CID 3278
| CID 3278 | |
|---|---|
| Genre | Aksi, drama, thriller, jenayah, misteri |
| Pencipta | Rosyam Nor |
| Ditulis oleh | Akbar Hashim |
| Pengarah | Silver Chung |
Dibintangi oleh |
|
| Lagu pembukaan |
|
| Lagu penutup |
|
| Negara asal | Malaysia |
| Bahasa | Melayu |
| Bilangan musim | 3 |
| Bilangan episod | 40 |
| Penerbitan | |
| Penerbit eksekutif | Julia Juhasu |
| Penerbit |
|
| Lokasi | Malaysia |
| Tempoh siaran | 42 minit |
Syarikat penerbitan | Suhan Movies & Trading |
| Penyiaran | |
| Saluran asal | TV9 (2006–2007) TV3 (2026–kini) |
| Format gambar | 480i (SDTV) |
| Format audio | Stereo |
| Siaran asal | 9 Ogos 2006 – 31 Januari 2007 |
CID 3278 merupakan sebuah siri drama aksi kepolisan Malaysia terbitan Suhan Movies & Trading,[1][2] yang ditayangkan di TV9 dari 9 Ogos 2006 hingga 31 Januari 2007. Drama ini dibintangi oleh Kamal Affandi Hashim, Faizal Yusup, Salina Saibi, Along Eyzendy dan Jesse Lim dengan Rosyam Nor membuat penampilan khas.[3]
Pelakon
[sunting | sunting sumber]Pelakon utama
[sunting | sunting sumber]- Kamal Affandi Hashim sebagai ASP Wahab Razali (Ep 1-16), ketua CID 3278
- Faizal Yusup sebagai Inspektor Azri (Ep 1-26), seorang pegawai muda CID 3278 dan berdedikasi. Hidupnya habiskan bersama anak tunggal Anis selepas isteri meninggal dalam kemalangan
- Salina Saibi[4] sebagai Inspektor Rita (Ep 1-40)
- Azman Nor sebagai Koperal Nasir (Ep 1-26)
- Along Eyzendy sebagai Detektif Koperal Eddy (Ep 1-26)
- Azmi Hassan sebagai Detektif Helmi (Ep 1-13)
- Jayamara Raj Nadarajan sebagai Detektif Mala (Ep 1-13)
- Nazri Spuan sebagai Detektif Nazri (Ep 1-26)
- Jesse Lim sebagai Sarjan Chan (Ep 2-12), rakan setugas Inspektor Azri namun dia dibunuh oleh Ray semasa membuat penyamaran
- Chin Yee sebagai Detektif Cindy (Ep 13-20), menggantikan Detektif Mala berpindah ke cawangan forensik namun dipertengahan beliau mati dibunuh oleh Jack
- Khir Mohd Noor sebagai ASP Arshad, pengganti ASP Wahab (Ep 17–)
- Wong Ai Ling sebagai Detektif Irene Chang (Ep 21–30), menggantikan mendiang Detektif Cindy
Penampilan khas
[sunting | sunting sumber]- Rosyam Nor sebagai Ray, ketua sindiket jenayah terancang
- Azlan Komeng sebagai Jack, pengikut Kamri dan Ray (Ep 1-40)
- Zainurdin Ismail sebagai Ayah Inspektor Azri
- Liyana Jasmay sebagai Juwita, remaja wanita yang bekerja di jeti (Ep 3-4: Kargo Manusia)
- Ahmad Tarmimi Siregar sebagai DSP Tarmimi, ketua Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Kuala Lumpur
- Henzi Andalas Nusantara sebagai Andalas, pemberi maklumat kepada CID 3278
Pelakon undangan
[sunting | sunting sumber]Setiap episod akan undang pelakon untuk jayakan setiap episod, antaranya:[5]
Musim Pertama
Episod 1-2: Operasi Pelanduk (pilot episod)
- Zack Kool sebagai Kamri, wakil kumpulan dan orang kanan sindiket jenayah terancang Ray
- Fizz Fairuz sebagai Rem, adik Ray yang menguruskan kegiatan dadah namun ditembak mati oleh Azri pada episod 1
- Jegan sebagai Rajesh, pengikut Ray
Episod 3-4: Kargo Manusia
- Rahhim Omar sebagai Salim, pembekal warga asing haram
- Kher Cheng Guan sebagai Wong, ketua sindiket perdagangan manusia
Episod 5: Ekor
- Raja Azrey sebagai Shawn, ketua samseng perjudian di Bentong
- Wan Suhaimi sebagai Man, orang kanan Shawn
Episod 6: Saudagar Perang
- Khir Mohd Noor^ sebagai Joe, ketua sindiket penjualan senjata haram
- Jason Chong sebagai Mike, orang kanan Joe
Episod 7: Duit Duit
- Mohd Noor Bon sebagai Don, ketua sindiket wang palsu
- Mohd Rashidi sebagai King Kong, orang suruhan Don
- Sham JR sebagai Zam, pereka duit palsu untuk kumpulan Don namun mati ditembak oleh King Kong
Episod 8-9: Ronggo
- Razib Salimin sebagai Ronggo, ketua sindiket dadah dan rakan kepada Ray[6]
- Soffi Jikan sebagai Mail, orang kanan Ronggo
- Winfario Raj sebagai Kamil, rakan sekampung Azri yang terjebak seludup rokok haram
Episod 10-13 tidak pastikan siapakah pelakon semua episode.
