainnya), tetapi dapat juga dibuat dari bahan apapun termasuk logam dan plastik. Di belahan bumi Barat, palu yang digunakan biasanya keras kaku, sedangkan di Asia, palu yang mulur anjal lebih sering digunakan. Kepala pemukul berbentuk oval atau bulat, dapat berlapik pita perekat, kulit, atau kain melebutkan bunyi tali pukulan dan begitulah sebaliknya

Lihat juga

[sunting | sunting sumber]
  • Piano, menggunakan mekanisme pukulan palu tekanan kekunci untuk memukul talinya.
  1. ↑ Farrokh, Kaveh (2007). Shadows in the desert: ancient Persia at war (ed. 1). Oxford, UK: Osprey. m/s. 286. ISBN 9781846031083.[pautan mati kekal]
  2. ↑ --- Rashid, Subhi Anwar (1989). Al-ʼĀlāt al-musīqīyya al-muṣāhiba lil-Maqām al-ʻIrāqī. Baghdad: Matbaʻat al-ʻUmmāl al-Markazīyya.
  3. 1 2 3 Touma, Habib Hassan; Schwartz, Laurie (1995). The Music of the Arabs (ed. New expanded). Portland (Or.): Amadeus press. ISBN 978-0-931340-88-8.
  4. ↑ Thrasher, Alan Robert (2000). Chinese Musical Instruments (dalam bahasa Inggeris). Oxford University Press. m/s. 55. ISBN 978-0-19-590777-3.
  5. ↑ Gifford (2001). pp. 202-3
  6. ↑ Gifford, Paul M. (2001). The Hammered Dulcimer (ed. First). Lanham, Md. London: Scarecrow Press. ISBN 978-0-8108-3943-4.

Pautan luar

[sunting | sunting sumber]