Ulu Yam
3°28′U 101°38′T / 3.467°U 101.633°T Ulu Yam atau ejaan baharu, Hulu Yam merupakan sebuah mukim dan bandar yang terletak di daerah Hulu Selangor, Selangor, Malaysia. Hulu Yam mempunyai dua pusat penduduk iaitu Hulu Yam Lama dan Hulu Yam Bharu. Kadangkala, Antara Gapi juga turut dikira.
| Mukim Ulu Yam | |
|---|---|
| Geografi | |
| Status | Mukim/Bandar |
| Asal nama | Ulu Yam |
| Negara | |
| Negeri | |
| Daerah | Daerah Hulu Selangor |
| Pihak Berkuasa Tempatan | Majlis Perbandaran Hulu Selangor |
| Mukim | Hulu Yam |
| Poskod | 44300/48200 |
| Kawasan | Hulu Yam Lama, Hulu Yam Bharu, Antara Gapi |
| Keluasan | 27 456 ekar |
Bandar ini ditadbir oleh Majlis Perbandaran Hulu Selangor yang berpusat di Kuala Kubu Bharu. Poskod bagi kawasan Hulu Yam Lama dan Hulu Yam Bharu sama dengan poskod bagi mukim Batang Kali iaitu 44300. Manakala poskod bagi kawasan Antara Gapi ialah 48200 seiring dengan Serendah. Antara Gapi secara geografinya terletak di Serendah tetapi pentadbirannya berada dalam Mukim Hulu Yam.
Mukim Hulu Yam mempunyai beberapa pekan dan bandar kecil yang terletak di Hulu Yam Bharu dan Antara Gapi. Bandar-bandar tersebut dilengkapi dengan restoran masakan Melayu, restoran masakan Cina, pasaraya kecil, restoran makanan segera dan lain-lain. Kebanyakan penduduk yang menetap di bandar ini majoritinya terdiri daripada masyarakat Melayu dan Cina.
Di Antara Gapi pula dilengkapi dengan pusat komersial moden, stesen minyak, kedai serbaneka, pasaraya kecil dan restoran.
Kini, Hulu Yam sedang mengalami perkembangan yang pesat khususnya dengan kemunculan beberapa projek perumahan baharu yang turut disokong oleh pembangunan kemudahan komersial, kedai-kedai dan stesen minyak di sekitar mukim Hulu Yam. Antara pembangunan perumahan yang sedang dilaksanakan ialah:
- Taman Selindung Daun di Hulu Yam Bharu
- Taman Empurau di Kampung Batu 30
- Desa Sebarau di Hulu Yam Lama
- Beberapa projek perumahan di sekitar Antara Gapi
Pendidikan
[sunting | sunting sumber]- Sekolah Kebangsaan Hulu Yam Bharu
- Sekolah Kebangsaan Hulu Yam Lama
- Sekolah Rendah Agama Hulu Yam Bharu
- SRJK (C) Kg Gurney
- SJK (C) Choong Chee
- Sekolah Menengah Sains Hulu Selangor
Kemudahan Awam
[sunting | sunting sumber]Bank
- Affin Bank - Bank Bergerak AFFIN Hulu Yam Bharu (Kampung Pasir)
[Buka setiap: Khamis, 10 pagi - 4 petang]
Rumah Ibadat
- Masjid Lama Ulu Yam Bharu
- Masjid Al-Ehsan, Ulu Yam Lama
- Kuil
Stesen Minyak
- Caltex Ulu Yam
Restoran Makanan Segera
- KFC - Caltex Ulu Yam
Kafe
- Mixue - Pekan Hulu Yam Bharu (akan dibuka)
Kedai Runcit
- 7-Eleven - Pekan Hulu Yam Bharu
- 99 Speedmart - Pekan Hulu Yam Bharu, Taman Emas
- FamilyMart - Caltex Ulu Yam
- KK Super Mart - Pekan Hulu Yam Bharu
Pasaraya
- Pasaraya YST - Pekan Hulu Yam Bharu
Kedai Barangan Kelengkapan Harian
- Watsons - Caltex Ulu Yam
Kawasan perindustrian
[sunting | sunting sumber]- Kawasan Perindustrian Perabot
- Kawasan Perindustrian Ringan Hulu Yam Lama
- Pusat Perindustrian Batu 29
- Pusat Perindustrian Jalan Tengas
Sistem pengangkutan
[sunting | sunting sumber]Terdapat sebuah perhentian keretapi kecil yang pernah berkhidmat di Hulu Yam Lama. Kini, perhentian tersebut dihentikan perkhidmatannya dan menjadi terbiar. Namun, stesen keretapi Batang Kali yang terletak di Batang Kali merupakan stesen pengangkutan keretapi yang terdekat, menyediakan perkhidmatan KTM Komuter 2 Laluan Tanjung Malim–Pelabuhan Klang dan ETS .
Selain itu, bandar kecil ini juga tersedia dengan perkhidmatan bas henti-henti MARA Liner laluan
ML29 dan Bas Smart Selangor laluan
HS02 .
