Pergi ke kandungan

Yusof Hashim

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Yusof Hashim
يوسف هاشم
Yusof at KL Fashion Week 2018.
Kelahiran
Mohd Yusof bin Hashim

(1993-07-08) 8 Julai 1993 (umur 33)
WarganegaraMalaysia
Nama lainUcop
PekerjaanPelakon, penyanyi, penari
Tahun aktif2015–kini
Karya
Filemografi
Ketinggian183 cm (6 ka 0 in)

Mohd Yusof bin Hashim atau lebih dikenali sebagai Ucop (lahir 8 Julai 1993) ialah pelakon, penyanyi, penari, dan personaliti media sosial lelaki Malaysia yang berasal dari Kuala Lumpur. Beliau dikenali menerusi video Dubsmash [1] dan watak kembar Farhan & Fahrin dalam Drama Telemovie Dua yang bersiaran di Astro Ria[2]. Beliau juga merupakan pemenang Top Lifestyle Influencer dan Breakout Influencer of the year di Anugerah Influence Asia 2015[3] dan finalis pencalonan Selebriti Media Sosial Pilihan Online 2016[4].

Yusof mula menempah nama dalam bidang seni tari secara komersial seawal 17 tahun dengan penglibatan awal menerusi teater muzikal Gamat pada tahun 2009 di Istana budaya, dengan watak sulung beliau sebagai Bintang, Yusof mengambil peluang ini sebagai batu loncatan dalam memulakan penglibatan beliau di pentas yang berprestij. Berikut ialah penglibatan beliau sebagai penari dan ensemble.[5]

Teater muzikal

[sunting | sunting sumber]
Tahun Persembahan Watak
2010 Gamat The Musical Bintang
2011 Kita The Musical Ensemble
2012 Tun Hasmah The Musical
Cuci The Musical
2013 Supermokh The Musical
2015 Teater Baik Punya Cilok
P. Ramlee The Musical Tour
2018 Dendam Laksamana Penglipur Lara

Pengalaman beliau dalam muzikal teater secara tidak langsung memupuk bakat anak muda ini dalam bidang lakonan sejak berusia 17 tahun lagi. Lantaran pembawakan watak yang bervariasi dalam laman Instagram yang pernah menjadi fenomena, Yusof diberi kepercayaan oleh salah seorang pengarah tempatan Ghaz Abu Bakar menerusi Super-Telemovie karya 12 Lampu Merah yang digandingkan oleh pelakon wanita popular Nora Danish pada awal tahun 2016.[6]

Filemografi

[sunting | sunting sumber]

Anugerah dan pencapaian

[sunting | sunting sumber]
Tahun Kategori Keputusan
2015 Top Lifestyle Influencer[7] Menang
Breakout Influencer Of The Year Menang
2017 Top Lifestyle Influencer Tercalon
2019 Malaysia Youtube Ad Awards Menang
  1. ↑ "Ledakan koleksi jenaka 15 saat Ucop". Kosmo Online. Dicapai pada 2018-05-01.
  2. ↑ https://www.myinfotaip.com/2016/01/dua-astro-ria.html
  3. ↑ https://www.nst.com.my/education/2018/05/369954/becoming-social-media-influencers
  4. ↑ "Humor 15 saat Ucop si 'Raja Dubsmash' Malaysia - Pepatung". Pepatung (dalam bahasa Inggeris AS). 2015-06-03. Dicapai pada 2018-05-01.
  5. ↑ SHUAIB, IWAN SHU-ASWAD. "#APO2016: Ucop Digelar Raja Dubsmash Kerana Video Parodi - Berita Semasa". www.mstar.com.my. Dicapai pada 2016-03-14. {{cite web}}: Text "mStar" ignored (bantuan)
  6. ↑ SHUAIB, IWAN SHU-ASWAD. "Finalis APO2016: Ucop Gementar Berganding Dengan Nora Danish - Berita Semasa". www.mstar.com.my. Dicapai pada 2018-05-01. {{cite web}}: Text "mStar" ignored (bantuan)
  7. ↑ https://www.astroawani.com/gaya-hidup/influence-asia-february-2016-99865

https://thealist.my/tiktok-influencer-malaysia/

Pautan luar

[sunting | sunting sumber]