Musim Kedua
Episod 14:Agenda Baru
•Eric Chen sebagai Daniel,adik kepada Yap yang menguruskan kumpulan abangnya selepas dibunuh oleh Ray[7]
•Harun Salim Bachik sebagai Harun,orang kanan Yap dan Daniel namun berpaling tadah kepada Ray sebelum mati dibunuh oleh polis[8]
Episod 15:Katakan Tidak
Tidak ketahui
Episod 16:Rompak Lori
•Saddiq Rafi sebagai Sharon
•Safiz Ku Fizri sebagai Jamal
•Ilyas Ismail sebagai Fairuz
Sinopsis
[sunting | sunting sumber]Inspektor Azri dan Inspektor Rita serta beberapa detektif lain merupakan petugas skuad khas Polis Diraja Malaysia diberi nama CID 3278 yang diketuai oleh DSP Tarmimi dan Tuan Wahab, diberi tugas untuk menumpaskan satu sindiket jenayah terancang yang diketuai oleh Ray. Azri adalah seorang duda sangat komited menjalankan tugas yang diberikan oleh pihak atasan walaupun berdepan nyawa ketika bertugas. Jadi setiap episod pelbagai kes sedang selesaikan sambil memburu Ray.
Musim Pertama (2006)
Inspektor Azri dan Inspektor Rita ditugaskan menumpaskan ketua sindiket terancang bernama Ray, Kamri, orang kanan Ray dan adik kandung Ray iaitu Rem, Azri menyusup masuk ke kumpulan Ray dengan menyamar sebagai bekas tentera upahan bagi mendapatkan maklumat tentang sindiket Ray. Bagaimanapun Rem terbunuh dalam satu kejadian semasa Azri kejar beliau selepas membunuh seorang pelanggan akhirnya Azri dipukul oleh Jack dan pengikutnya namun tidak berjaya selepas Kamri percaya cerita rekaan Azri, di akhir episod kedua Kamri mati ditembak selepas Inspektor Rita menyerbu tempat pertukaran transaksi manakala Jack dan Ray melarikan diri.
Musim Kedua (2007)
Selepas ketiadaan Tuan Wahab dalam CID 3278 kerana mengikuti misi pengaman di Timor Leste diikuti pemergian Sarjan Chan mati dibunuh oleh Ray manakala Koperal Helmi , Detektif Mala bertukar ke cawangan Forensik. DSP Tarmimi memangku sementara sehinggalah Tuan Arshad menerajui OC CID 3278, unit ini masih berdepan jenayah bunuh, pemalsuan kad kredit dan dadah selain fokus buru Ray.
Dalam pada itu Detektif Cindy sertai CID 3278 bagi gantikan Detektif Mala namun terkorban angkara Jack dan tempatnya digantikan oleh detektif baru bernama Irene Chang.
Kini, pegawai baharu seorang Inspektor Fahmi dan Inspektor Alice
Penaja Rasmi
[sunting | sunting sumber]- Tukul
- Power Root
Lihat juga
[sunting | sunting sumber]- Roda-Roda Kuala Lumpur (1998–2013)
- Gerak Khas (1999–2021)
- Metro Skuad (2012–2013)
- Gerak Khas Undercover (2021–2022)
- Gerak Khas 2.0 (2026–kini)
Catatan
[sunting | sunting sumber]•Khir Mohd Noor sebelum ini menjadi pelakon undangan musim pertama episod Saudagar Perang sebelum ke musim kedua sebagai ASP Arshad bagi gantikan Kamal Affendi
Trivia
[sunting | sunting sumber]•Ini merupakan projek drama pertama lakonan bersama Salina Saibi dan Kamal Affandi Hashim sebelum Metro Skuad (2012–2013) yang disiarkan di RTM enam tahun kemudian.
•Drama kepolisan pertama dan terakhir terbitan Suhan Movies ketika TV9 baru bertapak dunia penyiaran dan drama
•Lagu tema dinyanyikan oleh M. Nasir manakala lirik ditulis oleh Loloq dan komposer oleh Zul Mahat.
• Lagu Tema CID 3278 Single Jadual Baharu "Mahakarya Juara" dinyanyikan oleh Kai Deva Lagu Asal Mahakarya Cinta Tahun 2006 Faizal Tahir
Rujukan
[sunting | sunting sumber]- ↑ Maliah Surip (22 Mac 2006). TV9 sedia gempur Kosmo!. Dicapai pada 19 November 2014.
- ↑ Serimah Mohd Sallehuddin (9 Ogos 2006). "Awas penangan CID 3278". Berita Harian. Dicapai pada 18 Julai 2010.
{{cite news}}: CS1 maint: url-status (pautan) - ↑ Wanda Idris (5 Januari 2007). "CID 3278 episod akhir penuh aksi". Utusan Malaysia. Diarkibkan daripada yang asal pada 2007-01-06. Dicapai pada 18 Julai 2010.
- ↑ Azhariah Kamin (5 Ogos 2006). Salina loves tough cop role in CID 3278 The Star Online. Dicapai pada 19 November 2009.
- ↑ AK PC CD-ROM Movies (2025-11-15), Slot Aksi [2006] CiD 3278 Episod 4 (Seasons 1), dicapai pada 2025-11-16
- ↑ AK PC CD-ROM Movies (2025-11-15), Slot Aksi [2006] CiD 3278 Episod 8 (Seasons 1), dicapai pada 2025-11-18
- ↑ "- YouTube". www.youtube.com. Dicapai pada 2026-04-22.
- ↑ AK PC CD-ROM Movies (2025-11-16), Drama Aksi [2007] CiD 3278 EP1 (Seasons 2), dicapai pada 2026-04-22